KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu mengenakan Darurat di Sarawak supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 negeri itu tidak akan diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang.
Demikian gesaan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen susulan keputusan Kerajaan Persekutuan yang bersetuju membatalkan semua Ordinan yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat sebelum ini.
Hal ini kerana, tegas Chieng Jen jumlah penduduk negeri itu yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 masih rendah.
Malah, mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin juga tidak terkecuali daripada terdedah kepada penularan varian Delta yang mudah menjangkiti, kata beliau.
‘’Setakat 25 Julai 2021, hanya 58.9 peratus rakayat Sarawak yang sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 dan 40.5 peratus yang sudah melengkapkan kedua-dua dos.
‘’Ini bermakna, 60 peratus daripada populasi negeri ini masih belum menerima dua dos vaksin dan lebih membimbangkan, mereka yang sudah menerima dua dos suntikan juga berpotensi untuk dijangkiti varian Delta,’’ katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.
Antara sebab lain juga katanya, Sarawak masih mencatatkan jangkitan baharu setiap hari ketika ini, selain masalah ekonomi.
"Sekolah dan perniagaan masih ditutup. Kebanyakan perniagaan kini masih ditutup dan hanya boleh beroperasi dalam kapasiti yang terhad.
"Pekerja juga sedang bergelut dengan perniagaan mereka. Begitu juga majikan yang bergelut sehingga terpaksa memotong gaji pekerja beserta elaun, selain berhadapan dengan kemungkinan untuk dihentikan.
"Banyak yang memohon bantuan seperti bantuan makanan sekarang," tambah beliau.
Oleh yang demikian, Chieng Jen menggesa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak memberi jaminan keselamatan sekiranya (PRN-12) diadakan selepas tamat tempoh darurat 1 Ogos ini.
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Kerajaan putuskan tidak nasihat Agong untuk isytihar darurat baharu
BACA: Pelaksanaan Darurat secara bersasar wajar dipertimbang di Sarawak - MP Sibuti
Terdahulu dalam sesi Mesyuarat Khas Parlimen pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan kerajaan memutuskan untuk tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila darurat tamat pada 1 Ogos ini.
Beliau berkata, kerajaan dalam masa sama turut bersetuju untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat sebelum ini sejak 21 Julai lalu.
Nickyson Nyambar
Mon Jul 26 2021

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen memohon agar jaringan keselamatan diberikan oleh kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan sebelum Pilihan Raya negeri itu diadakan. -Gambar Fail

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.
Hubungan Rusia-OIC, Malaysia dijangka terus diperkukuh
Hubungan ekonomi antara Rusia dan negara-negara OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) termasuk Malaysia terbukti kukuh apabil perkembangan pesat dengan peningkatan jumlah dagangan sebanyak 30 peratus direkodkan dalam tempoh setahun yang lalu.

Permohonan ibu, bapa Zayn Rayyan untuk dilepas, bebas ditolak
Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak permohonan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin bagi membatalkan pertuduhan mengabai kanak-kanak autistik itu.
Tiga lelaki disyaki rompak kedai emas di Nilai
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai pada Isnin malam.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Sultan Pahang zahir kebimbangan pencemaran udara Balok
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Riayatudin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan dengan pencemaran yang berlaku di kawasan Balok Baru, Kuantan.
[TERKINI] Permohonan ibu bapa Zayn Rayyan untuk dilepas, dibebas ditolak
Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan serta dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu.

PRU15: DAP Sarawak tunggu masa sesuai dedah kerjasama blok pembangkang
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen enggan mengulas mengenai status rundingan kerjasama antara parti-parti pembangkang di negeri itu termasuk pembahagian kerusi menjelang PRU15.

Laksana Darurat di Sarawak agar PRN tidak diadakan dalam masa terdekat
Memberitahu sebab, kata Chieng Jen, penerimaan dua dos vaksin oleh penduduk negeri itu ketika ini masih rendah.

"Biar PKR Sarawak selesaikan masalah dalaman mereka" - DAP Sarawak
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyerahkan sepenuh kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak untuk menyelesaikan kemelut politik parti itu.

Saya percaya ADUN Kota Sentosa ini keliru - Abang Johari
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyelar kenyataan Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) yang dianggap tiada ketetapan berhubung peruntukan Belanjawan Sarawak 2021.

Hapuskan sistem monopoli beras oleh Bernas - Chieng Jen
Pengguna di negara ini akan menikmati harga beras lebih murah apabila dasar monopoli ke atas pengimportan beras oleh syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dihapuskan.