KUALA LUMPUR: Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang baharu dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara, meletakkan keutamaan dalam melaksanakan kod etika Ahli Parlimen bagi menambah baik cabang legislatif dalam pentadbiran negara.
Wan Junaidi berkata sebelum ini beliau telah memperkenalkan kod etika Ahli Parlimen kerana berpandangan tugas Ahli Parlimen sepatutnya bukan untuk bergaduh di dalam Dewan dan berpolitik secara berlebihan sebaliknya mereka menggalas tanggungjawab besar.
Beliau yang berucap selepas mengangkat sumpah jawatan itu berkata kod etika berkenaan penting memandangkan negara lain seperti India, Australia dan New Zealand juga mempunyai kod etika tertentu.
Menurut Wan Junaidi kod etika itu telah digubal pada 2011 dan berharap sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman dalam pelaksanaan kod etika tersebut.
"Ini kerana keutamaan itu juga Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri) perlu kita tumpu, sebab ini adalah satu wawasan kerajaan dari dahulu lagi... dengan harapan kita boleh laksanakannya pada penggal ini juga sebagai legasi kerajaan dan Parlimen pada semua rakyat Malaysia," katanya.
Selain itu, Wan Junaidi berkata beliau juga akan menumpukan kepada pelaksanaan pengenalan semula Akta Pentadbiran Parlimen, menggubal atau meminda Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta meminda Peraturan-peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi memperkasakan peranan jawatankuasa-jawatankuasa di Parlimen dalam usaha mentransformasi institusi itu.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang mencadangkan pencalonan beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang telah menyampaikan pesan daripada Anwar kepadanya secara peribadi pada 13 Jun lepas.
Katanya, walaupun beliau telah mengumumkan untuk bersara dalam bidang politik dan perkhidmatan kerajaan sebelum ini, 'panggilan' untuk berkhidmat kepada negara lebih penting.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023

Wan Junaidi berkata kod etika berkenaan penting memandangkan negara lain seperti India, Australia dan New Zealand juga mempunyai kod etika tertentu. -Twitter/@bernamadotcom
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.

Wan Junaidi, isteri tiba di Pulau Pinang bagi lawatan dan percutian rasmi
Wan Junaidi tiba pada 12.55 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas, dekat sini.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Wan Junaidi
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Toh Puan Fauziah dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena hari jadi TYT Sarawak
Isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima darjah kebesaran.

Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.

Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.

Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.

SUKMA 2024: Sarawak bakal sajikan upacara pembukaan gilang-gemilang
Upacara itu akan memperlihatkan semangat perpaduan digambarkan menerusi gabungan pancaran laser yang pastinya memukau hadirin.

Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah
Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.

Wan Junaidi beri penghormatan terakhir buat penerima SP
Yang Dipertua Negeri Sarawak memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Kpl (B) Etin Jam, seorang penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.