Pelaksanaan program Biro Tatanegara (BTN) perlu diadakan mengikut kesesuaian tempat golongan sasar di negeri ini, kata Pengarah BTN Sabah Datuk Ibrahim Saad.
Beliau berkata, perkara itu diambil kira bagi memastikan program yang dilaksanakan lebih berkesan.
"Misalnya di luar bandar, aktiviti BTN lebih berkesan diadakan di perkarangan rumah kampung berbanding di dewan masyarakat kerana keadaan dan persekitarannya yang kondusif," katanya kepada Bernama pada program Seminar Seia Sekata Sehati Sejiwa Bersama BTN Sabah, dekat sini, semalam.
Seminar bertemakan cabaran transformasi negara menjana kecemerlangan penduduk itu dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Malaga Pirasan dan Kelab Belia HERO kampung itu.
Dalam pada itu, Ibrahim berkata, setiap tahun pihaknya akan bekerjasama dengan Kampung Pirasan untuk menjalankan pelbagai program bermanfaat kepada masyarakat setempat.
"Transformasi bermula dari kampung, penduduk di sini perlu berubah dan bangunkan kampung ini," katanya.
Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Padang Malaga Siti Noorohana Jailin berkata, seminar berbentuk akademik perlu dikongsikan bersama masyarakat kampong agar ilmu dalam kematangan berfikir dapat dibentuk sekali gus mendidik mereka untuk membuat keputusan tepat.
"Masyarakat kampung juga terdedah dengan berita tidak tepat yang mungkin akan mempengaruhi cara mereka berfikir dan untuk membuat keputusan.
"Justeru menerusi pendedahan kerap dalam program ilmu seperti seminar ini dapat meletakkan masyarakat kampung seiring dengan rakan mereka di bandar. Maka inilah transformasi yang menjadi titik tolak pembangunan modal insan seimbang menuju negara maju 2020," katanya lagi.
Bernama
Mon Oct 05 2015

Menurut BTN, aktiviti yang dijalankan lebih berkesan jika diadakan di perkarangan rumah kampung berbanding di dewan masyarakat kerana keadaan dan persekitarannya yang kondusif.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar - Mohd Armizan
Awang Askandar, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest di Himalaya.

BTN medium doktrin: 'Memanglah!' - Khairy
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui program Biro Tatanegara (BTN) mempunyai elemen doktrin politik dalam modul yang dilaksanakannya.

BTN, PLKN dimansuhkan serta-merta
Mesyuarat Kabinet minggu lalu memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta.

BTN akan dimansuhkan tidak lama lagi, kata Syed Saddiq
Biro Tatanegara (BTN) akan dimansuhkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.

Pulihkan BTN, jangan mansuh - Pensyarah
Kerajaan perlu teliti semula bahagian yang mungkin dirasakan tidak sesuai kerana BTN sendiri ada banyak aset serta bakat yang perlu diuruskan.

Sudah sampai masanya BTN dimansuhkan - Nik Nazmi
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat bahawa sudah sampai masanya untuk Biro Tatanegara (BTN) dimansuhkan.

Biro Tatanegara masih relevan- PM Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Biro Tatanegara (BTN) masih relevan dan mampu meneruskan perjuangan kerajaan.

Laksana program BTN ikut kesesuaian tempat golongan sasar
Pelaksanaan program Biro Tatanegara (BTN) perlu diadakan mengikut kesesuaian tempat golongan sasar di negeri ini, kata Pengarah BTN Sabah Datuk Ibrahim Saad.