KOTA BELUD: Proses memindah milik tanah sekolah kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menaik taraf atau membina baharu bangunan sekolah daif, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Beliau berkata ini merupakan langkah penting kerana proses pemilikan tanah merupakan antara faktor utama yang menyebabkan banyak sekolah daif di seluruh negara khususnya di Sabah tergendala dan tidak dapat diteruskan.
"Bagi memastikan projek membina baharu atau menaik taraf infrastruktur sekolah itu berjalan lancar kita perlu selesaikan masalah tanah dahulu, sebagai contoh terdapat beberapa sekolah di Sabah menghadapi masalah seperti itu...tender projek dan kontraktor sudah ada namun projek tergendala disebabkan tanah.
"Kita tidak mahu masalah ini berlaku lagi kerana ia akan merugikan kerajaan dan sekolah berkenaan pula lambat untuk dinaik taraf atau sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Kukut dan SK Sarang dekat sini, hari ini.
Radzi berkata projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkon, yang sebelum ini tergendala kerana masalah pemilikan tanah, kini telah dilaksanakan.
"Sekolah berkenaan sudah bertahun-tahun menumpang di SK (Sekolah Kebangsaan) Langkon, kita ada peruntukan namun masalah tanah pula timbul. Namun kini pembinaan sekolah berkenaan berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata dua lagi sekolah kebangsaan yang akan dinaik taraf di kawasan Kota Belud dalam masa terdekat iaitu SK Nanamun dan SK Pandasan.
"Ia kini dalam proses tender yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan sekolah ini adalah kategori daif. Kementerian akan mengutamakan sekolah daif yang mempunyai masalah mendesak," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Radzi berkata, proses pemilikan tanah merupakan antara faktor utama yang menyebabkan banyak sekolah daif di seluruh negara tergendala dan tidak dapat diteruskan. - Gambar fail
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
YB Putrajaya yang mansuh UPSR dan PT3, bukan saya - Fadhlina
Pihak yang mempertikai pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) perlu merujuk kepada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.
PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Mohd Radzi berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.
Urus niaga mencurigakan, tiada keperluan mendesak jual pegangan MAHB - Radzi Jidin
Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat terlalu gelojoh untuk mengeluarkan MAHB daripada Bursa Malaysia.
'Saya tiada kuasa arah turunkan kandungan media sosial' - Fahmi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tiada kuasa untuk mengarahkan penyedia platform media sosial termasuk TikTok menurunkan mana-mana kandungan.
Suhaili terima keputusan Bersatu gantikan beliau dengan Radzi
Datuk Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Bersatu untuk menggantikan beliau dengan Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.
Dakwaan rasuah, Radzi Jidin belum dipanggil - Azam Baki
SPRM belum memanggil bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berhubung projek percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah.
"Tak dengar sepatah pun gaji progresif dalam Belanjawan 2024" - Radzi
Radzi menegaskan Belanjawan 2024 sepatutnya memberi gambaran yang jelas tentang hala serta dan dasar yang ingin dibawa oleh kerajaan.
Rasuah buku J-Qaf: Banyak bukti baharu dikumpulkan, kes masih disiasat - Azam Baki
Azam Baki berkata siasatan masih dijalankan ketika ini dan memerlukan masa untuk dilengkapkan.
SPRM tak tolak kemungkinan panggil Radzi Jidin - Azam
SPRM tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin bagi membantu siasatan berkaitan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta.
Radzi mahu penyebar fitnah tampil mohon maaf
Datuk Mohd Radzi Md Jidin mahu penyebar fitnah yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah dalam satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta untuk tampil memohon maaf.