JAKARTA: Kerajaan Indonesia belum memberikan prioriti terhadap laluan baharu menghubungkan negara ini dengan Malaysia melalui Selat Melaka, menurut media tempatan.
Bisnis.com melaporkan inisiatif pembangunan laluan baharu yang dicadangkan Malaysia belum dibincangkan kerajaan Indonesia sehingga kini.
Untuk menjadikannya realiti, jurucakap Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Rakyat Indonesia dipetik sebagai berkata pihaknya harus mengkaji dahulu supaya dapat menjadikannya sebagai asas dasar kerajaan.
"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini saya tidak pernah mendengar kementerian membincangkan isu ini di peringkat kerjasama teknikal dalam rangka hubungan dua hala Indonesia-Malaysia," kata Endra S. Atmawidjaja.
BACA: Laluan baharu hubungkan Malaysia-Indonesia akan dibina di Melaka
Minggu lepas kerajaan negeri Melaka mengumumkan rancangan pembinaan laluan baharu sama ada terowong atau jambatan dari Masjid Tanah, Melaka ke Dumai, Riau sepanjang 120 kilometer.
Menurut Bisnis.com, cadangan pembinaan jambatan pernah dikemukakan kerajaan Wilayah Riau dan Malaysia 10 tahun lalu namun tidak direalisasi kerana bukan keutamaan kerajaan Indonesia.
"Saya belum memikirkannya (jambatan Melaka)," kata Menteri Kerja Raya Indonesia, Djoko Kirmanto sambil menambah 'dalam negara perlu diselesaikan dahulu sebelum yang berkaitan luar negara'.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022

Bisnis.com melaporkan inisiatif pembangunan laluan baharu yang dicadangkan Malaysia belum dibincangkan kerajaan Indonesia sehingga kini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
APM, DBKL pasang perangkap buaya di Sungai Klang
Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah memasang perangkap buaya yang dikesan di Sungai Klang berdekatan Mid Valley pada Khamis. Perangkap buaya berkenaan dipasang dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
28 helikopter dipajak kerana kekurangan dana, kesiapsiagaan aset baharu
Keputusan kerajaan untuk membelanjakan RM16.6 bilion untuk memajak 28 unit helikopter tentera adalah disebabkan soal ketersediaan dana kerajaan dan kesiapsiagaan bagi mendapatkan aset baharu.
KPDN Selangor rungkai taktik baharu seleweng LPG subsidi di Puchong
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor rungkai taktik baharu aktiviti penyelewengan gas petroleum (LPG) setelah berjaya menumpaskan satu premis berlesen yang terletak di Taman Meranti Permai, Puchong pada Rabu.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Kalendar khusus peringati pelbagai peristiwa penting negara akan dikeluarkan
Kerajaan merancang mengeluarkan kalendar khusus yang memperingati tarikh berlakunya pelbagai peristiwa penting yang memberi impak terhadap pembentukan negara pada tahun hadapan.

Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.

AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.

AirAsia X terbang ke Afrika dengan laluan baharu Kuala Lumpur ke Nairobi
Terdapat permintaan yang tinggi untuk perjalanan di antara ASEAN dan Afrika, terutamanya ke Malaysia.

PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Ramai penduduk Palestin yang terdesak memerlukan bantuan memintas trak dan menyebabkan penghantaran terhenti secara berterusan.

Tourism Malaysia yakin sasaran 27.3 juta pelancong asing tahun ini dapat dicapai
Pada tahun lepas lebih 20 juta pelancong asing datang ke Malaysia, melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 19.1 juta pelancong.

Loke gesa syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang berkembang di luar pasaran tradisional
Peserta industri diharap giat mencari kesambungan baharu di antara Malaysia dengan wilayah lain selain China, Korea Selatan dan Turki.

Pengecualian visa untuk pelancong China dijangka tingkat pendapatan pelancongan Thailand
Pengecualian visa untuk pelancong China ke Thailand dijangka menjana pendapatan pelancongan sekitar 92.58 hingga 140 bilion baht (100 baht = RM13.08) dalam tempoh lima bulan.

Tambang percuma sehala KTM Komuter Utara dari tiga stesen selama dua hari bermula Sabtu
Saarani berkata, inisiatif itu turut membantu memudahkan urusan harian penduduk di Perak ke tempat kerja, membeli-belah, bercuti dan sebagainya.

TransNusa Indonesia sedia lancar laluan Jakarta-Johor Bahru mulai 7 Sept
PT TransNusa Aviation Mandiri (TransNusa) dari Indonesia akan memulakan laluan antarabangsa kedua menghubungkan Jakarta ke Johor Bahru mulai 7 Sept.

Firefly lancar penerbangan terus Pulau Pinang-Banda Aceh
Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan perkhidmatan dua kali seminggu ke BTJ dari PEN dan sebaliknya.