KOTA KINABALU: Penerbangan sulung yang menghubungkan Kota Kinabalu, Sabah dan Kuala Terengganu, Terengganu bakal merancakkan lagi pelancongan domestik.
Selain meningkatkan ekonomi, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, ia sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua negeri.
"Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak AirAsia kerana memilih Kota Kinabalu sebagai salah satu laluan baharunya, dan berharap dapat terus bekerjasama dalam memulihkan industri pelancongan di Sabah," katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau berkata, destinasi pelepasan baru ini akan menjadikan Sabah lebih mudah diakses oleh pelancong, bukan sahaja dari Semenanjung Malaysia tetapi juga pelancong antarabangsa kelak.
"Saya mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malaysia untuk datang meneroka Sabah dan menikmati tawaran pelancongan serta kebudayaannya," katanya lagi.
Tambah Jafry, kementeriannya akan terus menyokong dan berharap untuk bekerjasama dengan AirAsia di masa depan bagi mempromosikan lagi industri pelancongan.
Semalam, penerbangan sulung AK5310 berlepas dari Kota Kinabalu tepat pada jam 3.15 petang dan tiba di Kuala Terengganu pada jam 5.40 petang.
Untuk rekod, penerbangan di antara Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu berlepas pada setiap hari Ahad dengan tambang promosi sehala tersedia untuk tempahan daripada serendah RM128 sahaja dari sekarang hingga 14 Februari 2022, untuk tempoh perjalanan dari 13 Februari hingga 30 September 2022.
Eleanor Michelle Patrick
Mon Jan 31 2022

Datuk Jafry Ariffin berkata, ia sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua negeri.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Laluan baharu Kota Kinabalu-Kuala Terengganu bakal pacu pelancongan domestik
Penerbangan sulung yang menghubungkan Kota Kinabalu, Sabah dan Kuala Terengganu, Terengganu bakal merancakkan lagi pelancongan domestik.