SHAH ALAM: Laluan Batang Kali-Genting Highlands dijangka dibuka kepada awam selewat-lewatnya Mei tahun depan, selepas ia dijadualkan siap pada Mac tahun yang sama.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim berkata setakat ini, kerja pembaikan dan penstabilan cerun itu telah mencapai perkembangan sebanyak 38.6 peratus.
"Kita telah bermula (proses pembaikan cerun) pada 28 Mei dan ia dijangka siap 29 Mac 2024. Selepas semua siap, kita akan pertimbang membuka kembali jalan ke Genting Highland itu.
"Kita turut meneliti kaedah teknikal yang sesuai dan mendapati reka bentuk TerraLink wall system paling sesuai dengan keadaan tempat (cerun) yang agak sempit," katanya.
Izham berkata demikian bagi menjawab pertanyaan R. Rajiv (PH-Bukit Gasing) berhubung status tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
DEWAN-SELANGOR (BATANG KALI) 2 (AKHIR) SHAH ALAM
Beliau dalam temu bual bersama Bernama sebelum ini dilaporkan berkata ketika ini jalan tersebut hanya dibuka satu lorong sahaja dan terhad kepada pekerja di kawasan Genting Highlands.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata kejadian curahan hujan, merupakan faktor pencetus utama tragedi tanah runtuh di kawasan tapak perkhemahan di Batang Kali, yang mengorbankan 31 orang pada Disember tahun lepas.
Tragedi 16 Dis 2021, pada kira-kira 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali.
Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
![Laluan Batang Kali-Genting Highland akan dibuka selewatnya Mei 2024 Laluan Batang Kali-Genting Highland akan dibuka selewatnya Mei 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700200750_BatangKali.jpg)
Kerja pembaikan dan penstabilan cerun itu telah mencapai perkembangan sebanyak 38.6 peratus. - Gambar fail
SOSMA kekal, tidak akan dikaji atau dimansuhkan
Perdana Menteri menegaskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak akan dikaji atau dimansuhkan.
![Konsert Triad: Tak perlu bandingkan vokalis Search Kid Din, mereka ada kelebihan sendiri – Awie Konsert Triad: Tak perlu bandingkan vokalis Search Kid Din, mereka ada kelebihan sendiri – Awie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739418044_DatukAwieSearch.jpg)
Konsert Triad: Tak perlu bandingkan vokalis Search Kid Din, mereka ada kelebihan sendiri – Awie
Kid berkata keserasian mereka bersama Awie adalah unik dan tidak boleh dibandingkan dengan penyanyi lain, menggambarkan hubungan mereka sebagai sangat erat.
Kerajaan setuju pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kerajaan setuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dengan mengetepikan keperluan untuk mendapat kelulusan pemilik atau penghuni perhimpunan.
Daya huni bandar: Kesesakan lalu lintas cabaran utama
Berdasarkan Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International Sdn Bhd, Surveyor Sulaiman Saheh, Malaysia dapat meningkatkan daya huni bandar dengan menambah baik mobiliti, keterjangkauan perumahan, dan infrastruktur hijau.
[TERKINI] Lima sekeluarga rentung dalam kebakaran di Jasin
Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai pada Khamis.
SK Batu Putih Baru di Sabah akan dinaik taraf, bina semula
Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Putih Baru di Sandakan, Sabah, yang daif dan uzur akan dinaik taraf serta dibina semula.
Wanita mengaku tidak bersalah tipu isteri Along Cham
Seorang wanita yang didakwa menipu isteri kepada pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi berkaitan penahanan suaminya dalam kes dadah hujung tahun lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bangi pada Khamis.
![Pesawat tentera AS terhempas di Teluk San Diego Pesawat tentera AS terhempas di Teluk San Diego](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739419921_CaliforniaNavyJet.jpg)
Pesawat tentera AS terhempas di Teluk San Diego
Dua juruterbang berjaya diselamatkan selepas jet pejuang itu terhempas ke dalam air di kawasan Shelter Island.
![CEO OpenAI kongsi perancangan kasar untuk GPT-5 CEO OpenAI kongsi perancangan kasar untuk GPT-5](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736329938_TBSamAltmanjpg.jpg)
CEO OpenAI kongsi perancangan kasar untuk GPT-5
CEO OpenAI Berkongsi Perancangan Kasar Untuk GPT-5 Dijangka Hadir Dalam Beberapa Bulan
![PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739418265_NarendraModi.jpg)
PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump
Modi yang merupakan pemimpin asing keempat melawat Trump sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden, turut dijadual bertemu usahawan teknologi Elon Musk.
![Laluan Batang Kali-Genting Highland akan dibuka selewatnya Mei 2024 Laluan Batang Kali-Genting Highland akan dibuka selewatnya Mei 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700200750_BatangKali.jpg)
Laluan Batang Kali-Genting Highland akan dibuka selewatnya Mei 2024
Setakat ini, kerja pembaikan dan penstabilan cerun itu telah mencapai perkembangan sebanyak 38.6 peratus.