Kerajaan Perak memberi jaminan bahawa Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang dikatakan berlaku runtuhan cerun, selamat untuk dilalui oleh pengguna jalan raya.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, gambar yang ditular di laman sosial, kononnya berlaku runtuhan di Jalan Persekutuan FT 185 Simpang adalah gambar lama yang disebarkan semula.
Mohd Zolkafly berkata beliau bersama Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak, Roslan Abd Ghani sempat meninjau kawasan tersebut selepas melihat gambar-gambar yang ditularkan.
“Kerajaan negeri dengan ini memberi jaminan bahawa Jalan Persekutuan FT 185 Simpang Pulai-Cameron Highlands adalah selamat digunakan.
“Kerajaan negeri melalui agensi teknikal seperti JKR akan terus memantau secara mendalam berkenaan keadaan cerun tersebut.
“Pihak kerajaan negeri Perak juga berharap rakyat untuk lebih bertanggungjawab, (dan) tidak menular gambar-gambar atau berita tidak benar yang akan menimbulkan keresahan yang tidak sepatutnya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabatnya, di sini pada Rabu.
Menurutnya, memang terdapat runtuhan kecil yang berpunca daripada hakisan air hujan dan bentuk muka bumi yang berbukit, tetapi keadaan tersebut tidak seteruk seperti yang ditularkan.
Jelas Mohd Zolkafly, kerja-kerja penambahbaikan cerun sudahpun dijalankan iaitu membabitkan kerja-kerja 'tie back wall' dan 'micropile slab' sejak beberapa tahun lalu.
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri akan membuat permohonan sebanyak RM120 juta untuk membaiki cerun berkenaan, sekali gus memastikan ia disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ((RMK-12).
Astro Awani
Wed Aug 05 2020
Mohd Zolkafly berkata beliau bersama Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak, Roslan Abd Ghani sempat meninjau kawasan tersebut selepas melihat gambar-gambar yang ditularkan. - Gambar Astro AWANI
Washington jadi tumpuan dunia sempena angkat sumpah Trump
Tumpuan masyarakat dunia ketika ini sudah semestinya beralih ke arah Washington yang mana akan berlangsungnya majlis angkat sumpah Donald Trump di ibu negara itu sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47.
Kepresidenan Trump: Jangka sesuatu luar jangkaan
walaupun Trump diramal akan fokus dengan agenda America First, namun situasi semasa pentadbiran pertamanya dahulu berbeza dengan realiti ketika ini.
Anwar bertemu pemimpin EU perkukuh hubungan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pemimpin Kesatuan Eropah (EU) di Bangunan Europa di Belgium pada Isnin.
Malaysia, EU sambung semula rundingan perjanjian perdagangan bebas
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Suruhanjaya Eropah (EC) Urusula von der Leyen mengumumkan untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA), sekali gus melakar detik bersejarah bagi hubungan kedua-dua pihak.
MEUFTA: MITI sambut baik penyambungan semula
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
Kilang kimia terbakar, beberapa letupan berlaku
Sebuah kilang kimia di Taman perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, terbakar sehingga menyebabkan berlaku beberapa letupan, pada Isnin.
RUU pekerja Gig dibentangkan parlimen akan datang
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) merancang untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada sidang Parlimen akan datang dalam usaha melindungi kebajikan pekerja di sektor itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 21 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Laluan FT 185 Simpang Pulai-Cameron Highlands selamat
Gambar cerun runtuh di laluan berkenaan adalah gambar lama yang ditularkan semula.