TEMERLOH: Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) akan memulakan kerja-kerja fasa satu projek pengurusan banjir (flood mitigation) di LPT1, mulai 1 Oktober ini.
Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, projek itu yang akan melibatkan 11 kawasan kritikal sepanjang Lebuhraya LPT1 dan sebahagian komitmen berterusan syarikat dan kerajaan bagi mempertingkatkan tahap keselesaan dan keselamatan para pengguna LPT1 terutamanya di musim tengkujuh.
“Fasa pertama melibatkan jaringan di KM124 dan dijangka mengambil masa selama 12 bulan dan laluan itu akan menutup laluan kecemasan arah ke Kuala Lumpur di lokasi itu selama enam bulan bermula dari Oktober 2022 sehingga April 2023.
“Manakala laluan kecemasan KM124 arah ke Kuantan pula akan ditutup bermula dari bulan Mei sehingga November 2023, “ katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Katanya, ANIH mengambil beberapa langkah penting termasuklah menjalankan kajian banjir secara terperinci dan komprehensif di sepanjang LPT1 bagi mengenalpasti komponen tebatan banjir yang akan dilaksanakan demi mengurangkan risiko kejadian banjir dari berulang.
“Syarikat ini sebelum ini telah bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan di peringkat tempatan, negeri dan persekutuan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan termasuk menilai cabaran semasa bagi melengkapkan cadangan rekabentuk dan proses kerja projek tersebut.
“Antara kajian utama yang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) termasuklah semakan dan penilaian data kajian lampau berkaitan isu banjir, termasuk analisis dan penilaian hidrologi, hidraulik serta kajian kesesuaian tanah (Soil Investigation),” katanya.
Menurutnya, keseluruhan projek pengurusan banjir ini dijangka akan mengambil masa selama dua tahun.
“Selain menutup laluan kecemasan, ANIH Berhad juga akan mengaktifkan laluan kontra di kawasan terbabit bagi memastikan impak lalulintas berada pada tahap minimum sepanjang tempoh tersebut.
“Para pengguna lebuhraya dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda keselamatan sepanjang projek pengurusan banjir ini dijalankan,” katanya.
Tambahnya, ANIH Berhad juga telah mengaktifkan semua saluran YouTube syarikat itu, ANIH TV bagi memastikan para pengguna sentiasa mendapat maklumat tepat dan terkini mengenai projek tersebut.
“Segment ANIH Menjawab yang bakal disiarkan pada setiap hari Rabu bermula 12 Oktober, para pengguna akan dimaklumkan tentang perkembangan terkini projek tersebut termasuk informasi laluan sementara sepanjang tempoh tersebut.
“Selain itu, para pengguna juga boleh mendapatkan informasi lanjut, tepat dan terkini, melalui laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT - Line di 1-700-818- 700,” katanya.
Amir Hamzah Nordin
Tue Sep 27 2022
![Laluan kecemasan di LPT1 ditutup mulai Oktober Laluan kecemasan di LPT1 ditutup mulai Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664249569_LebuhrayaPantaiTim.jpg)
Panorama kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gambang Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) yang dirakam menerusi udara. - Foto BERNAMA
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269028_Handcuffedwomen.jpg)
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
![Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/81510921285_HunSen.jpg)
Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan
Hun Sen, yang juga presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, berkata seorang daripada perancang ditangkap di wilayah selatan Takeo.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin Sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
![Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739268563_PaperStraw.jpg)
Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737882414_TBhajijiNoor.jpg)
Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.
Filipina mulakan kempen pilihan raya
Tempoh kempen 90 hari bagi pilihan raya pertengahan penggal Filipina bermula hari ini dalam suasana politik yang semakin tegang.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
![Cikgu sekolah memandu maut nahas di LPT Cikgu sekolah memandu maut nahas di LPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725159197_LPT.jpg)
Cikgu sekolah memandu maut nahas di LPT
Mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
![Lima cedera, nahas empat kenderaan di LPT1 Lima cedera, nahas empat kenderaan di LPT1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716172582_kemalangancedera.jpg)
Lima cedera, nahas empat kenderaan di LPT1
Kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Saga, Honda City, Perodua Alza dan sebuah motosikal.
![Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1 Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714779929_tbnyarismaut.jpg)
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
![Empat lelaki tular buat aksi Superman ditahan Empat lelaki tular buat aksi Superman ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703679600_TBSUPERMANTULAR.jpg)
Empat lelaki tular buat aksi "Superman" ditahan
Tiga pelajar institusi pengajian tinggi dan seorang pelajar sekolah yang disyaki menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Jambatan Ahmad Shah Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) ditahan hari ini.
![Polis siasat video aksi Superman sekumpulan penunggang motosikal di LPT 1 Polis siasat video aksi Superman sekumpulan penunggang motosikal di LPT 1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703679600_TBSUPERMANTULAR.jpg)
Polis siasat video aksi "Superman" sekumpulan penunggang motosikal di LPT 1
Polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal melakukan gaya "superman" sehingga menyebabkan berlaku kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).
![Laluan arah timur KM124 LPT1 ditutup, laluan kontra diaktifkan Laluan arah timur KM124 LPT1 ditutup, laluan kontra diaktifkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697254586_MaklumanPenganktifa.jpg)
Laluan arah timur KM124 LPT1 ditutup, laluan kontra diaktifkan
Penutupan jalan itu bagi membolehkan kerja peningkatan aras laluan utama dijalankan, dalam pelaksanaan projek tebatan banjir.
![Dua penunggang maut nahas lima kenderaan di LPT1 Dua penunggang maut nahas lima kenderaan di LPT1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696727452_kemalangan.jpg)
Dua penunggang maut nahas lima kenderaan di LPT1
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan termasuk sebuah kenderaan tentera.
![Jalan mendap: LPT1 arah barat dibuka semula Jalan mendap: LPT1 arah barat dibuka semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695283734_lpt.jpg)
Jalan mendap: LPT1 arah barat dibuka semula
Laluan LPT1 di Kilometer (KM)117.8 hingga KM117.9 arah barat akan dibuka semula kepada pengguna selewat-lewatnya pada jam 6 petang Khamis.
![ANIH sahkan kejadian tanah mendap di LPT1 ANIH sahkan kejadian tanah mendap di LPT1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694346392_TBJALANMENDAPKUANTAN.jpg)
ANIH sahkan kejadian tanah mendap di LPT1
ANIH Berhad mengesahkan kejadian mendapan tanah yang mengakibatkan rekahan jalan di kilometer (KM) 118.2 hingga KM117.8 arah barat di Temerloh dekat sini, hari ini.
![Jalan mendap, LPT1 aktifkan laluan kontra Jalan mendap, LPT1 aktifkan laluan kontra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694346392_TBJALANMENDAPKUANTAN.jpg)
Jalan mendap, LPT1 aktifkan laluan kontra
Laluan kontra dari Kilometer (KM) 116.5 hingga 119.4 arah barat Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) telah diaktifkan susulan kejadian jalan mendap di KM 118.2 - KM117.8 arah barat (Lanchang) pada Ahad.