IPOH: Kos pembinaan jalan pintas sejauh 64 kilometer (km) sebagai laluan alternatif tanpa melalui Terowong Menora didakwa terlalu tinggi berbanding Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Ketua Pembangkang Perak, Abdul Aziz Bari berkata, projek pembinaan jalan baharu itu dianggarkan bernilai lebih RM5.7 bilion manakala WCE pula melibatkan sebanyak RM5 bilion bagi jarak 230km.
"Apa yang menjadi satu persoalan adalah kos pembinaan begitu tinggi.
"Berbanding dua lebuh raya itu, kos bagi setiap 1km untuk WCE adalah RM21.6 juta manakala lebuh raya baharu itu pula melibatkan hampir RM90 juta.
"Sekurang-kurangnya rakyat perlu diberi ruang untuk memberi cadangan atau idea tetapi sekarang perkara itu seolah-olah sudah diputuskan dan akan dibuat.
"Malah ada secara jenaka mengatakan ia adalah tanda pilihan raya atau kumpul duit. Kata-kata ini tidak bagus sebenarnya," katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di sini pada Jumaat.
Menurutnya, pengumuman cadangan laluan berkenaan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad secara tiba-tiba itu dilihat sebagai suatu yang pelik.
"Kami (pembangkang) sebenarnya tidak tahu berikutan isu ini tidak dibahaskan secara terbuka sama ada melibatkan soal kos atau keperluannya dalam Dewan Negeri.
"Projek sedemikian mahal, siapa hendak tanggung? Kalau jawapannya satu sen rakyat tidak bayar, jangan semudah itu sebab tanah ini rakyat punya dan balak ini rakyat punya.
"Jangan lupa ia melibatkan alam sekitar, kos itu jangan main-main," katanya.
Sinar Harian melaporkan Kerajaan Perak berharap cadangan pembinaan jalan pintas dari Gopeng ke Kuala Kangsar akan mengurangkan kemalangan maut berhampiran Terowong Menora.
Kerajaan negeri dan persekutuan sudah pun memberikan kelulusan terhadap pembinaan jalan baharu itu dan ia tidak melibatkan peruntukan kerajaan sebaliknya dilaksanakan oleh syarikat swasta.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 27 2022

ABDUL AZIZ: Projek sedemikian mahal, siapa hendak tanggung? Kalau jawapannya satu sen rakyat tidak bayar, jangan semudah itu sebab tanah ini rakyat punya dan balak ini rakyat punya. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.

Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.

Tol percuma di Lebuhraya WCE Seksyen 1 sempena Hari Kebangsaan
Nanta berkata pengecualian bayaran tol itu bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 selain menyambut setahun pelaksanaan inisiatif MyJalan oleh kerajaan.

PATI jual mangga asam boi di Lebuhraya WCE antara ditahan Imigresen
Sebanyak 15 premis kediaman, perniagaan, hotel dan refleksologi di sekitar daerah Kinta, Perak Tengah, Hilir Perak dan Bagan Datuk diperiksa.

Wanita maut, X50 terbabas langgar pembahagi jalan di WCE
Mangsa berusia 50 tahun yang memandu berseorangan, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan.

Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.

Nahas dua kereta di WCE: Suami isteri antara tiga maut
Mereka yang maut merupakan seorang lelaki dan dua wanita manakala seorang wanita dan lima kanak-kanak cedera.

Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.

Bangkai harimau dahan ditemui mati di Lebuhraya WCE
Kejadian dipercayai merupakan kemalangan pertama melibatkan hidupan liar di Seksyen 11 WCE selepas dibuka kepada pengguna 12 Mac lalu.