CHERAS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menutup laluan masuk ke sebuah tasik bekas kuari yang dipanggil 'Black Lake' berdekatan Seksyen 5 Bandar Mahkota Cheras yang dijadikan tapak pembuangan sampah haram.
Pegawai Perhubungan Awam, Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj, Kamarul Izlan Sulaiman berkata, anggota penguat kuasa akan ditempatkan di lokasi itu bagi pemantauan berkala.
Selain itu katanya, MPKj sedang mengenal pasti pemilik tanah persendirian itu untuk melakukan pemulihan tanah.
"Aktiviti pembuangan sampah haram itu dikesan sejak Disember lalu namun keadaannya semakin teruk dua bulan kebelakangan ini.
"Sebanyak enam lori telah disita dalam tempoh dua bulan dan pemantauan berterusan akan dilakukan bagi mengatasi aktiviti pembuangan sampah haram itu," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Pada Selasa, seorang pengguna, Rozie Roziah telah berkongsi keadaan pencemaran di kawasan itu di Facebook Komuniti Bandar Mahkota Cheras.
Wanita itu memberitahu, seluruh Bandar Mahkota Cheras menghirup udara kotor disebabkan aktiviti pembuangan sampah haram itu.
"Hari ini (Selasa) seluruh Bandar Mahkota Cheras menghirup udara kotor. Bayangkan bagi yang tinggal berhampiran lokasi, yang ada anak-anak kecil, warga tua dan yang berpenyakit asma," kongsinya.
Sementara itu, Menteri Akan Sekitar dan Air (KASA), Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemilik tanah tersebut akan dikenakan tindakan.
Menurutnya, pengukuran ke atas air kolam hitam dan berbaik busuk itu didapati oksigen terlarut (D.O) kurang daripada 3mg/l dan pH 7.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 01 2022
Keadaan pencemaran susulan aktiviti pembuangan sampah haram di kawasan itu. Foto: FB Rozie Roziah
Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Serbuan pada pukul 11.45 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan berkaitan penyeludupan warga asing dalam Op Taring Delta Kelantan.
Penggabungan CAAM-MAVCOM dijangka pada separuh kedua 2025
Penggabungan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka pada separuh kedua tahun ini.
KPDN serbu tiga premis seleweng barang kawalan bersubsidi
KPDN melakukan tiga serbuan berasingan ke atas premis disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan serta ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi pada 15 dan 16 Jan lepas.
Tarikh penyertaan HKM 2024 dilanjutkan hingga 7 Feb
Tarikh akhir penghantaran penyertaan untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024 (HKM 2024) dilanjutkan hingga 7 Feb ini.
Saif Ali Khan dalam keadaan baik selepas pembedahan
Doktor di hospital turut memaklumkan bahawa Saif telah diberikan makanan seperti biasa.
Polis kesan individu terlibat insiden pukul OKU
Polis sedang mengesan beberapa individu dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani, Padang Astaka Chukai, hari ini.
Kabinet Keselamatan Israel setuju perjanjian gencatan senjata di Gaza
Kabinet keselamatan Israel dalam undian menyokong gencatan senjata yang dipersetujui baru-baru ini dengan Hamas.
AWANI Ringkas: Masyarakat antarabangsa mesti hormati Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat setiap aduan berkait penganiayaan haiwan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menegaskan setiap aduan berkaitan penganiayaan haiwan yang diterima diambil tindakan sewajarnya.
Laporan Khas Kajang Bypass: Lebuh raya atau pusara?
Bayangkan laluan kawasan perumahan yang sepatutnya tenang bertukar menjadi dilema kepada penduduk apabila terus dihantui dengan kebimbangan nyawa melayang.
Punca kebakaran pusat jagaan orang tua mungkin litar pintas - Polis
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, kebakaran mungkin berpunca daripada litar pintas.
Waze bantu PBT di Selangor kenal pasti jalan berlubang
Penduduk di Selangor mungkin dapat melaporkan keadaan jalan berlubang kepada pihak berkuasa tempatan menggunakan aplikasi pemanduan Waze, menjelang akhir tahun, kata Pengurus Jualan Waze Google Malays