KOTA BHARU: Jabatan Penerangan (JaPen) menyediakan buku panduan khas dalam bentuk digital menerusi laman sesawang Merdeka360 bagi membolehkan orang ramai tahu mengenai sambutan Hari Kebangsaan.
Pengarah JaPen Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor berkata, buku digital tersebut memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berhubung dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
"JaPen dari semasa ke semasa mengadakan kempen melalui penyediaan buku panduan dalam bentuk digital, yang mana kita digitalkan buku panduan dalam bentuk fail PDF yang boleh dicapai oleh orang ramai melalui laman web kami.
"Untuk pautan, orang ramai boleh menaip Merdeka360 kerana di dalamnya ada Facebook (FB), Instagram, TikTok yang menceritakan berkaitan Bulan Kebangsaan dan kalau mahukan bahan-bahan berkaitan sambutan bulan kebangsaan dan berkaitan dengan sejarah, ia ada dalam laman web dan pautan-pautan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Kibaran Jalur Gemilang Sempena Hari Kemerdekaan di Wisma Persekutuan, di sini pada Khamis.
Muhd Nor Aswadi berkata dari segi sambutan, JaPen telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua wakil jabatan termasuk agensi media supaya semangat sambutan sampai ke segenap lapisan masyarakat di negeri ini.
"Kita juga turut meletakkan Jalur Gemilang di kenderaan yang berada di Wisma Persekutuan dan yang lalu-lalang supaya mereka dapat sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang," katanya.
Menurutnya kempen dan sambutan di peringkat jabatan juga dimulakan sejak 24 Julai lepas termasuk mengadakan Kembara Merdeka di beberapa lokasi terpilih di Kelantan, juga meneruskan acara Komuniti MADANI melibatkan kampung, pusat pelancongan, pantai, pasar dan sekolah-sekolah menerusi kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Katanya bermula semalam, sekolah, rumah dan premis sudah mula mengibarkan Jalur Gemilang mengikut saranan JaPen supaya seboleh-bolehnya setiap rumah di negeri ini memasang Jalur Gemilang sebagai tanda cinta pada negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023

Muhd Nor Aswadi berkata, buku digital tersebut memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat yang lebih mendalam berhubung dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. - Gambar Bernama
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Kalendar khusus peringati pelbagai peristiwa penting negara akan dikeluarkan
Kerajaan merancang mengeluarkan kalendar khusus yang memperingati tarikh berlakunya pelbagai peristiwa penting yang memberi impak terhadap pembentukan negara pada tahun hadapan.

Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.

Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
![[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan [KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725273067_AnwarIbrahimMajli.jpg)
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.

Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.

Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.

Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste

Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.

Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.

Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.