JOHOR BAHRU:Lambakan bekalan makanan sebanyak lebih 2,000 pek sehari untuk golongan gelandangan didapati berlaku sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di bandar raya ini.
Ini susulan agihan yang tidak sistematik, terutama melibatkan bantuan yang dihulurkan golongan badan bukan kerajaan (NGO).
Angka lambakan diperoleh melalui rekod Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) negeri berkenaan.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Zaiton Ismail menggesa NGO di negeri ini supaya memaklumkan lebih awal sebelum melakukan misi bantuan makanan kepada gelandangan.
Langkah itu bertujuan memastikan pengagihan makanan lebih berstruktur dan tersusun bagi mengelak pembaziran.
"Kita menggalakkan NGO membuat permohonan tiga hari lebih awal bagi memudahkan urusan mereka dan urusan kita untuk mengatur.
"Ini sebab, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan PBSM akan menyusun atur jadual pengagihan makanan bagi mengelakkan lambakan dan lebihan makanan," katanya.
Beliau berkata, kira-kira 40 peratus gelandangan di Johor kini dikenal pasti, melibatkan 237 gelandangan, 77 daripadanya tidak memiliki rumah dan selebihnya menyewa bilik atau mempunyai kediaman sendiri.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan, bermula hari ini lebihan bekalan makanan akan diedarkan di kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berdekatan untuk mengelakkan pembaziran makanan.
Setakat ini, kerajaan negeri Johor menjadikan kawasan Laman Tun Seri Lanang sebagai pusat NGO melakukan aktiviti pengagihan makanan kepada gelandangan supaya dilihat lebih tersusun dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
BACA: Kerajaan tidak sekat NGO bantu mangsa banjir - Ismail Sabri
BACA: COVID-19: Kluster misi bantuan banjir dikenal pasti - KKM
BACA: Penduduk di kawasan PKP di Sarawak akan terima bantuan makanan Rabu ini
Terdahulu, Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, NGO disyarat mendaftar dengan JKM negeri masing masing jika mahu menyerahkan bantuan makanan kepada gelandangan, atau mana-mana pihak, susulan penularan COVID-19.
Pada 11 Jan lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP 2.0 di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor dan Sabah, untuk tempoh 14 hari bermula 13 Jan hingga 26 Jan.
Ia kemudiannya dilanjutkan hingga 4 Feb ini, dengan turut melibatkan tambahan satu negeri lagi iaitu Kelantan.
Ernalisa Othman
Wed Jan 27 2021
![Lambakan makanan: Lebih 2,000 pek sehari di JB sepanjang PKP 2.0 Lambakan makanan: Lebih 2,000 pek sehari di JB sepanjang PKP 2.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611725519_TBPKPGELANDANGAN.jpg)
NGO di Johor digesa memaklumkan lebih awal kepada JKM sebelum melakukan misi bantuan makanan kepada gelandangan. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40 PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719606832_KPKT.jpg)
PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.
![INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40 INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738855416_INSKEN.jpg)
INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.
![NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738358507_TBNaim.jpg)
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
![Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737625822_AaronAgo.jpg)
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
![Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737256290_TBbest.jpg)
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.
![Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.
![Belia bekas banduan antara fokus program golf amal anjuran SAY Belia bekas banduan antara fokus program golf amal anjuran SAY](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733123899_tbRajaMudaSelango.jpg)
Belia bekas banduan antara fokus program golf amal anjuran SAY
Kejohanan Golf Amal yang dianjurkan Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Titijaya Land Berhad dan Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) di Tropicana Golf & Country Resort.
![Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733044137_NancyShukri.jpg)
Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.
![Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729739146_tbPenuntutIPTAkes.jpg)
Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan
Suspek yang berusia 23 tahun tiba ke pekarangan mahkamah tersebut dengan dibawa menggunakan kereta polis kira-kira pukul 8.28 pagi.
![Pihak ditipu pelajar universiti diminta buat laporan polis Pihak ditipu pelajar universiti diminta buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725432876_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Pihak ditipu pelajar universiti diminta buat laporan polis
"Kalau ada yang mahu buat laporan polis terhadapnya, dia akan membayar kembali wang yang diterima dan dia turut ugut untuk bunuh diri."