KUALA LUMPUR: Malaysia antara negara terawal melancarkan Multimedia Super Corridor (MSC) pada 1995 namun sehingga sekarang, masih banyak kawasan di negara ini yang masih menghadapi masalah capaian Internet.
Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi, Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali berkata, sekiranya semua dilakukan dengan betul, Malaysia kini sepatutnya sudah berada jauh di hadapan terutamanya dalam perhubungan secara digital.
Begitupun, beliau berkata, sayangnya sehingga kini Malaysia masih belum ‘terhubung’ sepenuhnya.
BACA: Banyak yang masih perlu dilakukan untuk capai aspirasi digital Malaysia - Mustapa
“Jadi inilah masalah kita. Kita tahu keperluannya, kita masukkan maklumat dalam dokumen. Saya ada dokumen, tulisnya dalam 30 tahun, akan ada tiga fasa, disusun mengikut nombor.
“Kalau lihat dokumen ini, berkaitan ekonomi digital, kita ada apa yang dipanggil enam tugasan, 22 strategi, 48 inisiatif, 28 inisiatif. Anda lihat dokumen, contohnya agrikultur Malaysia, ada yang 2.0, mereka berikan semua nombor ini.
“Enam tugasan, 'tang... tang... tang... tang...' tapi tiada orang melihatnya. Saya minta maaf, saya kena cakap perkara ini sebab ini punca tidak berlakunya Wawasan 2020, tiada kena mengena dengan krisis tapi kelemahan kita untuk selesaikan rancangan dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Tech for Good Institute’s Launch Dialogue yang dijalankan secara maya pada Rabu.
Tegasnya, Malaysia sangat bagus dalam mengenal pasti keperluan digital dalam negara namun ada masalah serius untuk memenuhi keperluan tersebut.
“Kita mesti akui Malaysia ada masalah serius untuk menyelesaikan apa yang dirancang. Kita yang pertama mulakan MSC pada tahun 1995.
“Maksud saya, kalau kita buat dengan betul, kita sudah jauh berada di hadapan tapi mengejutkan, kita tidak pun sepenuhnya terhubung.
“Kita tiada pembangunan perhubungan digital. Ingat lagi tujuh ‘flagship’ Cyberjaya, MSC itu? Semua sudah hilang,” katanya dalam dialog tersebut.
Katanya lagi, pelan digital yang dirancang selepas ini perlu mengurangkan atau menutup segala jurang yang ada di Malaysia.
“Malaysia ini banyak sangat jurang. Jurang luar bandar, pendapatan, pendidikan, kita adalah negara yang ada banyak jurang.
“Saya percaya digitalisasi, kalau kita lakukan dengan betul, ia akan menjadi sesuatu yang mampu menghilangkan jurang itu,” katanya.
Astro Awani
Wed Nov 10 2021

Noor Azlan berkata, sekiranya semua dilakukan dengan betul, Malaysia kini sepatutnya sudah berada jauh di hadapan terutamanya dalam perhubungan digital. - Foto/ BERNAMA
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.

China sasar siapkan prasarana data nasional menjelang 2029
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha China untuk membangunkan pasaran data nasional yang disatukan dan memperkukuh ekonomi digital.

Laos berusaha tingkatkan ekonomi digital
Forum Digital Laos Keenam di Vientiane menandakan pencapaian penting dalam usaha negara itu menuju ekonomi digital yang berdaya maju.

Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Program Digital Rakyat dilancar esok
Program Digital Rakyat dilancar esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat.

Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.

SDEC 2024 tarik 20,000 pengunjung, catat nilai transaksi RM100 juta
Konvensyen Bandar Pintar & Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2024 melabuhkan tirai dengan kejayaan yang signifikan.

Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind
Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Ekonomi digital dijangka capai unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada KDNK akhir 2025
Dasar Malaysia yang mesra perniagaan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS kebelakangan ini menyumbang kepada prospek positif ekonomi.