Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu memastikan proses bayaran balik pinjaman berjalan lancar sebelum boleh diperluaskan kepada pelajar luar negara, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata sekalipun kutipan menunjukkan peningkatan sejak tahun-tahun kebelakangan ini, perkara itu masih boleh ditambah baik.
"Kutipan boleh dibaiki lagi. Dua tahun lepas kutipan bayaran adalah RM2 bilion, tahun lalu RM3.4 bilion dan kita jangka tahun ini kutipan lebih RM4 bilion. Angka ini boleh diperbaiki lagi, bermakna rakyat Malaysia faham dan mula bayar semula," katanya hari ini.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis menandatangani sijil kolaborasi di antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan MMC Corporation Berhad di Pelabuhan Tanjung Pelepas di sini.
Mengulas lanjut, Idris berkata untuk membolehkan PTPTN diperluas kepada pelajar negara, Akta PTPTN perlu dipinda memandangkan ia ditubuhkan hanya untuk mengurus pinjaman pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman bagi pengajian dalam negara.
"Kena pergi Parlimen kalau hendak bawa (pinda) tetapi kita lupa PTPTN sebelum ini ada masalah kewangan dua tahun dulu, jadi, bayar dahulu (pinjaman) jangan cepat hendak suruh... (diperluas kepada pelajar luar negara)," katanya.
Pada 6 Dis lepas, Puteri UMNO dilaporkan mahu pembiayaan pendidikan PTPTN diperluas kepada pelajar Malaysia di luar negara bagi membantu meringankan kos hidup pelajar terbabit.Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata PTPTN boleh berperanan sebagai alternatif buat pelajar negara di seberang laut yang kini bergantung kepada pinjaman dan biasiswa daripada entiti seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Amanah Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2017

IDRIS: ekalipun kutipan menunjukkan peningkatan sejak tahun-tahun kebelakangan ini, perkara itu masih boleh ditambah baik. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lancarkan bayaran balik sebelum perluas PTPTN kepada pelajar luar negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu memastikan proses bayaran balik pinjaman berjalan lancar sebelum boleh diperluaskan kepada pelajar luar negara.