Kempen ini berlangsung sehingga 26 April 2025, memberi peluang kepada pelanggan baharu dan pelanggan Astro sedia ada yang menaik taraf ke Astro One untuk menikmati ganjaran hebat.
Dengan hanya RM49.99 sebulan, pelanggan Astro One bukan sahaja dapat menikmati hiburan berkualiti, malah berpeluang memenangi hadiah menarik seperti TV, telefon pintar, tablet, baucar beli-belah Touch ’n Go, Shopee, periuk Le Creuset, dan banyak lagi.
Selain langganan dalam talian di astro.com.my, orang ramai juga boleh mengunjungi Astro Store dan trak Astro yang terpilih untuk merasai pengalaman interaktif dan menyertai pelbagai aktiviti menarik.
Salah satu tarikan utama adalah pusingan gashapon, di mana peserta boleh mencuba nasib untuk membawa pulang hadiah serta-merta.
Dengan suasana penuh keceriaan, kempen ini menambahkan lagi kegembiraan buat seisi keluarga dalam membuat persiapan menyambut Ramadan dan Syawal.
Jangan lepaskan peluang ini! Langgan Astro One sekarang dan rebut peluang memenangi hadiah lumayan.
Untuk maklumat lanjut, layari astro.com.my atau ikuti media sosial rasmi @astromalaysia.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)