KEPALA BATAS: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan pertemuan bersama pihak penganjur sukan permotoran, pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) serta Pesuruhjaya Sukan minggu hadapan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pertemuan itu
bagi membincangkan secara terperinci isu penganjuran perlumbaan drag di litar SIC yang didakwa gagal memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sehingga dikenakan tindakan kompaun.
Reezal Merican berkata, secara peribadinya beliau kesal dengan insiden yang berlaku dan berharap pihak penganjur akan lebih peka dalam memastikan semua penonton yang hadir mematuhi SOP yang ditetapkan.
Reezal Merican berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku selepas pihak KBS berhempas pulas meyakinkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membolehkan sesuatu penganjuran kejohanan atau aktiviti sukan diadakan ketika pandemik COVID-19 ini.
BACA: SIC pastikan pelanggaran SOP tidak berulang
BACA: Penganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000 gagal patuhi SOP
Bagaimanapun beliau menghargai sikap penganjur yang sanggup tampil ke depan serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden tersebut.
"Saya mengharapkan ini sebagai satu pengajaran dan saya telah mengarah pengurusan kanan KBS untuk memanggil pihak penganjur minggu depan bersama pihak SIC dan juga Pesuruhjaya Sukan yang mengeluarkan arahan agar melihat semula, kerana saya tidak mahu insiden berulang.
"Saya hendak supaya ia diketatkan, dalam masa sama saya hendak mengajak rakyat dan penggiat sukan mari kita jaga, kita tunjuk contoh. Saya selalu mengatakan mereka yang menjadi pencinta sukan adalah pematuhan SOP paling tinggi, kita jaga sukan kita," katanya.
Dalam pada itu, Reezal Merican berkata beliau optimis insiden yang berlaku di Sepang itu sebagai kes terpencil dan ia tidak akan mempengaruhi penganjuran sukan lain buat masa ini.
Ini kerana terdapat banyak lagi penganjuran program atau aktiviti sukan lain yang kadar pematuhan SOPnya tinggi.
Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas isu penganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000 selepas gagal memastikan penjarakan fizikal ketika menganjurkan perlumbaan drag di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman, berkata penganjur dikesan melakukan kesalahan aktiviti dengan kehadiran ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.
Reezal sebelum itu menyampaikan Sumbangan Ihya Ramadan kepada Masjid dan Surau dalam Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang pada Sabtu.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Apr 10 2021

Reezal Merican berkata, secara peribadinya beliau kesal dengan insiden yang berlaku dan berharap pihak penganjur akan lebih peka. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 dapat sokongan padu daripada organisasi utama
Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024), yang akan berlangsung dari 17-19 Dis mendapat sokongan padu daripada penaja dan rakan strategik utama.

MATRADE sasar jualan eksport MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion
MIHAS@Dubai akan menjadi acara antarabangsa pertama di luar negara dengan penyertaan terbesar oleh syarikat Malaysia diterajui oleh MATRADE.

MATRADE sasar MIHAS 2024 jana jualan RM3.5 bilion
Reezal Merican berkata sasaran itu lebih tinggi berbanding jualan RM3.2 bilion yang berjaya dicapai pada MIHAS 2023.

Pensijilan halal bantu perluaskan produk dan perkhidmatan ke peringkat antarabangsa - MATRADE
Pensijilan halal memainkan peranan kritikal bagi memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

Perjuangan atlet di Paris bakar semangat MATRADE perkukuh eksport negara
Reezal Merican berkata beliau ingin lihat semangat juang seperti yang dipamerkan barisan atlet negara diterapkan di MATRADE.

Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.

'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.

Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.

Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.

Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.