LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak menahan dua bot nelayan tempatan (BNT) kelas B, pada kedudukan 5.3 dan 5.2 batu nautika barat daya Tanjung Lomba-Lomba, Isnin lalu.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, tangkapan dilakukan APMM dalam rondaan rutin di sekitar perairan Pulau Sembilan.
"Hasil pemeriksaan awal jam 7.15 pagi pada Isnin mendapati, bot pertama dikendalikan oleh tiga kru termasuk tekong warga tempatan.
"Seorang kru warga Indonesia dan seorang Myanmar, berumur lingkungan 41 hingga 49 tahun, sedang menangkap ikan kurang dari lapan batu nautika.
"Pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua kru warga asing itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan bagi tangkapan bot kedua pula mendapati, bot yang dikendalikan oleh tiga kru termasuk tekong warga tempatan dan dua orang kru warga Indonesia berumur lingkungan 38 hingga 55 tahun juga melakukan kesalahan yang sama.
"Tekong dan kru disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan dan Akta Imigresen 1959/63.
"Kesemua kru, bot serta 300 kilogram ikan pelbagai jenis dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh, Sitiawan untuk proses penahanan, siasatan dan tindakan lanjut," katanya.
Dalam perkembangan lain, APMM Perak berjaya menahan sebuah bot pukat tunda kelas B pada kedudukan 8.8 batu nautika barat Pulau Talang, Perak sekitar jam 10.30 pagi pada 2 September lalu.
Katanya, bot berkenaan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan Akta Imigresen 1959/63.
Aida Aziz
Thu Sep 08 2022

Tangkapan dilakukan APMM dalam rondaan rutin di sekitar perairan Pulau Sembilan. -Astro AWANI
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

APMM aktifkan SAR bot nelayan karam, dua kru belum dikesan
Setakat ini, dua kru yang merupakan warga Kemboja masih belum dikesan iaitu Oeun Van dan Thy Ny.

Kaut gamat: Warga Vietnam, Indonesia ditahan
KM Bistari mengesan sebuah bot nelayan tempatan melakukan aktiviti perikanan di kedudukan 31.2 batu nautika dari Labuan.

Langgar syarat lesen: 2 bot kelas B, kru warga asing ditahan
Pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua tekong dan kru warga asing itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Langgar syarat sah lesen, 2 bot tunda ditahan di perairan Pulau Sembilan
Tangkapan dilakukan Maritim Malaysia dalam rondaan rutin di sekitar perairan Pulau Sembilan.

Maritim Perak berjaya temui bot nelayan tempatan hilang
Aduan awal kehilangan bot itu diterima pada Jumaat lalu, kira-kira jam 8 malam, di Selatan Pulau Jarak.

Dua nelayan warga Thailand cedera bergaduh atas bot ditahan
Sebilah pisau pemotong yang disyaki digunakan dalam pergaduhan itu turut dirampas bagi tujuan siasatan.

2 bot nelayan tempatan, 7 kru warga asing ditahan di perairan Perak
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Yaakup berkata, kesemua kru bot nelayan terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Maritim Perak tahan bot nelayan kelas B, langgar syarat sah lesen
Tangkapan dilakukan bot ronda Maritim Malaysia ketika melaksanakan Op Benteng dan Op Pintas di perairan negeri Perak.

Kru Indonesia gagal sembunyi dalam bilik kemudi
Lelaki terbabit bagaimanapun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan boleh didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63.