SEBERANG JAYA: Langkah Dubai yang bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sekadar khayalan dan angan-angan 'Mat Jenin', kata Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu berkata, tindakan tersebut tidak mempunyai asas sama sekali kerana sokongan terhadap Anwar masih utuh.
Tegasnya, langkah terbaik waktu ini adalah memberi masa kepada kerajaan sedia ada mentadbir dan mengurus negara.
Katanya, jika pembangkang mahu menukar kerajaan, mereka perlu menunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU-16).
"Siapa yang ada cita-cita dan hasrat untuk menjadi kerajaan tunggulah pilihan raya akan datang. Jadikan itu sebagai satu disiplin dan cara politik untuk kita menguruskan negara ini.
"Malaysia mengamalkan demokrasi yang mana ada pilihan raya setiap lima tahun, boleh berkempen (dan bertanding pada PRU)," katanya.
Shamsul Iskandar berkata demikian ketika ditanya mengenai sindiran Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Anwar berhubung Langkah Dubai.
Dalam masa sama,beliau turut hairan dan pelik dengan Dr Mahathir yang langsung tidak mengulas atau menyentuh mengenai Langkah Sheraton.
"Saya hairan dan pelik mengapa tidak dinyatakan Langkah Sheraton. Beliau mengulas tentang Langkah Kajang dan sebagainya... tetapi tidak mengambil pendirian tentang Langkah Sheraton yang kita tahu... Tun M mula-mula menjadi PM pun beliau memulakan langkah juga untuk memastikan Anwar tidak menjadi PM.
"Jadi saya fikir kumpulan-kumpulan yang menggerakkan Langkah Dubai ini untuk menumbangkan kerajaan dan sebagainya itu... pada saya sekadar khayalan dan angan-angan Mat Jenin yang tentunya tidak mempunyai asas sama sekali," katanya.
Dalam pada itu, Shamsul Iskandar mendakwa langkah untuk menumbangkan kerajaan itu mula dirancakkan kembali oleh pihak tertentu menjelang pertukaran giliran Yang di-Pertuan Agong.
Justeru, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memulakan tindakan undang-undang supaya perkara ini dapat dihentikan kerana ia seolah-olah percubaan untuk mewujudkan keresahan kepada masyarakat.
Shamsul Iskandar ditemui di perkarangan Balai Polis Seberang Jaya, selepas selesai membuat laporan polis terhadap ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard pada Sabtu.
Laporan itu adalah susulan dakwaan yang dibuat Chegubard berhubung penyelewengan dana badan bukan kerajaan (NGO) yang mengaitkan namanya di laman Facebook.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Jan 06 2024

Shamsul Iskandar berkata, tindakan tersebut tidak mempunyai asas sama sekali kerana sokongan terhadap Anwar masih utuh. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

#AgongKita: Apa jaminan tukar PM, kerajaan tiap tahun? - Al-Sultan Abdullah
Al-Sultan Abdullah berpandangan, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan proses peralihan kerajaan seperti melalui pilihan raya.

Raja Petra tiada kredibiliti ulas isu politik semasa, kata Saifuddin
Katanya, Raja Petra yang membawa diri ke luar negara setelah berdepan proses mahkamah menunjukkan tidak berwibawa memberi sebarang ulasan.

Zahid cadang gubal RUU bagi kekalkan kerajaan sehingga habis penggal
Satu Rang Undang-undang (RUU) baharu perlu dirangka, bagi memastikan sebuah kerajaan yang wujud sama ada menerusi parti yang dominan atau gabungan dikekalkan sehingga akhir penggal.

Ahli pembangkang tak tahu Langkah Dubai - Hamzah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa ahli pembangkang tidak mengetahui tentang Langkah Dubai seperti yang hangat diperkatakan kini.

Langkah Dubai: Polis KL terima 13 laporan hari ini - Allaudeen
Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini menerima 13 laporan berhubung gerakan 'Langkah Dubai' yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah Dubai sekadar politik 'cemas', pembangkang hilang modal - PM Anwar
Pembangkang tidak mempunyai kekuatan untuk membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen, kata Anwar.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Januari 2024.

GRS enggan terlibat dengan mana-mana 'langkah' tumbangkan kerajaan
Datuk Seri Hajiji Noor berkata GRS kekal memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah Dubai: Jumlah laporan polis diterima meningkat kepada 75 - Mohd Shuhaily
Sebanyak 75 laporan polis telah diterima berhubung Langkah Dubai, yang dikatakan sebagai gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Langkah Dubai: Polis akan panggil Papagomo, Che'Gu Bard dan Salim Iskandar - Razarudin
Polis akan memanggil tiga pempengaruh media sosial untuk memberi keterangan berhubung gerakan "Langkah Dubai" yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Anwar.