KUALA LUMPUR: Modus operandi dan kaedah penipuan penjenayah kewangan yang sentiasa berubah memerlukan isntitusi kewangan melaksanakan kawalan keselamatan yang lebih ketat dan terkini bagi menghindari penjenayah daripada terus menipu orang ramai.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, biarpun langkah kawalan akan menjadikan urusan perbankan dalam talian lebih rumit kerana lebih banyak semakan perlu dibuat, namun, ia perlu dibuat bagi melindungi kepentingan pelanggan.
"Semua agensi kewangan telah diarahkan mengambil langkah-langkah berikut untuk mengukuhkan lagi perlindungan Pertama semua institusi kewangan perlu beralih daripada penghantaran kata laluan sekali sahaja atau one-time password melalui sistem pesanan ringkas SMS kepada kaedah pengesahan yang lebih kukuh.
"Peralihan ini melibatkan aktiviti dalam talian yang berkaitan dengan pembukaan akaun, pemindahan dana dan pembayaran serta pertukaran maklumat peribadi dan penetapan akaun atau akaun setting.
"Kedua, memperketatkan pengesanan dan bertindak menyekat transaksi yang disyaki terlibat dengan scam dan pelanggan akan dimaklumkan serta-merta apabila sebarang aktiviti seperti ini dikesan.
"Sebagai langkah tambahan, agensi kewangan juga akan menyekat transaksi tersebut dan pelanggan akan diminta memberikan pengesahan.
"Seterusnya ialah tempoh bertenang untuk pendaftaran kali pertama bagi perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti yang selamat semasa tempoh ini sebarang aktiviti perbankan dalam talian tidak akan dibenarkan.
"Keempat, mengehadkan pelanggan kepada hanya satu peranti mudah alih atau peranti selamat untuk pengesahan perbankan dalam talian.
"Kelima, bagi membantu mangsa scam semua institusi kewangan dikehendaki menyediakan talian hotline khusus untuk aktiviti penipuan kewangan, di samping meningkatkan tahap respon dan maklum balas ke atas penipuan kewangan yang dibuat oleh pelanggan mereka," katanya dalam ucapan perasmian Pameran Maya Jenayah Kewangan: Semak Sebelum Diperdaya anjuran Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, di sini, pada Isnin.
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyenaraikan belian online, pinjaman tidak wujud, pelaburan dalam talian, Macau Scam, African Scam, pintasan emel atau business email compromised dan penipuan SMS sebagai tujuh bentuk jenayah utama kewangan utama.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan, statistik dari tahun 2019 mendapati sebanyak 63,093 kes penipuan kewangan membabitkan aktiviti perbankan dalam talian direkodkan, dengan nilai kerugian kira-kira RM2 bilion dan ia dijangka terus meningkat.
"Berdasarkan statistik PDRM 2019 sebanyak 13,073 kes dengan nilai kerugian RM539 juta pada 2020 sebanyak 17,227 kes direkodkan dengan nilai kerugian RM511 juta dan pada 2021 sebanyak 20,701 kes dengan nilai kerugian RM560.8 juta.
"Bagi tempoh Januari hingga Julai 2022, sebanyak 12,092 kes dengan nilai kerugian RM414.8 juta.
"Dari 2019 hingga Julai 2022, seramai 33,147 suspek kes penipuan siber telah ditangkap dan 22,196 kes jenayah atas talian berjaya dituduh di mahkamah," tambahnya.
Jelas beliau lagi, tiada penurunan dicatatkan dalam kes jenayah siber membabitkan penipuan dalam talian kerana kelicikan penjenayah siber mengeksploitasi teknologi dan kreatif dalam menjerat mangsa dengan pelbagai modus operandi.
"Ditambah pula dengan kesedaran masyarakat yang masih berada pada tahap yang sederhana, PDRM melihat wujudnya keperluan menyebarkan seberapa banyak ilmu pengetahuan masyarakat agar mereka dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
'Kes penipuan seumpama ini memberi kesan kepada orang ramai tetapi juga kesan jangka panjang kepada ekonomi dan keselamatan negara serta boleh menggugat kemajuan ekonomi," ujarnya.
Madiha Abdullah
Mon Sep 26 2022

Menurut Nor Shamsiah, biarpun langkah kawalan akan menjadikan urusan perbankan dalam talian lebih rumit kerana lebih banyak semakan perlu dibuat, namun, ia perlu dibuat bagi melindungi kepentingan pelanggan. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Prestasi kukuh KDNK 2024 pacu ringgit ditutup tinggi
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 peratus perlihat daya tahan dalam ketidaktentuan global
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.