KUALA LUMPUR: Komitmen Malaysia untuk melaksanakan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) membuktikan negara ini terus mengekalkan dasar yang proaktif dan mesra perdagangan, demikian menurut Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (Amcham).
Amcham dalam kenyataan semalam berkata, langkah itu dijangka meningkatkan daya saing Malaysia berikutan keupayaan perjanjian itu untuk mengakses pasaran baharu dengan cara mendapatkan input berkualiti tinggi daripada pelbagai negara.
Ketua Pegawai Esekutifnya Siobhan Das berkata, menerusi pelaksanaan CPTPP, Malaysia akan menerima manfaat daripada peluang ekonomi yang rancak dan ia relevan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
"Dengan mengurangkan kos dan halangan perdagangan, berserta dengan mekanisme pembinaan kapasiti dalam perjanjian itu, PMKS akan berupaya memacu daya saing dengan disokong ciri-ciri moden terutamanya dalam persekitaran rangka kerja ekonomi digital yang berkembang pesat.
"Susulan pelaksanaan CPTPP berkuat kuasa November, syarikat global termasuk anggota Amcham dan syarikat multinasional lain yang berhasrat mempelbagaikan rantaian bekalan mereka akan mendapat perkhidmatan yang baik kerana mereka bergabung dengan Malaysia dan ekosistemnya yang berdaya tahan, ke rangkaian perdagangan global," katanya.
Pada Rabu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan bahawa kerajaan telah menyerahkan instrumen ratifikasi untuk perjanjian itu kepada New Zealand, depositari CPTPP, pada 30 Sept 2022.
BACA: CPTPP bagi Malaysia akan berkuat kuasa 29 Nov ini - Mohamed Azmin
BACA: FMM: Pelaksanaan CPTPP tepat pada masanya bagi pulihkan perniagaan Malaysia
Amcham berkata penyertaan Kanada, Mexico dan Peru akan memacu bukan sahaja peluang eksport, malah mewujudkan potensi rangkaian kritikal baharu dalam rantaian nilai global yang memberikan lebih daya tahan kepada rantaian bekalan baharu dan sedia ada.
"Analisis kos-faedah mengunjurkan jumlah perdagangan Malaysia akan naik kepada US$655.9 bilion (US$1=RM4.63) pada 2030 melalui penyertaan dalam perjanjian ini. Sudah pasti, para penandatangan akan turut menyaksikan penyertaan baharu, yang pertama seperti dijangkakan iaitu United Kingdom.
"CPTPP akan turut menjadi pelengkap kepada manfaat yang ditawarkan oleh Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan kami berharap terdapat lebih banyak perjanjian perdagangan berkualiti tinggi khususnya dalam bidang digital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022

Amcham berkata, penyertaan Kanada, Mexico dan Peru akan memacu bukan sahaja peluang eksport, malah mewujudkan potensi rangkaian kritikal baharu dalam rantaian nilai global.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Keputusan MKN benarkan beberapa sektor tingkatkan kapasiti operasi tepat pada masanya - AmCham
Keputusan itu akan memastikan kesinambungan dan kemampanan perniagaan yang sangat penting dalam membangun kembali ekonomi negara.