Langkah untuk memperkenalkan semula sekolah aliran Inggeris di negara ini memerlukan penyelidikan dan perbincangan yang menyeluruh sebelum dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.
Beliau berkata ia menjadi topik utama yang akan dibincangkan secara terperinci dengan mengambil kira pertimbangan dan pandangan Penasihat Undang-undang kementerian dan pihak-pihak berkaitan.
"Sekolah aliran Inggeris telah ditukarkan kepada sekolah-sekolah aliran Melayu iaitu selepas kita mempunyai Akta Pendidikan. Di bawah akta tersebut, kita hanya mempunyai sekolah aliran Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah.
"Mungkin sesetengah pihak meminta supaya sekolah aliran Inggeris diwujudkan kembali, pada akhirnya, mungkin pihak lain tidak bersetuju, jadi kita perlu bersikap terbuka dan berbincang," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui pada Pesta Buah-buahan Tempatan di bangunan Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, Chong berkata kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan mempunyai rancangan pembangunan yang jelas untuk memperbaiki dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
"Melalui Program Dwibahasa (DLP) dan Program Imersif Tinggi (HIP), kita menuju ke arah landasan yang betul. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah mengarahkan supaya kita memberi tumpuan kepada bagaimana untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
"Kita juga telah melatih semula 40,000 guru bahasa Inggeris dan mengadakan latihan yang lebih baik untuk guru. Jadi segala-galanya telah digerakkan untuk meningkatkan standard bahasa Inggeris," kata beliau.
Tinjauan oleh Institut Yusof Ishak (Iseas) Singapura yang dikeluarkan oleh pada 13 Nov mendapati bahawa lapan daripada setiap 10 rakyat Johor mahu sekolah-sekolah aliran Inggeris diwujudkan kembali di negeri ini.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar seperti dilaporkan dalam media juga meminta kerajaan supaya mewujudkan semula sekolah aliran Inggeris seperti di Singapura, melalui dasar tersebut, republik itu telah berkembang pesat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan juga berkata bahawa sekolah aliran Inggeris harus diwujudkan semula di negara ini untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar supaya mereka boleh bersaing di dunia yang menghadapi penuh cabaran pada masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2017
![Langkah perkenal semula sekolah aliran Inggeris perlu perbincangan menyeluruh Langkah perkenal semula sekolah aliran Inggeris perlu perbincangan menyeluruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71511394234_PandikarAminMulia.jpg)
Chong (dua, kanan) bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (dua, kiri) dan anggota Parlimen lain menikmati jamuan pada pesta buah-buahan tempatan di perkarangan Bangunan Parlimen pada Rabu. --fotoBERNAMA
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Tunku Azizah syor pendidikan wajib sehingga Tingkatan Lima Tunku Azizah syor pendidikan wajib sehingga Tingkatan Lima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41564375930_TBPEMAISURIAGONG.jpg)
Tunku Azizah syor pendidikan wajib sehingga Tingkatan Lima
Saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan Malaysia supaya semua rakyat Malaysia diwajibkan bersekolah sehingga Tingkatan Lima, bagi membasmi kemiskinan dan menghentikan perkahwinan kanak-kanak.
![Dua sekolah diberi peringatan kerana larangan doa, guna bahasa Cina di PSV - KP Pelajaran Dua sekolah diberi peringatan kerana larangan doa, guna bahasa Cina di PSV - KP Pelajaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41558336348_kpm.jpg)
Dua sekolah diberi peringatan kerana larangan doa, guna bahasa Cina di PSV - KP Pelajaran
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata pihaknya mengambil maklum kedua-dua isu yang tular di media sosial itu dan sedang mempertimbang mengambil tindakan tatatertib jika perlu.
![Kementerian kaji cadangan wajibkan persekolahan hingga tamat SPM Kementerian kaji cadangan wajibkan persekolahan hingga tamat SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41547597641_MuridSekolah.jpg)
Kementerian kaji cadangan wajibkan persekolahan hingga tamat SPM
Kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan untuk mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari Tahun Satu sehingga tamat Tingkatan Lima.
![Tindakan wajib solat tidak bercanggah dengan Akta Pendidikan Tindakan wajib solat tidak bercanggah dengan Akta Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437053281_SOLAT.jpg)
Tindakan wajib solat tidak bercanggah dengan Akta Pendidikan
Salah satu langkah yang berkesan dan lebih praktikal dalam melaksanakan pembelajaran Pendidikan Islam adalah melalui amalan solat berjemaah di sekolah.
![Langkah perkenal semula sekolah aliran Inggeris perlu perbincangan menyeluruh Langkah perkenal semula sekolah aliran Inggeris perlu perbincangan menyeluruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71511394234_PandikarAminMulia.jpg)
Langkah perkenal semula sekolah aliran Inggeris perlu perbincangan menyeluruh
Beliau berkata ia menjadi topik utama yang akan dibincangkan secara terperinci dengan mengambil kira pertimbangan dan pandangan Penasihat Undang-undang kementerian dan pihak-pihak berkaitan.
![Doa untuk semua, termasuk kesejahteraan bukan Islam - Mahdzir Khalid Doa untuk semua, termasuk kesejahteraan bukan Islam - Mahdzir Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81459957415_MahdzirKhalid.jpg)
Doa untuk semua, termasuk kesejahteraan bukan Islam - Mahdzir Khalid
Sekolah kebangsaan tidak dibenar menjadi medan untuk penyebaran fahaman-fahaman Islam melampau seperti Daish dan lain-lain bentuk ajaran sesat yang menjurus kepada keganasan.