JOHOR BAHRU:Keadaan Lans Koperal Mohammad Fadhirul Musa yang cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan ketika mengejar penjenayah pada 1 Nov lepas, semakin stabil dan beransur pulih.
Isterinya, Noriha Mohd Razali berkata Mohammad Fadhirul sudah boleh bercakap, makan dan minum walaupun ingatannya tidak berapa baik berikutan kesan pendarahan di bahagian kepala.
Menurut Noriha, suaminya juga baru sahaja menjalani pembedahan pertama di bahagian mukanya di Hospital Sultan Ismail di sini, semalam.
"Keadaan suami semakin pulih, boleh bercakap, makan dan minum. Kadang-kadang apabila tanya nama, suami tahu nama sendiri tetapi apabila ditanya lagi, dia akan lupa. Begitu juga saya dan anak-anak kadangkala dia lupa juga.
"Doktor beritahu pendarahan itu akan pulih sendiri dan ambil masa tiga hingga empat bulan untuk lihat perkembangan sama ada perlu pembedahan atau tidak...kalau respons suami baik, tidak perlu pembedahan," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan wang tunai dan cenderahati daripada Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor di sini hari ini.
BACA: Perodua MyVi yang lari ketika ditahan anggota MPV sudah dijumpai polis
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi PERKEP Kontijen JOHOR SAC Datin Zalena Mohd Ariffin, di Rumah PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.
Turut menerima sumbangan ialah keluarga mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat, yang diserahkan kepada kakak mendiang, Elizcavelynicy Unchi Unggat.
Sementara itu, Noriha yang juga ibu kepada tiga cahaya mata berkata walaupun sukar untuk melupakan peristiwa hitam yang menimpa Mohammad Fadhirul, namun jauh di sudut hatinya reda dengan ketentuan Tuhan.
"Susah saya mahu cakap...tetapi berpuas hati sebab pesalah sudah ditangkap dan telah diberi hukuman...rasa lega," katanya yang sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohammad Fadhirul.
Dalam kejadian 1 Nov lepas, kereta Perodua Myvi yang dinaiki tiga lelaki telah melarikan diri daripada ditahan sehingga memaksa dua anggota Unit Kenderaan Peronda (MPV) dari Balai Polis Bandar Dato' Onn termasuk mangsa mengejar mereka, sebelum kenderaan polis itu terbalik dan berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Aruz, di Jalan Kangkar Tebrau, di sini.
Kejadian itu mengakibatkan Nicholester, 20, yang berasal dari Sibu, Sarawak, maut selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala, manakala Mohammad Fadhirul, 32, cedera parah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 12 2020
![Lans Koperal Mohammad Fadhirul makin stabil Lans Koperal Mohammad Fadhirul makin stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605161728_MPVKemalangan.jpg)
Lans Koperal Mohammad Fadhirul Musa terlibat dalam kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau, Johor Bahru, 1 Nov lalu. --fotoBERNAMA/Fail
![Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906153_TBJoseRaulMulino.jpg)
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906276_mindef.jpg)
ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).
Kemunculan AI baharu jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
Pantau Belanjawan: ASEAN Kita: Timor Leste | Bridging the final gap to membership
Tune in to ASEAN Kita for an engaging conversation with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, exploring Timor-Leste’s road to full ASEAN membership, the obstacles in its path, and the broader implications for the region’s future.
![Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906709_SheikhHasina.jpg)
Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.
![Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738904001_TBMahkamah.jpg)
Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Februari sebagai keputusan permohonan penangguhan hukuman penjara 10 tahun ke atas Rosmaini yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya Jahidah.
![Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738903611_TBMahkamah.jpg)
Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.
Perjanjian Paris: negara kekal komited walau A.S tarik diri - Ketua Iklim Pbb
Negara-negara di seluruh dunia terus berpegang teguh kepada pelan iklim nasional masing-masing dan berusaha memimpin peralihan tenaga bersih, meskipun Amerika Syarikat merancang untuk keluar daripada Perjanjian Iklim Paris.
![Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737787759_insiden.jpg)
Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa
Seorang pengawal keselamatan meluahkan rasa terkilan tidak menjenguk kereta BMW di mana dua beranak ditemukan maut pada Khamis.
![Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737795195_tbKTMBAnthonyLoke.jpg)
Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.
![Polis tahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar di Johor Polis tahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737267971_PDRM.jpg)
Polis tahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar di Johor
Polis Johor menahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar dari jalan Harmonium hingga ke susur keluar pekan Ulu Tiram malam tadi.
![Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737218381_Puspakom.jpg)
Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.
![Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736497078_TBKEKASIHGELAP.jpg)
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
![Lelaki maut dengan empat kesan tembakan Lelaki maut dengan empat kesan tembakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733411229_DatukMKumar.jpg)
Lelaki maut dengan empat kesan tembakan
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan untuk siasatan secara menyeluruh.
![Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734940381_dadah.jpg)
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
![Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734342219_tbPPSBANJIR.jpg)
Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini
Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.
![Pembantu stor mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual Pembantu stor mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734327510_tbpembantustorama.jpg)
Pembantu stor mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Seorang pembantu stor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.
![TBQ Amal tarik balik laporan polis anak jagaan dikasari guru sekolah TBQ Amal tarik balik laporan polis anak jagaan dikasari guru sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731923077_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
TBQ Amal tarik balik laporan polis anak jagaan dikasari guru sekolah
Pusat Jagaan Tenang Bersama Qadar (TBQ Amal) menarik balik laporan polis berkaitan isu pelajar di bawah jagaannya yang didakwa dikasari guru di sebuah sekolah di Johor Bahru.