KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini memberi penjelasan mengenai isu membabitkan status tidak melepasi tapisan SPA, bagi permohonan pelantikan tetap jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43/UD41 di Kementerian Kesihatan (KKM).
Suruhanjaya itu dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 3,281 permohonan didapati tidak melepasi tapisan kerana tiada maklumat pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), dan bidang pengkhususan perubatan yang merupakan syarat wajib untuk lantikan tetap.
"Sejumlah 1,587 pula didapati tidak melepasi tapisan bagi syarat khusus ditetapkan KKM, termasuk calon dilantik kontrak di KKM berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016, dan calon telah menamatkan latihan siswazah di dalam atau di luar negara.
"Calon merupakan lantikan kontrak mulai tahun 2016 hingga 2018 sahaja; calon tidak pernah meletak jawatan, tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dan tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh kontrak; dan calon tidak pernah menolak tawaran pelantikan tetap," menurut kenyataan itu.
Selain itu, SPA memaklumkan antara faktor calon tidak melepasi tapisan adalah maklumat pendaftaran penuh tidak dilengkapkan, atau mengisi pendaftaran sementara dengan MPM dan pemilihan bidang pengkhususan yang tidak tepat, iaitu selain daripada perubatan dan pembedahan / perubatan.
SPA memaklumkan sejumlah 10,593 permohonan telah diterima menerusi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) pada 16 Mac lepas.
Mengenai rungutan calon tidak mendapat panduan khusus mengenai permohonan berkenaan, SPA bersetuju mengemukakan senarai nama calon seramai 3,281 yang tidak melepasi tapisan kepada KKM untuk proses tapisan akhir.
"Sekiranya semakan daripada KKM mendapati calon memenuhi semua syarat yang ditetapkan (seperti iklan), status calon akan dikemas kini dalam SPA9 dan seterusnya akan dipanggil temu duga. Calon boleh menyemak status terkini permohonan mulai 22 April 2022 (Jumaat)," menurut kenyataan SPA itu.
Menurut kenyataan itu, suruhanjaya juga bersetuju mengeluarkan pilihan senarai pendaftaran penuh atau sementara dengan MMC, daripada proses permohonan ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43/41.
Selain itu, SPA memaklumkan KKM perlu membuat semakan pengesahan pendaftaran penuh dengan MMC ke atas setiap calon yang akan dikemukakan SPA.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Perubatan, Bahagian Pengambilan SPA di talian 03-8091 9000/9415 (waktu pejabat) atau e-mel [email protected].
Pada Sabtu, tular satu hantaran oleh pengguna media sosial, yang membangkitkan isu ketidakpuasan hati calon berstatus tidak melepasi tapisan ditetapkan SPA, dan tiada panduan khusus bagi mengisi permohonan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini memberi penjelasan mengenai isu membabitkan status tidak melepasi tapisan SPA, bagi permohonan pelantikan tetap jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43/UD41 di Kementerian Kesihatan (KKM).
Pempengaruh antarabangsa kongsi kegembiraan bersama penduduk Pulau Bum-Bum
Beberapa pempengaruh antarabangsa berkunjung ke Pulau Bum-Bum bagi merasai pengalaman berpuasa selain berkongsi kegembiraan bersama penduduk menerusi inisiatif Changemakers 2025 MyFoundation.
Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
Pengarah Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata penggantungan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya dalam parti itu yang diumumkan sebelum ini adalah sah dan rasmi.
Program Ketuk Sahur tingkat perpaduan antara kaum
Sebanyak 250 buah rumah akan dikunjungi dalam Program Ketuk Sahur anjuran Pusat Khidmat DUN Nangka termasuk rumah penduduk bukan Islam.
Jentera UMNO guna pendekatan lebih sistematik hadapi PRN-17
Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed optimis tahap kesiapsiagaan umno sabah juga kini sudah di tahap yang memuaskan dan bersedia untuk bertarung dengan mana-mana parti pada
APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya rampas lebih tujuh tan barang kawalan bersubsidi tanpa permit di percayai cuba di seludup ke negara jiran dalam dua operasi berasingan di perairan daerah ini, Selasa lepas.
Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025
Mesyuarat tahunan ini menjadi platform rundingan antara kerajaan Persekutuan dan negeri mengenai hal ehwal kewangan.

Tiada 'double standard' siasat kes 3R - Saifuddin
Polis tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan siasatan terhadap kes melibatkan isu agama, raja dan kaum (3R).

Treler alami masalah brek, dua pemandu berdepan detik cemas
Ketika kejadian, treler terbabit membawa muatan simen dari Batu Gajah ke Genting Highlands.

Ribut musim sejuk di AS ragut 3 nyawa, gangguan bekalan elektrik, puting beliung
Ribut musim sejuk yang kuat melanda Amerika Syarikat (AS) telah mengakibatkan kematian tiga orang di negeri selatan Mississippi dan menyebabkan puluhan ribu orang terputus bekalan elektrik.

Pindaan Akta 711 beri lebih perlindungan kepada pelapor salah laku – KRPPM
Pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) bakal memperkasa pemberi maklumat untuk melaporkan salah laku kepada agensi penguatkuasaan.

Lantikan pegawai perubatan: SPA perjelas isu status calon tidak lepas tapisan
SPA memaklumkan, sebanyak 3,281 permohonan didapati tidak melepasi tapisan kerana tiada maklumat pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).