KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan seseorang yang hendak dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dalam Badan Berkanun Persekutuan (BBP), mestilah sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan akademik dan profesional lain yang setara.
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, pelantikan itu juga harus tidak bercanggah dengan sebarang peraturan yang sedang berkuat kuasa, sekali gus dibuat berdasarkan ketetapan keanggotaan Lembaga Pengarah dalam Akta Tubuh masing-masing.
"Pelantikan juga dibuat berdasarkan pengalaman berkhidmat dalam industri atau bidang berkaitan seperti perakaunan, kewangan atau perundangan dan kepakaran yang bersesuaian.
"Contohnya dalam bidang perdagangan, kewangan, perakaunan, undang-undang, pemasaran, pengurusan atau kemahiran khusus lain yang relevan dalam industri berkaitan, yang boleh dimanfaatkan oleh BBP, syarikat dan industri," menurut MOF menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Penjelasan bagi menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) mengenai kriteria yang digunakan untuk memilih ahli politik sebagai Pengerusi, Ahli Lembaga atau Jawatan Eksekutif ke syarikat atau agensi berkaitan kerajaan, syarikat atau agensi milik kerajaan dan BPP.
Bagi syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) pula, MOF menjelaskan pelantikan Pengerusi dan ALP adalah di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan, melalui MKD selaku pemegang saham.
Kementerian itu juga memaklumkan setiap lantikan Lembaga Pengarah termasuk lantikan ahli politik, proses saringan yang sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan individu tersebut berupaya memenuhi peranan dan tanggungjawabnya sebagai pengarah dengan berkesan.
Objektif itu sebagaimana yang digariskan dalam Prinsip Tadbir Urus Baik bagi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
"Pelantikan ahli lembaga pengarah bukan sekadar mengisi jawatan Lembaga Pengarah, sebaliknya disuaipadankan berdasarkan keperluan setiap badan berkanun dan syarikat, dengan mengambil kira latar belakang serta kebolehan seseorang individu daripada pelbagai sudut.
"Justeru itu, hanya individu yang berkelayakan atau memenuhi kriteria sahaja yang dilantik untuk menerajui Lembaga Pengarah BBP dan syarikat-syarikat MKD," menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023

Kementerian Kewangan memaklumkan, pelantikan itu juga harus tidak bercanggah dengan sebarang peraturan yang sedang berkuat kuasa. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Pelantikan Pengerusi KADA bukan sebagai ganjaran' - Khalid
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang baharu, Khalid Abdul Samad menafikan pelantikannya ke agensi itu sebagai baksis (upah atau ganjaran).

Lantikan politik: Ijazah sarjana muda syarat minimum jadi Ahli Lembaga Pengarah badan berkanun - MOF
Kerajaan menetapkan seseorang yang hendak dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dalam Badan Berkanun Persekutuan (BBP), mestilah sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda.

Bersih gesa PM Anwar henti amalan lantikan politik dalam GLC
Amalan lantikan politik yang sudah diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini, dakwanya, telah menyebabkan rasuah dan salah urus GLC.

Lantikan GLC, badan berkanun: 'Henti amalan lapuk biayai operasi parti, ganjaran pemimpin' - Bersih
Kenyataan tersebut menyusul selepas pelantikan lima pengerusi badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada Rabu.

Ahmad Said dilantik semula Pengerusi Ketengah - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), umum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Shahaniza dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah KESB
Menurut Shahaniza, ia bukan tugas mudah dan menyifatkan ia satu cabaran baharu khususnya dalam dunia pendidikan di negeri tersebut.

Lantikan politik: Perlu bezakan antara GLC dan badan berkanun - Loke
Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ketika menyanggah kritikan berhubung isu pelantikan beberapa ahli politik ke dalam badan berkanun.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi GLC, gesa reformasi disegerakan
BERSIH mengecam pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Lantikan wakil parti politik dalam GLC ditapis - Ahmad Zahid
Lantikan ahli atau profesional mewakili parti politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah di bawah pengetahuan dan tapisan Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Peruntukan undang-undang ketika ini boleh timbulkan konflik kepada Peguam Negara - Dr Jahaberdeen
Jahaberdeen berkata, ada beberapa cara untuk meningkatkan martabat AG, seperti yang diamalkan di beberapa negara maju seperti UK dan AS.