PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Mengulas dakwaan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) bahawa pelantikan Azam tidak selari dengan janji reformasi institusi, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, bagaimanapun tidak memperincikan aspek pertimbangan terbabit dengan menyatakan badan bukan kerajaan itu berhak menyuarakan pendapat mereka.
"C4 berhak nyatakan pandangan itu, tapi pada masa yang sama ada beberapa pertimbangan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri Anwar dalam membuat keputusan ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
C4 Center dalam kenyataan semalam menyatakan pelantikan semula Azam dikhuatiri akan menjejaskan keupayaan SPRM untuk memerangi rasuah dan menegakkan tadbir urus yang baik di Malaysia.
Pada 10 Mei lepas, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dilapor berkata Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh setahun berkuat kuasa 12 Mei 2024 dengan pelantikan itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Mohd Zuki berkata pelantikan itu dibuat selaras subseksyen 5(1) dan (2) Akta SPRM 2009 (Akta 694).
Mengenai dakwaan wujud kartel melibatkan pimpinan tinggi perkhidmatan awam yang dikatakan meminta komisen bagi projek-projek tertentu, Fahmi meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu untuk melaporkan segera kepada pihak berkuasa.
"Perkara ini tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, lazimnya sesiapa ada aduan, maklumat boleh buat laporan kepada badan penguatkuasaan untuk tindakan berlandaskan lunas undang-undang," katanya.
Sebelum ini, tular beberapa hantaran pengguna platform X @zeyhnnnn yang mendakwa kewujudan kartel perkhidmatan awam itu melibatkan pimpinan tertinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Fahmi bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

PM Anwar komited tingkatkan hubungan Malaysia, ASEAN dengan Rusia
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 akan memastikan rantau ASEAN mempunyai kerjasama dan hubungan bilateral yang lebih baik dengan Rusia.

PM Anwar adakan perjumpaan dengan diaspora Malaysia di New Delhi
Beliau menekankan keperluan Malaysia membuat beberapa keputusan yang tidak popular untuk mengelak kekayaan negara daripada dieksploitasi pihak luar.

Tesla sedang rugi, Malaysia tidak begitu terjejas - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu adalah disebabkan syarikat Elon Musk itu sedang mengalami kerugian yang besar, dan tidak mampu bersaing dengan industri EV China.

Dasar ekonomi bertanggungjawab pacu kekuatan ringgit - PM Anwar
Kedudukan domestik dan kekuatan ringgit pada masa ini sangat memberangsangkan walaupun keadaan geopolitik di peringkat global amat membimbangkan.

Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

PM Anwar arah tanam 100 pokok gantikan pohon terpaksa ditebang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang, digantikan dengan 100 pokok baharu yang wajib ditanam semula.

Nahas helikopter Lumut: Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah
Tragedi berkenaan memberi kesan yang mendalam kepada keluarga ATM dan kehilangan besar buat negara, kata Anwar.

Nasib suami isteri sakit dapat perhatian Perdana Menteri
Sumbangan wang tunai daripada PM diharap dapat bantu ringankan beban Arman Othman sekeluarga.

Anwar bertemu diaspora Malaysia di Tokyo
Seramai 416 rakyat Malaysia di Jepun berpeluang bertemu Perdana Menteri pada majlis minum petang diaspora Malaysia.

Saya tak halang atau letak syarat ketat beri peruntukan wakil rakyat - Anwar
PM mahu peraturan dihormati iaitu Ahli Parlimen pembangkang perlu melakukan rundingan bersama TPM terlebih dahulu.