Lapan lelaki termasuk tujuh warga asing ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi di Perlis, Kuala Lumpur dan Johor, pada 24 Sept lepas kerana disyaki terlibat dalam tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan persekutuan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kesemua suspek mempunyai hubungan dengan sebuah pusat pengajian Islam di Perlis, sama ada sebagai pelajar, bekas pelajar atau bekas tenaga pengajar.
"Tangkapan dibuat hasil risikan polis berhubung usaha sebuah kumpulan pengganas yang memegang ideologi Salafi Jihadi di Yeman untuk menubuhkan pusat pengajian Islam di rantau Asia Tenggara bagi menyebarkan fahaman 'Salafi Jihadi'.
"Hasil siasatan polis dan perkongsian risikan daripada agensi risikan asing mendedahkan bahawa tenaga pengajar serta pelajar asing di pusat pengajian Islam itu mempunyai hubungan dengan sebuah madrasah di Dammaj, Yeman yang diasaskan oleh Sheikh Muqbil Hadi Al Wadi'I seorang tokoh Salafi Jihadi yang ekstrem," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata madrasah di Yeman itu berpegang kuat dengan ideologi Salafi Jihadi yang menghalalkan pembunuhan orang bukan Islam dan orang Islam yang tidak sealiran dengan mereka, yang dianggap kafir serta melabelkan sistem demokrasi sebagai 'toghut' iaitu tidak mengikut hukum Allah.
Tambah Mohamad Fuzi lagi, soal siasat ke atas semua suspek mendedahkan bahawa mereka menolak sistem demokrasi dan mempunyai fahaman ekstrem seperti lelaki dan wanita diharamkan memakai seluar, mendakwa pengajian sekular di institusi pengajian tinggi awam dan swasta adalah haram selain tidak dibenarkan bekerja kerana terdapat percampuran lelaki dan wanita.
"Mereka turut melabelkan umat Islam lain yang mengamalkan perkara itu sebagai bidaah serta terkeluar daripada agama Islam. Turut dirampas ialah buku, yang kebanyakannya ditulis oleh tokoh Salafi Jihadi," katanya
Mohamad Fuzi berkata tangkapan pertama dilakukan di Perlis melibatkan enam warganegara asing berusia antara 24 dan 38 tahun, iaitu pelajar di pusat pengajian Islam di negeri itu, iaitu lima dari sebuah negara Eropah manakala seorang lagi dari sebuah negara di benua Amerika.
Seorang daripada suspek adalah adik ipar kepada seorang rakyat dari negara jiran di Asia Tenggara yang mempunyai hubungan dengan madrasah Sheikh Muqbil di Yeman dan sedang menjalani latihan senjata api.
"Risikan juga mendedahkan bahawa mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Daesh atau lain-lain kumpulan ekstremis yang bergerak di negara asal mereka," katanya.
Mohamad Fuzi berkata tangkapan kedua dilakukan di Kuala Lumpur melibatkan seorang suspek berusia 33 tahun, warganegara sebuah negara di Timur Tengah, yang juga bekas tenaga pengajar di pusat pengajian yang sama di Perlis.
Menurut beliau, suspek aktif menganjurkan kelas-kelas agama yang tidak mendapat tauliah daripada pihak berkuasa agama negeri bagi menyebarkan idelogi Salafi Jihadi dalam kalangan rakyat Malaysia di sekitar Lembah Klang.
Tangkapan ketiga pula dilakukan di Muar, Johor melibatkan seorang peniaga warga tempatan berusia 32 tahun yang juga bekas pelajar di pusat pengajian Islam di Perlis pada 2014, di mana suspek berkenaan menolak sistem demokrasi yang dianggap 'toghut' dan menyokong pelaksanaan sistem khalifah di negara ini.
"Suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dengan keganasan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747)," katanya.
Mohamad Fuzi berkata tangkapan dibuat bagi membendung penyebaran idelogi Salafi Jihadi yang menjadi pemangkin kepada tindakan ganas kumpulan seperti Islamic State (IS), Al- Qaeda, Jemaah Islamiah (JI), Kumpulan Abu Sayyaf dan Boko Haram.
"Ini bukan kali pertama elemen Salafi Jihadi asing menggunakan Malaysia sebagai pangkalan untuk menyebarkan dan mengrekrut anggota baru. Modus operandi yang sama pernah digunakan oleh Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Bashir, pemimpin kumpulan JI yang memasuki Malaysia pada 1985 dan menubuhkan pusat pengajian Islam di Negeri Sembilan dan Johor bagi menyebarkan idelogi Salafi Jihadi selain mengrekrut anggota baharu bagi JI," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 06 2018

Mohamad Fuzi berkata suspek aktif menganjurkan kelas-kelas agama yang tidak mendapat tauliah daripada pihak berkuasa agama negeri bagi menyebarkan idelogi Salafi Jihadi. - Gambar fail

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Bekas anggota kumpulan Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh di Syria
Bekas anggota kumpulan rock Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin yang menyertai kumpulan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam serangan udara di negara itu, awal tahun ini.

Tahanan LTTE rai Deepavali bersama keluarga
Kesemua 12 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas LTTE rai hari kebesaran penganut agama Hindu itu bersama keluarga di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur

Suspek Salafi Jihadi meninggal dunia terlibat kemalangan di Bukit Beruntung
Sumber yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata Mickael Alain Louvier meninggal dunia semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Lapan ditahan, disyaki terbabit dalam tindakan memudaratkan keselamatan
Mohamad Fuzi berkata kesemua suspek mempunyai hubungan dengan sebuah pusat pengajian Islam di Perlis, sama ada sebagai pelajar, bekas pelajar atau bekas tenaga pengajar.

Bukit Aman serbu Cyberjaya kesan pengganas
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu mengalih tumpuan ke kawasan Neo Cyber, dalam usaha menjejaki warga asing yang disyaki ada kaitan dengan kegiatan keganasan.

Ayob Khan jadi sasaran ancaman bunuh kumpulan Daish Indonesia
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengakui dia kini menjadi sasaran bunuh kumpulan Daish dari Indonesia.

Enam suspek terlibat aktiviti kumpulan Daish ditangkap
Enam warga tempatan yang dipercayai terlibat dengan aktiviti kumpulan militan Daish ditangkap dalam operasi khas di Kelantan, Selangor, Melaka, Johor, dan Pulau Pinang.

Empat warga asing antara tujuh lelaki ditahan terlibat kumpulan pengganas
Tujuh lelaki termasuk empat warga asing yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan ditahan di beberapa lokasi dalam negara antara 3 Nov hingga 16 Dis lepas.

Penggodam IS salur maklumat untuk serang tentera AS
Dia yang mengetuai sel penggodam yang dinamakan 'Kosovo Hacker's Security' juga dikenali dengan nama penggodamannya, 'Th3Dir3ctorY'.

Kegiatan militan: Tanggungjawab semua betulkan fahaman halalkan membunuh
Propaganda yang dilancarkan oleh kumpulan militan IS menerusi laman sosial memerlukan pihak berkuasa mengerakkan satu jalinan kerja yang mantap bagi menanganinya.