PUTRAJAYA:Ujian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 dari China akan dijalankan di lapan hospital bawah seliaan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pusat ujian klinikal terlibat ialah Hospital Ampang (Kuala Lumpur), Hospital Umum Sarawak, Hospital Sungai Buloh (Selangor), Hospital Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya (Pulau Pinang), Hospital Taiping (Perak), Hospital Sultanah Bahiyah (Kedah) dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (Perak).
"Setakat ini, KKM belum menerima sebarang laporan klinikal fasa 3 tetapi akan memulakan ujian klinikal fasa 3 untuk vaksin COVID-19. Vaksin ini adalah vaksin virus yang tidak aktif yang dibangunkan oleh Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan Cina (IMBCAMS) di Beijing (China).
"Kita ingin melihat sama ada vaksin ini berkesan dari segi keselamatan dan keberkesanan dalam populasi kita. Ia mungkin berfungsi dalam populasi lain, tetapi bagaimana di Malaysia? Jadi, saya rasa ada baiknya kita mula menjalankan ujian ini.
"Kita harap pada 10 Dis, Jawatankuasa Penyelidikan dan Etika Perubatan (MREC) akan mengkaji undang-undang dan etika penyelidikan. Setelah diluluskan, kita mungkin dapat memulakan ujian ini pada akhir bulan ini atau tahun depan," katanya pada sidang media mengenai COVID-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata ujian berkenaan bertujuan untuk mengkaji lebih terperinci mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin. Kini, kajian berkenaan didaftarkan dengan Daftar Penyelidikan Perubatan Kebangsaan (NMRR) dan akan dilakukan oleh Penyelidik Utama (PI) dari KKM dengan bantuan Organisasi Penyelidikan Klinikal (CRO) tempatan.
Beliau berkata data untuk ujian klinikal fasa 1 dan 2 di China menunjukkan bahawa vaksin itu selamat dan dapat menghasilkan tindak balas antibodi yang baik dan mencukupi untuk memerangi virus tersebut.
Kini, katanya Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sedang melihat profil keselamatan vaksin sebelum memberikan Lesen Import Percubaan Klinikal (CTIL), yang diperlukan untuk membawa masuk produk farmaseutikal untuk ujian klinikal.
Mengenai isu lain, KKM sedang mempertimbangkan untuk memendekkan tempoh kuarantin bagi pelawat yang memasuki Malaysia.
"Kita masih mengkaji polisi lama berkaitan kuarantin 14 hari dengan pelawat akan menjalani ujian pada hari pertama dan 13 atau sekiranya mereka mempunyai simptom semasa dikuarantin.
"Namun, kita sedang meneliti lebih banyak data untuk menentukan sama ada kita dapat memendekkan tempoh kuarantin karena terdapat beberapa negara yang mengenakan kuarantin antara 7 hingga 10 hari," katanya.
"Pastinya, apabila kita memendekkan tempoh 10 hari, risikonya mungkin sekitar lima peratus dan kita harus tahu menguruskan risiko tersebut. Oleh itu, kita sedang mengkaji data sebelum mengubah sebarang polisi," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 04 2020
Data untuk ujian klinikal fasa 1 dan 2 di China menunjukkan bahawa vaksin itu selamat dan dapat menghasilkan tindak balas antibodi yang baik dan mencukupi untuk memerangi virus tersebut. - Gambar fail
Cadangan tubuh pasukan jenayah siber mirip Interpol perkuat usaha banteras cetak rompak
Penubuhan pasukan jenayah siber mirip Interpol bagi memperkuat kerjasama di peringkat serantau dilihat dapat membantu usaha membanteras jenayah cetak rompak digital.
SSPA: Kerajaan komited pastikan tiada mana-mana skim sektor awam dipinggirkan
Kerajaan komited memastikan tiada mana-mana skim dalam sektor awam dipinggirkan daripada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Op DUN: SPRM selesai siasat skandal pelombongan di Sabah, serah kepada AGC – Azam Baki
SPRM telah melengkapkan kertas siasatan berhubung skandal penyelewengan dana awam melibatkan projek pelombongan di Sabah.
Seorang lagi suspek kes pukul OKU ditahan
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada 1.50 tengah hari semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.
Tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah ragut 16 nyawa, tiga hilang - BNPB
Kejadian di Kampung Kasimpar, Petungkriyono itu mengakibatkan dua rumah tertimbus, dua jambatan musnah, dan beberapa kenderaan dihanyutkan.
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Robert Choe meninggal dunia
Bekas pemain bola sepak kebangsaan era 1950-an dan 1960-an, Robert Choe Kim Chwee meninggal dunia pagi tadi pada usia 85 tahun.
SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
KPDN menambah lima barangan baharu dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.
Abg Yahya rangkul emas Kejohanan Dunia Boling Para IBF
Skuad boling para negara meraih pingat emas menerusi acara perseorangan lelaki TPB4 pada Kejohanan Dunia Boling Para IBF 2025.
WEF2025: 47th US Presidency, Early Thoughts
This special session with experts dive into the first actions by the new US government and what they could mean for the future.
AWANI Ringkas: Tiada tol percuma bermula Tahun Baharu Cina
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.