KUALA KANGSAR: Lapan rakan masing-masing didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Hutan Simpan Banding tanpa permit pada Mac lepas.
Hakim Rohaida Ishak menjatuhkan hukuman itu terhadap Fahmie Adiran Azmi, 35, Che Mohd Rabillah Che Hassan, 36, Muhammad Rezwan Harun, 41, Azrul Hafizi Abdullah, 41, Mohd Fadzli Abd Latif, 44, Mohamad Shukri Abd Latif, 46, Mohd Anuar Md Jusoh, 50, dan Jamil Chew Abdullah, 55, serta memerintahkan kesemua tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Kesemua mereka didakwa memasuki Kompartmen 359 Hutan Simpan Banding di dalam daerah Hulu Perak tanpa permit di hutan simpanan kekal yang sah antara 7 hingga 8 Mac lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 47(1)(c) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 47(4) Enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Wan Azimah Yaacob dan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Negeri Perak Phulrani Kaur, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Ahmad Adha Amir Yasser.
Ahmad Adha Amir merayu hukuman ringan atas alasan pengakuan bersalah kesemua anak guamnya yang bekerja sendiri telah menjimatkan masa dan kos mahkamah, selain bukan melibatkan kesalahan bergraviti berat.
Bagaimanapun, Wan Azimah memohon mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam dan mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran supaya tidak diulangi tertuduh dan orang awam, selain menegaskan ia merupakan kesalahan serius.
Kesemua tertuduh yang beralamat di Terengganu kemudian membayar denda terbabit.
Mengikut fakta kes, terdapat beberapa siri video tular dalam laman sosial Facebook milik akaun Faiz Panjang mengenai dakwaan kegiatan pengeboman ikan yang dipercayai berlaku di dalam hutan simpan di daerah Gerik susulan penemuan ikan terapung ketika dia memancing di kawasan Sungai Mangga.
Seterusnya, dua video lagi telah dimuat naik dalam akaun Facebook yang sama memaparkan lima kenderaan pacuan empat roda melalui kawasan dipercayai berlakunya kegiatan pengeboman ikan itu.
Menerusi satu daripada video yang dimuat naik, beberapa individu dipercayai daripada kumpulan sama menunjukkan hasil tangkapan ikan yang banyak dengan pelbagai saiz disyaki berada di dalam kawasan hutan simpan.
Hasil semakan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNP) mendapati beberapa kenderaan pacuan empat roda memasuki kawasan Hutan Simpan itu tanpa permit dan mereka ditahan susulan kesalahan terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024

Kesemua mereka didakwa memasuki Kompartmen 359 Hutan Simpan Banding di dalam daerah Hulu Perak tanpa permit di hutan simpanan kekal yang sah antara 7 hingga 8 Mac lepas.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan
Polis menahan empat lelaki tempatan selepas tular satu video memaparkan kejadian seorang anggota polis dimarahi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada Selasa.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

Patut pemandu Honda kuning lari, rupanya pengedar dadah
Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.

Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi
Seorang mekanik motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memukul seekor anjing jantan baka Pit Bull, dengan tukul besi, bulan lalu.

Lengkap berbaju Melayu jemput isteri balik kerja sempena 'anniversary' ke-25
Tular satu video di TikTok memaparkan sisi romantis suami yang lengkap berbaju Melayu beserta songkok sedang menjemput isterinya.

Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.

Polis kesan pemandu BMW langgar lari penunggang motosikal
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).