Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini memberi jaminan bahawa semua lapangan terbang di Malaysia berada dalam keadaan selamat.
Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan di semua lapangan terbang negara ini termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (klia2) di mana rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam, dibunuh pada 13 Feb lepas.
"Lapangan terbang kita selamat dan pemeriksaan mendapati tidak ada sebarang bahan toksik.
"Kita mahu memberitahu orang ramai supaya jangan risau, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kita akan terus mengukuhkan tahap keselamatan kita dari semasa ke semasa," katanya sambil menyifatkan insiden pembunuhan Jong-nam sebagai kes terpencil.
Liow yang juga Presiden MCA ditemui pemberita selepas melancarkan Pusat Kajian Sosial dan Polisi Tun Tan Cheng Lock di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di sini, hari ini.
TONTON: KLIA 2 bebas bahan kimia
TONTON: MAHB beri jaminan sistem pengimbas mematuhi piawaian antarabangsa
Turut hadir Canselor UTAR Tun Dr Ling Liong Sik dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun.
Liow juga berkata pihaknya masih belum mendapat laporan mengenai pekerja syarikat penerbangan Korea Utara, Koryo Air, yang dikenal pasti sebagai Kim Uk-il, 37, yang kini dicari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam.
Selain Uk-il, seorang lagi suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes itu ialah setiausaha kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Hyon Kwang-song yang berusia 44 tahun.
Jong-nam, yang hidup secara terasing daripada adiknya pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh dengan bahan kimia yang kemudian dikenal pasti oleh Jabatan Kimia sebagai agen saraf VX.
Satu operasi pemeriksaan terperinci dilakukan di klia2 oleh pasukan keselamatan termasuk Jabatan Forensik PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dari 1.45 pagi hingga 3 pagi pada Ahad.
Jong-nam berada di klia2 pada 8 pagi 13 Feb lepas untuk menaiki penerbangan ke Macau sejam kemudian, apabila dua wanita tiba-tiba muncul dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang mengandungi agen saraf VX.
Jong-nam kemudian mendapatkan pertolongan di kaunter khidmat pelanggan lapangan terbang itu dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sana.
Beliau ke Malaysia pada 6 Feb lepas menggunakan pasport tertera nama Kim Chol.
Berikutan itu, polis menangkap dua wanita - seorang menggunakan pasport Indonesia dan seorang lagi menggunakan pasport Vietnam - serta seorang lelaki warganegara Malaysia dan seorang lelaki rakyat Korea Utara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2017

TIONG LAI: Semua lapangan terbang di Malaysia berada dalam keadaan selamat. - Gambar fail

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.

Jangan benar agenda Dr Mahathir rampas hak rakyat - Tiong Lai
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir kembali semula ke medan pilihan raya umum lebih berpaksikan kepada agenda peribadi dan dendam terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri.

Enam tren baharu tingkatkan 50 peratus keupayaan ERL
Keupayaan perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan meningkat 50 peratus berikutan pelancaran enam tren baharu hari ini.

Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370
Syarikat penerokaan dasar laut dari AS itu punyai keupayaan teknologi & aset canggih, serta pasukan berpengalaman luas.

DAP tidak punya masa depan - Tiong Lai
DAP disifatkan tiada masa depan kerana tidak berprinsip dan bersemangat serta dilihat gagal membawa rakyat negara ini ke mana-mana.

Selat Melaka bebas ancaman lanun
Selat Melaka menjadi laluan perairan perdagangan yang selamat dan bebas dari ancaman lanun sejak empat tahun lepas hasil penguatkuasaan bersepadu yang dilakukan di sepanjang selat itu.

MCA terima keputusan tolak penganjuran pesta arak
MCA menerima keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara atas faktor keselamatan.

Keluarga MH370 rancang kumpul RM67 juta teruskan sendiri usaha pencarian
Hari ini keluarga MH370 melancarkan inisiatif untuk menjalankan usaha pencarian secara persendirian dengan sasaran mengumpul RM67 juta (USD15 juta).

MH370: Masalah dana bukan punca penangguhan pencarian - Tiong Lai
Penangguhan pencarian pesawat MH370 bukan disebabkan masalah dana, tegas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

PM Najib umum landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat penerbangan terus dan sewa dari China mendarat.

Laporan akhir siasatan penerbangan MH370 dijangka siap tahun ini - Tiong Lai
Laporan siasatan akhir mengenai pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014, dijangka siap tahun ini.