KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing, sekiranya mendapati terdapat pendakwah jemputan dari luar negara yang meragukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata ini kerana kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan, bagi memastikan pihak berkuasa agama negeri dapat menjalankan siasatan terperinci sekali gus membendung pendakwah yang tidak diiktiraf.
"Kalau garis panduan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), kita tegas bahawa pendakwah yang tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah kita tiada masalah, yang menimbulkan konflik dan pepecahan kita tak benarkan.
"Sebab itu saya nasihat terutamanya yang nak belajar ilmu, biarlah dengan guru yang beramal dengan ilmu dia, buat perbandingan dengan ustaz yang mendapat kelulusan pihak berkuasa. Mana yang menghuraikan hal agama pelik-pelik itu tak perlu ikut dan terus lapor kepada jabatan agama untuk ambil tindakan," katanya ketika ditanya mengenai isu membabitkan seorang pendakwah, yang dikatakan berasal dari keturunan Nabi Muhammad SAW yang datang ke Malaysia untuk mengadakan ceramah di beberapa negeri.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat Musim Haji 1443 Hijrah di Menara Tabung Haji di sini hari ini.
Ditanya mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Rang Undang-undang 355 yang tidak dapat dibentangkan kerana pembubaran Parlimen, Idris berharap ia dapat dibentangkan oleh kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Jelasnya, cadangan rang undang-undang itu telah dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri pada 26 Ogos lepas dan kini ia berada di peringkat Pejabat Peguam Negara, namun tidak sempat dibentangkan susulan pembubaran Parlimen.
"Justeru saya berharap mana-mana kerajaan baharu yang dipilih selepas PRU15 nanti, dapat meneruskan pembentangan rang undang-undang itu dalam usaha memperkukuh bidang kuasa jenayah syariah di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022
Idris berkata kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan pihak berkuasa agama negeri dapat menjalankan siasatan terperinci sekali gus membendung pendakwah yang tidak diiktiraf. - Gambar fail
Tiada pemandu kedua, JPJ saman 14 bas ekspres dan persiaran
JPJ Pulau Pinang memaklumkan kesalahan lain dikesan dalam operasi itu ialah tidak mengemas kini buku log dan kesalahan teknikal.
AWANI Ringkas 2 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Februari 2025
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
AWANI Ringkas: SPRM akan panggil beberapa artis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: kenderaan MPV catat kemalangan tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan tertinggi
Kenderaan pacuan empat roda mencatatkan jumlah paling tinggi terlibat dalam kemalangan sehingga Sabtu, sehari sebelum tempoh Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025 berakhir.
Villa biru hanya menanti 'ditelan' laut
Ombak besar dan angin kuat yang melanda sejak tiga hari lalu menyebabkan pemilik banglo biru di tepi pantai di Kampung Tanjung, dekat sini, kembali resah dengan risiko hakisan.
Hakisan pantai ubah geografi Malaysia
Sepanjang 1,347 daripada 8,840 kilometer atau kira-kira 15 peratus daripada pantai di seluruh negara dikenal pasti mengalami hakisan sejak lebih tiga dekad lalu
Utamakan mangsa di PPS, bantuan tambahan dinilai ikut keperluan
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan harus diutamakan kepada mangsa yang berdaftar di PPS dan bantuan tambahan akan diberikan dalam penilaian seterusnya mengikut keperluan.
OP SKY: SPRM bakal panggil beberapa selebriti, artis tempatan
beberapa selebriti dan artis tempatan dikenal pasti mempromosikan perkhidmatan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky untuk memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lama lagi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata berdasarkan siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang daripada syarikat itu bagi tujuan promosi termasuk menjadi wajah kepada syarikat berkenaan
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata berdasarkan siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang daripada syarikat itu bagi tujuan promosi termasuk menjadi wajah kepada syarikat berkenaan
Lapor kepada jabatan agama jika pendakwah luar negara meragukan
Umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing, sekiranya mendapati terdapat pendakwah jemputan dari luar negara yang meragukan.