NIBONG TEBAL: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, meminta pihak berkepentingan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika meragui ketelusan kontraktor dilantik bagi kerja membaik pulih tandas sekolah.
Mengulas mengenai projek baik pulih tandas di sebuah sekolah yang didakwa tidak setimpal dengan kos dikeluarkan, Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa membuat pemantauan terhadap kerja dilakukan kontraktor.
Katanya, setakat ini, perkembangan projek terbabit amat positif.
"Kita buat pemantauan, tapi kalau ada sebarang kecurangan... laporkan kepada SPRM supaya kecurangan ini dapat kita tangani di peringkat pihak berkuasa.
"Buat masa ini, perkembangan (projek) sangat baik dan kita akan perluaskan penyelenggaraan ini ke SBK (Sekolah Bantuan Kerajaan)... jadi berfasa... kita akan buat secara fasa dan mengambil kira isu-isu yang berlaku sebab kita buat serentak," katanya.
Jelasnya, kerja-kerja penyelenggaraan tandas sekolah ketika ini dianggarkan siap sekitar 80 peratus dan akan diperluaskan di semua sekolah mengikut fasa yang akan ditetapkan kelak.
Fadhlina berkata demikian merasmikan Taman Angkat Amanita Taman Pekaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, yang turut dihadiri Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin pada Sabtu.
Media sebelum ini melaporkan KPM mengagihkan peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah di seluruh negara bagi projek penyelenggaraan tandas.
Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman di laman sosial Facebook (FB) miliknya, semalam, meluahkan kekecewaan berhubung projek baik pulih tandas di sebuah sekolah dalam kawasannya.
Menurut Young Syefura, beliau yang membuat pemeriksaan mengejut di sekolah itu mendapati hasil kerja kontraktor amat mengecewakan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Oct 28 2023

Hasil kerja kontraktor yang menjalankan projek baik pulih tandas di sebuah sekolah di Bentong disifatkan amat mengecewakan. - Gambar/ FB Young Syefura Othman
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.

KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.

Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.

Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.

KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.