Kementerian Pertahanan sedang meneliti secara terperinci dakwaan laporan kononnya sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipintas oleh dua jet pejuang Indonesia berhampiran Kepulauan Natuna hari ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata berdasarkan laporan itu, pesawat Charlie C130 milik TUDM dipintas di ruang udara ketika dalam penerbangan dari Pangkalan Udara TUDM Subang ke Labuan.
"Laporan insiden itu dah diterima, namun belum dapat maklumat lengkap secara sahih...kita akan menyiasat mengenainya," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan 1,000 bungkusan bubur lambuk kepada pengunjung Bazar Ramadan di Taman Setiawangsa di sini.
Beliau berkata sebelum ini, isu-isu yang melibatkan kedua-dua pihak berjaya diselesaikan secara diplomasi.
Hishammuddin berkata beliau mempunyai hubungan erat dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu, dan tidak mempunyai masalah untuk berbincang sekiranya laporan yang diterima itu memerlukan beliau untuk menghubungi rakan sejawatannya itu.
Beliau berharap media bertanggungjawab dan tidak memperbesarkan insiden itu demi menjaga keharmonian dan hubungan baik kedua-dua negara.
Bernama
Mon Jun 27 2016

Menurut Hishammuddin, media bertanggungjawab dan tidak memperbesarkan insiden itu demi menjaga keharmonian dan hubungan baik kedua-dua negara. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Laporan Charlie TUDM dipintas jet pejuang Indonesia diteliti - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan sedang meneliti secara terperinci dakwaan laporan kononnya sebuah pesawat TUDM dipintas oleh dua jet pejuang Indonesia berhampiran Kepulauan Natuna hari ini.