SETIAP hujung minggu, sudah tentu ramai warga kota beriadah bersama keluarga serta rakan-rakan, dan antara aktiviti digemari ketika ini adalah mendaki bukit atau hiking.
Bukit Tabur terletak di Melawati, Kuala Lumpur adalah salah satu lokasi popular dalam kalangan peminat aktiviti ini kerana mempunyai trek sesuai dengan pelbagai tahap, dan menyajikan keindahan flora dan fauna di sepanjang perjalanan.
Paling didambakan pendaki, adalah pemandangan menakjubkan sebaik kaki menjejak di puncak bukit setinggi 396 meter dari aras laut ini.
Namun di sebalik tarikan dan keindahan Permatang Kuarza itu, terselit kebimbangan penduduk serta pendaki yang menyedari terdapat aktiviti penebangan hutan di kawasan itu.
Mereka mendakwa, beberapa kawasan di sepanjang laluan ke puncak kelihatan gondol, dipercayai diterangkan oleh pemilik tanah yang berstatus pertanian itu, untuk pembangunan.
Melihat sendiri keadaan sebenar
Saya bersama penduduk ke Bukit Tabur baru baru ini bagi melihat lebih dekat bukti dakwaan berkenaan. Baru 12 minit pendakian, sudah terlihat kawasan tanah persendirian ini mula dibangunkan.
Meskipun milik persendirian, bagi penduduk, mereka khuatir kesan aktiviti berkenaan kepada alam sekitar dan struktur tanah bukit itu sendiri, selain sama ada ia dijalankan mengikut prosedur ditetapkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melawati, Mohan Satkunasingam, ancaman bencana alam seperti tanah runtuh adalah perkara amat dikhuatiri penduduk sekitar.
Lebih-lebih lagi apabila beberapa episod tanah runtuh telah berlaku di sekitar kawasan Ampang dan Melawati sejak kebelakangan ini.
"Dalam kes ini sebenarnya kita perhatikan ada pembangunan di kawasan Bukit Tabur, khusus mengikut trail dari tapak sehingga ke pinpoint (lokasi pertama penolakan tanah).
"Kita nampak ada banyak pembangunan, tapi kita nak tahu yang paling penting, sama ada pembangunan ini adalah teratur, maknanya pihak berkuasa tempatan (PBT) ada keluarkan Kebenaran Merancang (KM) kepada mereka ini atau tidak?.
"Sebab mereka sepatutnya membuat permohonan mendapatkan KM. Daripada apa yang diperhatikan daripada trail, kita nampak jelas ada aktiviti di mana tanah tanah ini (berisiko) akan runtuh dalam masa bukan terdekat, atau jangka panjang," dakwanya.
Seorang penduduk yang juga pendaki tegar yang selalu mendaki di bukit itu, Datuk Ajay Ubrani, berkata melihat banyak perubahan sepanjang menetap selama 28 tahun di kawasan berkenaan.
"Saya tinggal di sini lebih 28 tahun... di Kemensah Height. Kawasan ini menjadi trek utama saya untuk joging selang beberapa hari.
"Semua telah saya terokai di Bukit Tabur ini, pemandangan yang cantik membuatkan saya sentiasa memilih bukit ini sebagai lokasi untuk mengeluarkan peluh," jelasnya.
Namun pembangunan yang dijalankan oleh pemilik tanah jelasnya, menggusarkan pendaki serta penduduk sekitar yang mahukan kawasan itu dipelihara
"Pembangunan ini perkara yang penduduk tentang sebelum ini kerana ia dikhuatiri memberi kesan kepada keindahan flora dan fauna di sini.
"Sesuatu tindakan perlu diambil bagi menangani masalah ini, saya lega apabila sebelum ini MPAJ ada megeluarkan notis dan kerja-kerja pembangunan juga dihentikan serta mereka.
"Kita harapkan agar setiap pembangunan mahupun kerja yang dijalankan di kawasan ini mengambil kira suara penduduk Kemensah. Kami tinggal di sini selamanya, jadi kami juga berhak untuk tahu mengenai pembangunan yang dijalankan agar hati kami senang sekiranya mereka mengikut prosedur yang betul," katanya lagi.
Banjir Kampung Kemensah ragut ketenangan penduduk
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Melawati, Abdul Razak Mahmud, berkata kebimbangan penduduk mengenai keselamatan mereka meningkat selepas kejadian banjir di Kampung Kemensah pada Disember tahun lalu.
Katanya, penduduk di kampung terbabit tidak pernah menghadapi banjir sebelum ini, dan bencana berkenaan dakwanya berpunca daripada limpahan sungai berhampiran yang menjadi semakin cetek.
"Pernah berlaku banjir dekat Kampung Kemensah... di tebing sungai, banjir ini tidak pernah berlaku seperti dimaklumkan oleh penduduk. Tetapi hujan lebat pada tahun 2021, sungai itu ada mendapan daripada hakisan tanah bukit, jadi sungai menjadi cetek bila hujan lebat.
"Semalam di Bukit Permai, Ampang kejadian tanah runtuh juga berlaku. Sebelum itu empat orang meninggal dunia, ada rumah musnah (akibat dihempap tanah runtuh), kita tak nak benda yang serupa berlaku di Taman Melawati," ujar Abdul Razak.
Pendaki luah rasa sama
Beberapa pendaki yang didekati penulis di bukit berkenaan turut menzahirkan rasa kurang senang apabila pemandangan indah Bukit Tabur diusik dengan aktiviti penebangan hutan.
Seorang pendaki, Muhammad Syamil Mohd Kamarul Fahim, antara yang kecewa dengan perkembangan berkenaan.
"Dari jauh nampak dah tak cantik dah, nampak banyak permukaan tanah terbuka (gondol).
"Dari atas nampak bukit sana dah kena tarah, depan kita pun paling dekat sebelah tasik boleh nampak, ini kebun halal ke haram?," katanya
Sepanjang pendakian, penulis melihat ada beberapa rekahan tanah berlaku, namun di sebalik cerun yang curam itu, ada juga pokok buluh dan rumput mula ditanam, dipercayai oleh pemilik tanah.
Dengan faktor cuaca tidak menentu dengan taburan hujan luar biasa beberapa kali di ibu negara, sudah tentu kebimbangan disuarakan penduduk berasas.
Terbaharu kejadian tanah runtuh pada 10 Mac lalu menggemparkan Taman Bukit Permai 2, Ampang yang meragut empat nyawa serta seorang mangsa cedera ringan.
Sebanyak 15 rumah serta 10 kenderaan juga terjejas akibat kejadian itu.
Ikuti laporan kedua esok, apakah penjelasan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berhubung isu ini.
Fareez Azman
Tue Aug 09 2022
Bukit Tabur setinggi 396 meter menjadi mercu tanda terkenal di Hulu Klang, namun kerja penolakan tanah mencacatkan pemandangan indahnya. - fotoBERNAMA
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
Bekas kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid lebih RM100,000
Bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang akaun sebuah masjid berjumlah RM115,900, tiga tahun lepas.
Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela
Belanda memutuskan untuk mengurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela di negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Caracas.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan kepada 120 rumah warga emas
McDonalds Malaysia mengunjungi 120 rumah kebajikan untuk membawa kegembiraan Tahun Baru Cina ini.
Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba
Siasatan menyeluruh sudah dilakukan di lokasi kejadian berlaku antara 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari baru-baru ini.
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
PBB perlu pastikan gencatan senjata di Gaza dipatuhi - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia
Langkah itu amat penting, terutama dalam memastikan pembukaan saluran bantuan kemanusiaan berdasarkan keputusan ICJ dan Majlis Keselamatan PBB.
Filem animasi Dongeng Sang Kancil lahir bakat tempatan
Semua penyelidikan dan pembangunan filem ini dibuat oleh kru Les Copaque Production yang kesemuanya merupakan anak seni tempatan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendaki wanita sesat di Bukit Tabur ditemukan selamat selepas dua hari hilang
Pendaki wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Tabur pada Ahad ditemui dalam keadaan selamat.
Bukit Tabur makin terabur? Kami hanya mahu berkebun - Pemilik tanah bersuara
Ikuti penjelasan daripada beberapa pemilik lot tanah berhubung dakwaan sedang membangunkan tanah di Bukit Tabur.
Apa dah jadi dengan Bukit Tabur? MPAJ sahkan aktiviti 'kerja tanah' tanpa kebenaran
Semakan mendapati lima lot di kawasan Bukit Tabur didapati menjalankan kerja meratakan tanah tanpa kebenaran.
Laporan khas: Apa dah jadi dengan Bukit Tabur?
Di sebalik tarikan dan keindahan Bukit Tabur, terselit kebimbangan penduduk serta pendaki yang menyedari terdapat aktiviti penebangan hutan di kawasan itu.
Tiada permohonan pembersihan lot tanah di Bukit Tabur - MPAJ
Pemilik lot tanah di Bukit Tabur di Taman Melawati tidak membuat sebarang permohonan untuk membersihkan kawasan tersebut.
Kerja pembersihan hutan Bukit Tabur dihentikan - Amirudin
Aktiviti di Bukit Tabur dihentikan selepas siasatan mendapati kerja tersebut tidak diberi kelulusan.
Warga Perancis dikhuatiri maut jatuh gaung Bukit Tabur
Seorang lelaki warga Perancis dikhuatiri maut selepas terjatuh ke dalam gaung ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Tabur, Selangor.
Aplikasi WhatsApp selamat tiga mangsa sesat
Perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bersama pegawai bomba berjaya menyelamatkan tiga mangsa yang sesat hampir dua jam selepas mendaki Bukit Tabur, Taman Melawati di sini pada petang Sabtu.
Bukit Tabur: Lokasi indah yang meragut nyawa
Hobi melakukan aktiviti lasak membawa padah bila pelajar UKM, Soleha Abdul Rahman maut sewaktu mendaki Bukit Tabur kelmarin.
'Kurang pengalaman, persiapan, undang tragedi Bukit Tabur'
Bukit Tabur dikenali sebagai satu tempat yang merbahaya. Astro AWANI mendapatkan pandangan seorang penyelamat JPAM.