NIBONG TEBAL: Lebih 150 isi keluarga kini hidup dalam ketakutan walaupun mereka tinggal di dalam rumah sendiri yang telah selesai segala pembayarannya.
Segalanya berpunca daripada tindakan rakus pihak pemaju yang didakwa tamak dengan wang ringgit, lantas memaksa pembeli rumah di Taman Halaman Indah, Sungai Jawi, Nibong Tebal menanggung deritanya.
Untung jutaan ringgit mungkin sudah dikaut oleh pihak pemaju, namun akibat pinjaman tersebut, pembeli rupa-rupanya ditinggalkan dengan hutang dengan sembilan syarikat wang berlesen dan juga ah long haram.
Dalam gelisah memikirkan hutang bak keliling pinggang, mereka mendapat khabar pula syarikat pemaju telah diisytihar muflis.
Lalu kepada siapa nasib kumpulan pemilik rumah ini hendak dibawa dan dibela?
Surat peguam
Menurut Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Taman Halaman Indah, Habibur Rahman Seeni Mohamed, kesemua 155 pembeli telah menerima surat dari peguam menuntut bayaran hutang.
“Kunci semua kami dah dapat tetapi ada terima surat peguam yang mahukan tuntutan untuk lunaskan hutang, dan sekarang setiap pembeli perlu bayar RM21,000 akibat tindakan pemaju yang lepas tangan.
“Kadang-kadang pihak mereka (ah long) ada hantar orang mereka untuk buat semakan sama ada rumah berpenghuni atau tidak, jadi memang akan sentiasa ada kereta tak dikenali memantau kawasan ini,” katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
Projek sakit
Projek Taman Halaman Indah ini pernah tersenarai dalam salah satu projek sakit dan setelah terbengkalai sekian lama, taman perumahan itu disiapkan dan harga rumah di situ ditawarkan pada harga murah.
Menurut Michael Chuah yang juga merupakan salah seorang mangsa pembeli, hasrat pembelian secara tunai dengan tujuan tidak mahu menanggung sebarang hutang akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri buatnya.
Walaupun sudah jelas pihak pembeli menjadi mangsa keadaan, syarikat peminjam enggan pula menyelesaikan hal itu menerusi perundingan. Tiada bayaran secara ansuran ditawarkan, malah mereka ditekan dengan bayaran secara ‘one off’.
“10 tahun memang kami hidup dalam ketakutan walaupun rumah sendiri. Kami takut kena halau, gertak dan macam-macam perkara yang merisaukan (tindakan ah long).
“Mak ayah pun tidur tak lena di rumah, jadi kalau nak bercakap soal penyelesaian, memang daripada dulu tiada sebarang tindakan daripada pihak berwajib. Kalau ada penyelesaian, kami tidak akan berhimpun untuk tuntut keadilan dan hak kami,” katanya.
Geran rumah
Kesemua pembeli juga umpama menginap di rumah haram apabila selepas sedekad berlalu, mereka masih belum memiliki geran rumah.
Bagi Shahariza Mohd Saarah, beliau sendiri sudah jemu dengan alasan yang dikemukakan pihak pemaju setiap kali bertanyakan soal tuntutan geran.
“Pemaju janji apabila selesai buat bayaran mereka akan serahkan geran tetapi setiap kali dituntut, mereka beri macam-macam alasan untuk lewatkan serahan (geran).
“Saya beli rumah sejak tahun 2010 dan sekarang dah masuk tahun 2023 geran masih tak dapat-dapat, jadi bayangkanlah sendiri nasib pembeli macam mana,” luahnya.
Cengkaman pinjaman
Untuk rekod, projek bermasalah ini pernah mendapat bantuan daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang ketika itu diterajui oleh Zuraida Kamarudin.
KPKT difahamkan telah melunaskan bayaran hutang sebanyak RM7.2 juta bagaimanapun pihjak pemaju seakan tidak serik dan terus menempah maut apabila membuat pinjaman kedua berjumlah RM3 juta.
Kembimbangan pembeli bertambah kerana 21 Ogos ini bakal menjadi hari penentu - sama ada mereka mampu untuk menyelesaikan segala hutang atau proses lelongan rumah akan berjalan.
Pemaju dibiarkan bermaharajalela mengaut keuntungan jutaan ringgit sedangkan pembeli terus dibiarkan dalam keadaan tergantung, dan dihantui mimpi ngeri.
Timbul juga persoalan, adakah wujud ‘tangan ghaib’ yang menjadikan pemaju berkenaan kebal dengan perlindungan sehingga masih terlepas daripada tindakan undang-undang.
Bermacam bentuk surat juga telah dilayangkan kepada pihak berwajib dengan harapan adanya pihak yang sudi menghulurkan bantuan untuk menoktahkan kebuntuan.
Bagaimanapun, pihak yang diharapkan itu seolah-olah mengambil sikap 'membutakan mata dan memekakkan telinga', dan jauh sekali harapan untuk melihat mereka turun padang dan bertindak.
Realitinya, sehingga kini mereka dibiarkan terus hidup dalam kebuntuan tanpa sebarang pembelaan.
Saksikan Laporan Khas mengenai isu ini menerusi AWANI 7:45 malam ini.
Hilmi Malik
Fri Aug 04 2023
Kumpulan pembeli teraniaya mengharapkan pihak berwajib campur tangan dalam permasalahan yang duihadapi mereka. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
CCAM rayu sokongan orang ramai selamatkan nyawa 14 kanak-kanak kanser
Persatuan Kanser Kanak-Kanak Malaysia (CCAM) merayu kepada orang ramai untuk memberikan sokongan dengan segera bagi menyelamatkan nyawa 14 kanak-kanak yang kini sedang berjuang melawan kanser.
ICQS Bukit Berapit: KDN sedang selesaikan isu berkaitan tanah
KDN kini dalam proses menyelesaikan isu berkaitan tanah bagi pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) baharu di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, Perak.
AWANI 7:45 [15/1/2025] – 35,368 kes tahun 2024 | Pelaburan mata wang tidak wujud | UzmaSAT-1 | 300 Pasangan Malaysia nikah di Thailand
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kerugian lebih RM1 juta, jenayah dalam talian tahun lalu.
- Ditipu lebih 1.5 juta ringgit di laman Facebook.
- Syarikat tempatan cipta sejarah, lancar satelit pemerhatian bumi.
- Tutup laluan pengkalan haram, pernikahan di Thailand jatuh merudum.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kerugian lebih RM1 juta, jenayah dalam talian tahun lalu.
- Ditipu lebih 1.5 juta ringgit di laman Facebook.
- Syarikat tempatan cipta sejarah, lancar satelit pemerhatian bumi.
- Tutup laluan pengkalan haram, pernikahan di Thailand jatuh merudum.
Agenda AWANI: Kemampanan masa depan
Apa peluang Malaysia sebagai pengerusi #ASEAN25 dalam menerajui agenda kemampanan masa depan melalui tiga inisiatif transformasi: penyahkarbonan tenaga, perlindungan biodiversiti dan ketersambungan ekonomi di rantau ini? Diskusi 9 malam.
Saintis Vietnam temukan spesies siput baharu di gua terbesar dunia
Saintis Vietnam telah menemukan spesies siput baharu di Gua Son Doong dalam Taman Negara Phong Nha - Ke Bang di wilayah tengah Quang Binh, dan menamakannya sebagai "Oc non Son Doong".
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara dengan pelancaran satelit UzmaSAT 1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California, menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.
Agenda AWANI: Lindungi haiwan, hentikan penderaan
Apa cabaran utama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebajikan haiwan? Apa strategi berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan terbiar? Diskusi 8.30 malam.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan 120 rumah warga emas
McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi tahunan ke-9 menyumbang kembali kepada komuniti setiap Tahun Baharu Cina.
Empat Ah Long ditahan, terlibat simbah cat, khianat di enam negeri
Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket Ah Long yang turut melakukan jenayah khianat rentas negeri.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Kegiatan Ah Long masih berleluasa kerana terdapat permintaan daripada masyarakat
Masyarakat juga lebih cenderung memilih Ah Long kerana kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan berlesen.
Penganggur 'dilarikan' parah dipukul suami kekasih
Dia dilarikan tiga lelaki yang bertindak memukul dan mengurungnya di dalam sebuah rumah flat di Mak Mandin, Butterworth pada Khamis.
Empat ahli geng Ah Long disambung reman
Penyambungan reman dilakukan terhadap tiga lelaki dan seorang wanita untuk pihak polis melengkapkan siasatan.
Polis Kedah lakukan siasatan menyeluruh kes tangkapan geng Ah Long
Polis tidak tolak kemungkinan besar empat suspek yang terbabit dengan geng Ah Long yang ditahan di Kulim baru-baru ini ada rangkaian lain.
Ah Long dikesan jual kad ATM RM300
Sindiket pinjaman wang tidak wujud atau Ah Long kini dikesan menjual kad juruwang automatik (ATM) milik peminjam dengan hanya RM300 kepada pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan.
Peminjam ah long lari, jiran kena tanggung padah
Mangsa Chiang Ghee Siew, 55, mendakwa kira-kira pukul 9 pagi Ahad lepas, dia terkejut apabila mendapati terdapat kesan cat warna merah di pintu pagar hadapan dan dinding rumah serta belakang kereta.
Enggan bayar hutang bekas pekerja, pemilik bengkel diganggu 'Ah Long'
Pemilik bengkel cat kereta diganggu lelaki dipercayai 'Ah Long' yang memintanya lunaskan hutang bekas pekerjanya.
Kempen #BolehBincang PTPTN menjadi, kutipan meningkat drastik
Hasil daripada pelbagai inisiatif yang telah dijalankan bagi membantu memudahkan bayaran balik pinjaman, PTPTN berjaya mengutip jumlah bayaran yang meningkat secara drastik.