Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak andaian bahawa polis mengamalkan sikap berat sebelah dalam menangani isu laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun.
"Dalam kes siasatan Khairul Azwan ini, kita telah mempertimbangkan segala-galanya setelah kita mengkaji percakapan (Khairul Azwan) yang diberi. Jadi, kita ambil keputusan untuk tidak meneruskan apa-apa tindakan," katanya.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dilaporkan berkata pihak polis mengamalkan sikap berat sebelah atau 'double standard' apabila tidak mengambil tindakan terhadap Khairul Azwan yang membuat laporan polis berdasarkan andaian dan dengar cakap.
"Tak apalah, kalau nak layan komen sebegini, saya tak ada kerja lainlah," kata Khalid kepada pemberita pada majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Pada 26 Julai lepas, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap beberapa individu dengan mendakwa mereka dipercayai terbabit dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.
Semalam, Khalid berkata polis menghentikan siasatan berhubung laporan polis itu setelah siasatan mendapati Khairul Azwan membuat laporan hanya berdasarkan kepada andaian dan dengar cakap.
Bercakap kepada media di Petaling Jaya malam ini, Khairul Azwan berkata adalah menjadi tanggungjawab beliau dan Pemuda UMNO untuk mempertahankan kepimpinan Najib yang juga merupakan presiden parti.
Mengenai laporan polis itu, beliau berkata: "Ia merupakan hak rakyat Malaysia untuk meminta bantuan polis sekiranya timbul ancaman.
"Namun, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis dan Ketua Polis Negara atas kerjasama (yang ditunjukkan)," katanya.
Beliau menyifatkan apa yang berlaku sebagai situasi 'Mexican standoff' yang mana tiada pihak muncul sebagai pemenang mutlak.
Bernama
Wed Aug 03 2016
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dilaporkan berkata pihak polis mengamalkan sikap berat sebelah atau 'double standard' apabila tidak mengambil tindakan terhadap Khairul Azwan (gambar). - Gambar fail
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
Pemilihan UMNO: Azwan Bro menang Ketua Bahagian Pasir Salak, tewaskan anak Tajuddin
Khairul Azwan menang tipis dengan menewaskan pencabarnya, Dr Faizal Tajuddin yang merupakan anak sulung bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
UMNO: Azwan Bro tawar diri bertanding Ahli MT, Ketua Bahagian Pasir Salak
Khairul Azwan bersama pasukannya menggelarkan diri mereka pasukan 'Memperkasa Pasir Salak'.
"You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara Najib Razak dan Rosmah Mansor berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh SPRM.
UMNO kekal relevan? Ini reaksi calon Ketua Pemuda UMNO
Usaha membawa UMNO kembali ke fitrah perjuangan perlu diterjemah dalam kepimpinan UMNO pasca pemilihan parti keramat Melayu itu penghujung bulan ini.
Pemimpin DAP jangan bermain api perkauman - Azwan Bro
Khairul Azwan mendakwa pemuda UMNO memahami apa yang ditulis dan diucap di atas pentas-pentas DAP dalam bahasa Cina.
Tidak dicalonkan, Azwan Bro terus setia kepada parti
Azwan Bro berkata beliau masih boleh memberi khidmat kepada parti biarpun tidak menjadi wakil rakyat.
Isu Felda: Pemuda UMNO percaya siasatan dilakukan PDRM telus
Pergerakan Pemuda UMNO percaya siasatan terhadap isu pemilikan tanah melibatkan Felda di Jalan Semarak akan dilaksanakan secara telus serta terperinci oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
ASEAN perlu nyata pendirian terhadap Myanmar - Pemuda UMNO
Negara anggota ASEAN perlu menyatakan pendirian bagi menghentikan penindasan terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar.
Siasatan Bank Negara terhadap 1MDB sudah ditutup - Gabenor
Muhammad berkata, Bank Negara telah mengambil semua tindakan yang sesuai di bawah bidang kuasanya.
Laporan konspirasi: Polis tidak berat sebelah terhadap Azwan Bro - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak andaian bahawa polis mengamalkan sikap berat sebelah dalam menangani isu laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun.