SATU laporan yang disediakan oleh Institut Masa Depan Malaysia (MASA) mengenai pelbagai impak dan kesan buruk Projek Penambakan Selatan Pulau Pinang terhadap hak ekonomi, sosial dan budaya masyarakat pesisir pantai di negeri tersebut telah mendapat perhatian dalam laporan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) Laporan Pihak Berkepentingan untuk Semakan Berkala Sejagat Pusingan Ke-4 (UPR4) Malaysia baru-baru ini.
Laporan MASA bukan sahaja mengenengahkan inti pati cabaran yang bakal dihadapi oleh komuniti tempatan yang terjejas akibat projek penambakan tersebut, malah menyerlahkan hak-hak mereka yang bakal dicabuli dalam wacana dan platform yang lebih luas. MASA merupakan badan pemikir pertama di Malaysia yang menyediakan laporan tersebut.
Di bawah Perkara 113 laporan UNHRC “Pembangunan, Alam Sekitar, Perniagaan dan Hak Asasi Manusia”, ia menekankan kebimbangan MASA tentang kesan projek mega tebus guna tanah dan kurangnya perundingan awam dalam proses membuat keputusan oleh pihak kerajaan negeri Pulau Pinang.
Pengiktirafan sedemikian mencerminkan peranan penting MASA dalam mempengaruhi perbincangan mengenai dasar negara dan sokongan terhadap proses membuat keputusan yang inklusif dalam platform global.
Pengiktirafan UNHRC ini juga menandakan permulaan yang baik dalam bentuk galakan dan inspirasi bagi penyelidik muda MASA. Ia membuktikan upaya penyelidikan yang padu dan ampuh dapat memberikan impak besar dalam meningkatkan kefahaman awam mengenai perlindungan hak ekonomi, sosial dan budaya mereka di Malaysia.
Ini sekali gus menggalakkan penyelidik muda kami berinovasi, seterusnya menghasilkan lebih banyak penyelidikan berkesan yang boleh membantu memberi input kepada dasar-dasar negara dan melindungi hak masyarakat di negara ini.
Pencapaian sebegini membuktikan komitmen teguh kami dalam mengembangkan pengaruh MASA dalam forum dan platform antarabangsa. Adalah penting dinyatakan di sini bahawa perspektif dan pandangan kami yang berpaksikan prinsip Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, bukan sahaja untuk didengar malah perlu dipertimbangkan secara aktif dalam perbincangan global mengenai pembangunan ekonomi Malaysia.
Penglibatan MASA akan memudahkan penyepaduan idea-idea pemikiran ke hadapan dalam wacana yang lebih luas bagi memupuk pendekatan yang lebih inklusif dan saksama untuk pembangunan mampan.
Segala cabaran yang telah kami tempuhi dan pencapaian yang diperolehi jelas membuktikan keupayaan MASA sebagai sebuah badan pemikir baharu yang berjaya menghasilkan hasil penyelidikan berkesan serta kerjasama strategik berkaitan dasar yang berimpak tinggi.
Tahun 2023 menjadi bukti komitmen kami terhadap kecemerlangan seperti yang dibuktikan melalui pelbagai perancangan dan strategi yang telah memberi kesan bermanfaat, penyelidikan berkualiti dan kerjasama strategik. Tahun ini bermula dengan satu sesi dialog yang merangsang pemikiran bertajuk “Governing Diversity, Multicultural Societies, And Faith: A Conversation” yang menampilkan Dr Hisham A Hellyer. Sesi ni menekankan tentang keperluan untuk pemahaman budaya dan perpaduan sosial.
MASA terus menerajui usaha lain yang memberi impak tinggi dengan penganjuran pelbagai acara seperti kajian rintis di Sabak Bernam, Selangor, pemukiman tahunan untuk memupuk kesepakatan dan kerja kumpulan serta perancangan strategik melalui siri webinar untuk membincangkan isu-isu ekonomi berkaitan, sejajar dengan pembentangan Bajet 2023.
Komitmen kami dalam memperkasa belia dan memahami dinamika masyarakat dapat dilihat melalui peranan penting MASA dalam penganjuran forum serantau seperti Forum Ekonomi Belia ASEAN (AYEF) di Jakarta, selain menjalankan kajian menyeluruh mengenai dinamika pasca pilihan raya di Selangor. Usaha seperti ini amat penting dalam mengemudi landskap sosio-politik yang berkembang serta dapat memupuk dasar-dasar inklusif negara.
Dedikasi MASA untuk memupuk kerjasama turut digariskan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan institusi yang dihormati. Perkongsian yang terjalin dengan Pertubuhan Belia ASEAN (AYO), Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia, dan badan pemikir Indonesia iaitu Indonesia Strategist (IS) telah mengukuhkan pertukaran pengetahuan dan usaha kolektif ke arah menangani cabaran serantau.
Pada tahun 2023 juga, MASA telah menganjurkan inisiatif penyelidikan. “Program Penyelidikan Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 2.0” yang menyaksikan kejayaan 27 projek penyelidikan dasar dalam menangani pelbagai isu kemasyarakatan yang mendesak.
Inisiatif MPDP 2.0 ini merangkumi pelbagai bidang seperti dasar perubahan iklim, pembangunan mampan, cabaran sosio-ekonomi dan peningkatan kos sara hidup. Projek yang sewajarnya diberi perhatian termasuklah kajian komprehensif tentang strategi dasar perubahan iklim, pendekatan penyahkarbonan mampan untuk industri, dan penilaian kesan dasar penjimatan tenaga terhadap penduduk Malaysia.
Salah seorang penyelidik MPDP 2.0, Dr Maria Mohd Ismail dari Universiti Malaya, menjalankan kajian berkaitan sekuriti makanan bertajuk “Ketahanan Keselamatan Makanan: Membina Keselamatan Makanan Mampan Melalui Rangka Kerja Guna Tanah” dan Profesor Madya Dr Siti Hafsyah Idris dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjalankan kajian multidisiplin bertajuk “Eco-Anxiety and Climate Change” merupakan antara inisiatif penyelidikan yang cemerlang dilaksanakan di bawah MPDP 2.0.
Ketika kita melangkah ke tahun 2024, landskap global kekal menjadi tidak menentu, sarat dengan turun naik ekonomi, kerumitan geopolitik dan kebimbangan terhadap alam sekitar.
Walau bagaimanapun, kami di MASA, akan kekal teguh dalam komitmen kami untuk mengharungi segala cabaran mendatang. Pencapaian kami pada tahun ini adalah bukti dedikasi dan ketabahan kami. Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan, rakan kongsi dan rakan strategik atas sokongan dan komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi.
Untuk tahun baharu ini, kami bertekad untuk memacu perubahan dan inovasi yang lebih positif. Marilah kita bersama-sama maju ke hadapan dengan daya tahan, kreativiti dan dedikasi yang padu untuk membentuk masa depan Malaysia yang lebih cerah.
Marilah kita terus berdoa dan memohon petunjuk, kebijaksanaan dan rahmat daripada Allah SWT agar organisasi kita terus terpelihara. Semoga usaha kita terus dipandu dek rasa belas ehsan, pandangan jauh dan komitmen yang teguh terhadap kemakmuran dan kesejahteraan bersama rakyat dan negara kita.
Azril Mohd Amin
Ketua Pegawai Eksekutif MASA
Kenyataan Media
Sun Dec 31 2023

MASA merupakan badan pemikir pertama di Malaysia yang menyediakan laporan mengenai pelbagai impak dan kesan buruk Projek Penambakan Selatan Pulau Pinang terhadap hak ekonomi, sosial dan budaya masyarakat.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Laporan MASA mengenai projek mega tebus guna tanah diiktiraf UNHRC
Laporan MASA bukan sahaja mengenengahkan inti pati cabaran yang bakal dihadapi komuniti yang terjejas, malah hak-hak yang bakal dicabuli.

Hari Bumi Antarabangsa 2023: Kerajaan perlu tunai janji kekal 50 peratus tanah sebagai hutan simpan
Kemerosotan kesihatan bumi bukan sahaja memberi kesan negatif kepada flora dan fauna malahan kepada manusia sejagat.

MASA lantik Ahli Bersekutu bantu rangka penyelidikan, pembangunan komuniti
Wawasan ini menyasarkan peningkatan kemakmuran negara dan pengukuhan kestabilan politik ke tahap baharu.