KUALA LUMPUR: Media perlu lebih memahami peraturan dan perjalanan persidangan Parlimen bagi membolehkan laporan dibuat secara lebih menyeluruh sekali gus menyampaikan mesej yang tepat kepada masyarakat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata setiap yang berlaku semasa persidangan dewan termasuk keputusan yang dibuat oleh beliau adalah berdasarkan peraturan-peraturan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata setiap usul yang dikemukakan perlu mengikut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.
Azhar Azizan juga berkata sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau tidak pernah dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan dalam membuat keputusan.
"Saya tidak pernah dipengaruh, saya membuat keputusan berdasarkan peraturan... saya melibatkan semua pihak sama ada kerajaan (atau) pembangkang," katanya pada Majlis Ramah Mesra Media bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.
Ditanya mengenai keperluan mewujudkan sistem Parlimen berpenggal tetap, beliau berkata secara praktikal sistem itu adalah lebih baik kerana tarikh pilihan raya umum yang ditetapkan akan memberi kemudahan kepada semua pihak terlibat termasuk kos yang boleh dijimatkan.
"Saya waktu itu (dalam SPR) lebih suka kalau penggal tetap sebab SPR boleh bersedia. Kita boleh lihat pusat mengundi, kita boleh mula pilih sekolah mana, kita boleh mula sewa dewan, latih petugas, pembekalan (kelengkapan pilihan raya) dan sebagainya.
"Kita akan ada jadualnya (yang sudah ditetapkan). Bila tidak ada sistem dan boleh dipanggil bila-bila pilihan raya secara mengejut maka kita tak boleh bersedia. Kita kena teka sendiri," katanya.
Media melaporkan Speaker Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berkata idea penggal tetap Parlimen pernah dicetuskan pada 1974 oleh Tan Sri Senu Abdul Rahman yang juga Setiausaha Agung pertama UMNO.
Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan penganalisis politik mencadangkan supaya Akta Penggal Tetap diwujudkan bagi memastikan pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya dilakukan apabila penggalnya tamat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022

Azhar berkata setiap usul yang dikemukakan perlu mengikut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Laporan Parlimen perlu lebih adil, tepat, elak disensasi - Azhar Azizan
Media perlu lebih memahami peraturan dan perjalanan persidangan Parlimen bagi membolehkan laporan dibuat secara lebih menyeluruh sekali gus menyampaikan mesej yang tepat kepada masyarakat.