Wartawan Astro Awani Wan Syamsul Amly antara yang merasai sendiri pengalaman getir membuat liputan operasi Ops Daulat bagi tujuan membanteras penceroboh di Lahad Datu Sabah.
Sepanjang liputan beliau yang bermula 20 Mac hingga 3 April, Wan Syamsul sendiri sempat mendengar pengalaman yang dialami pihak keselamatan dan susah senang penduduk di sana:-
Dari kisah penduduk yang hidup dalam ketakutan, sehinggalah ke semangat patrotik mereka.
Berikut adalah antara laporan menarik yang disediakan Wan Syamsul Amly.
"Masanya sudah hampir tiba" (22/3/2013)
Walaupun dikatakan hadir pada 'waktu kecederaan' iaitu pada pengakhir krisis, namun siapa tahu, saat ini merupakan masa klimaks sekaligus memungkinkan pelbagai perkara penting boleh berlaku pada saat-saat sebegini.
Kalau tak ada angin... (22/3/2013)
Pelbagai cerita timbul terutama daripada kawan-kawan yang sudah hampir sebulan berada di kawasan krisis pencerobohan ini.
Selain berbincang isu pencerobohan pelbagai versi, cerita kerinduan kepada keluarga di Semenanjung dan akses internet yang terhad, tidak kurang juga kisah kecantikan gadis di Felda Sahabat sebagai selingan.
Antara 'Opocot' dan 'Ops Daulat' (23/3/2013)
Selepas sidang media harian hari ini, petugas media mengikut rancangannya akan dibawa ke Kampung Tanduo, sebuah kawasan "zon merah" yang mungkin menjadi 'transit' saki baki pengganas sebelum ditangkap atau ditembak mati oleh anggota keselamatan negara.
Mee segera macam spageti (24/3/2013)
Hasrat untuk berjogging seawal pagi di pesisir pantai Felda Sahabat bersama jurukamera, Ahmad Amir Ariffin sebelum memulakan tugas di hari minggu nampaknya terpaksa dibatalkan.
Jadi saya memutuskan untuk terus bersarapan dan mencari berita-berita menarik yang mahu diketahui rakyat di luar sana.
"Moga-moga rumahnya tidak hancur" (25/3/2013)
Pemergian sahabat yang syahid saya tahu, menjadi azimat anggota keselamatan yang ada di sini untuk terus membela kedaulatan negara.
Semangat anggota polis yang ditugaskan di sini terus membara apabila dua orang nombor dua pasukan polis negara dan negeri, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang sendiri hadir meraikan hari bersejarah ini bersama mereka.
Ops Daulat: Semuanya ada kemungkinan (26/3/2013)
"Ada kemungkinan, ada kemungkinan."
Itu jawapan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada soalan saya tentang apa perlunya individu tertentu dari Sandakan dan Semporna mengirim duit ke Jolo sebagai dana kepada pengganas.
Semua mahu jadi Sarjan Hassan (27/3/2013)
Bagaimana tidak, menghantar dana kepada pengganas di Selatan Filipina membuktikan bahawa kesetiaan mereka kepada negara tempat tinggal selama ini hanya pura-pura.
Penduduk di sini umumnya melabel pengkhianat itu sebagai tidak setia dan tidak sedar diuntung — menderhaka walaupun sudah diberi tempat tinggal dan peluang mencari rezeki di negara ini.
Jelingan Si Sulu Parang (29/3/2013)
BARU hari ini saya tahu penduduk Felda Sahabat ini sebenarnya sudah lama dalam ketakutan.
Perasaan itu bukan wujud sejak mula krisis pencerobohan tapi sudah bermula dari kewujudan Felda Sahabat.
Pasti semua tertanya-tanya mengapa ayat itu baru terpacul selepas lebih seminggu saya di sini.
Kamu ada 40 minit sahaja (31/3/2013)
Tinjauan hari ini ceritanya sama sahaja seperti semalam, sedihnya tidak jauh beza dengan wakil penduduk Kampung Tanjung Batu yang diberi peluang meninjau rumah, esak penduduk yang kehilangan rumah juga tidak saya andaikan sama.
Ada rumah yang dapat diselamatkan, tapi jumlahnya sangat kecil, paling kasihan kediaman yang diishtihar musnah sama sekali (Total loss) akibat dibakar atau ranap kerana bedilan mortar.
Persiapan perkahwinan terjejas (31/3/2013)
Kesan pencerobohan pengganas Sulu yang berlaku baru-baru ini, salah seorang penduduk Kampung Tajung Labian, Mohd Dali Engah terkilan melihat persiapan perkahwinan anak buah tersayang musnah.
Itu antara luahan hati penduduk kampong tersebut apabila diberi peluang meninjau kediaman selepas hampir sebulan Ops Daulat.
Cerita Datuk R S dan T (31/3/2013)
Lawatan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke beberapa kawasan di Lahad Datu hari ini secara peribadi saya rasa ada maksud tersirat.
Selain melawat penempatan sementara penduduk di kampung yang diserang penceroboh, Menteri Dalam Negeri ini turut menyampaikan salam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada mereka.
Berat mata memandang, berat bahu memikul (2/4/2013)
Ada sesuatu yang saya kesan di kalangan penduduk terlibat. Sesetengah mereka mula kedengaran merungut. Ini bukan sesuatu yang luar biasa sebaliknya sesuatu yang boleh dijangka. Jika minggu lepas rata-rata semuanya menangis selepas diberi peluang meninjau rumah masing-masing namun nada mereka hari ini agak berbeza.
"Kenapa rumah rosak sampai begini sekali?" tanya mereka.
Kami ‘lapar’ di sini (5/4/2013)
Apa yang tinggal ialah pembinaan semula kampung-kampung yang hancur, memulihkan semangat penduduk dan menanti subangan dermawan untuk mereka meneruskan kehidupan seperti biasa dalam sedikit waktu lagi.
Keseluruhannya, tidak ada apa-apa lagi disini. Tiada lagi ketakutan, tidak ada lagi kebimbangan pencerobohan.
Wan Syamsul Amly
Fri Apr 05 2013

10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu
Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan kebun sawit Kampung Tanjung Labian, Tungku di sini semalam kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menyamun penduduk di kawasan Felda.

Tular: Syarikat konsesi sukar baiki jalan disebabkan bantahan pihak ketiga
Syarikat konsesi terlibat dengan kerja penyelenggaraan jalan raya negeri menghadapi kesukaran untuk membaiki Jalan Kilang yang rosak teruk, berikutan terdapat bantahan daripada pihak ketiga.

Bunuh pelajar kolej vokasional: Kesan darah ditemukan di lokasi kejadian
Saksi pendakwaan kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu terdapat beberapa kesan darah ditemukan di tiga bilik asrama di kolej berkenaan.

Bunuh pelajar kolej vokasional: Mangsa mengaku curi wang - Saksi
Seorang pelajar memberitahu dia mendengar Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, mengaku kepada seorang tertuduh bahawa dia ada mencuri wang.

JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu
Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku bermula Isnin lepas.

Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.

Tiga maut, dua parah dalam nahas tiga kenderaan di Lahad Datu
Kejadian melibatkan pertembungan tiga kenderaan iaitu sebuah Nissan Frontier, Proton Iswara Aeroback dan sebuah motosikal.

Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia juga satu keputusan yang positif kepada negara.

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina, termasuk anak saudara Jamalul Kiram.

Gajah Pygmy betina ditemukan mati di Lahad Datu
Seekor gajah Pygmy betina ditemukan mati di sebuah ladang sawit di Bagahak di Lahad Datu Isnin lepas.