GEORGE TOWN: Polis sudah memanggil badan pengurusan bersama (JMB) sebuah kondominium di Tanjung Tokong dan pengurusan surau kondominium tersebut untuk diambil keterangan berhubung larangan azan di surau berkenaan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, polis cuba menggunakan cara diplomatik untuk menyelesaikan isu tersebut berikutan ia berhubungkait dengan isu agama.
Menurutnya, polis difahamkan Kerajaan Pulau Pinang juga mengadakan mesyuarat berhubung isu tersebut pada pagi Selasa.
"Kita cuba selesaikan isu ini secara harmoni namun isu ini masih dalam tindakan kita. Kita juga cuba menggunakan cara yang lebih diplomatik kerana isu ini adalah isu agama, isu sensitif.
"Kedua-dua pihak sudah dipanggil untuk mencari jalan penyelesaian bersama dasar kerajaan negeri. Isu ini sensitif jadi kita kena berhati-hati," katanya ketika ditemui selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Pulau Pinang pada Selasa.
Kata beliau, kes ini tiada istilah selesai atau tidak sebaliknya masih dalam perhatian banyak pihak termasuk polis dan kerajaan negeri.
"Semua pihak sedang mencari cara yang terbaik untuk selesaikan isu ini. Setakat ini, tiada isu perkauman, semuanya baik-baik sahaja.
"Semua orang boleh hidup dalam aman damai, harmoni, itu yang lebih mustahak," katanya.
Sebelum ini, tular satu klip video di media sosial menunjukkan satu sesi dialog antara pihak JMB sebuah kondominium di Tanjung Tokong dengan penduduk berhubung isu semasa di kediaman tersebut.
Bagaimanapun, keadaan menjadi tegang apabila pihak JMB mengutarakan isu pembesar suara di surau kondominium berkenaan.
Difahamkan, kondominium tersebut mempunyai tiga blok dengan setiap satu berketinggian 48 tingkat dan majoriti penduduk di situ adalah beragama Islam.
Surau tersebut dikatakan terletak kira-kira 200 meter dari blok pertama.
Difahamkan juga, terdapat empat buah pembesar suara di surau kondominium berkenaan iaitu dua bersaiz kecil terletak di dalam surau manakala dua lagi yang bersaiz besar terletak di luar surau.
Pihak JMB kondominium berkenaan dipercayai melarang pihak surau berkenaan menggunakan dua pembesar suara bersaiz besar di luar surau untuk kegunaan azan sebaliknya hanya menggunakan pembesar suara bersaiz kecil di dalam surau sahaja. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 16 2023
Menurut Khaw, polis difahamkan Kerajaan Pulau Pinang juga mengadakan mesyuarat berhubung isu tersebut pada pagi Selasa. - Foto Bernama
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Larangan azan: Polis sudah panggil JMB, pengurusan surau kondominium
Polis sudah memanggil badan pengurusan bersama sebuah kondominium di Tanjung Tokong dan pengurusan surau kondominium tersebut untuk diambil keterangan berhubung larangan azan di surau berkenaan.
Kenyataan tular larangan laungan azan guna pembesar suara bukan di Malaysia - Bukit Aman
PDRM sahkan bahawa kenyataan tular di media sosial baru-baru ini berhubung larangan laungan azan menggunakan pembesar suara bukan dikeluarkan di Malaysia.