Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dibekalkan dengan telefon pintar dilarang memuat turun sebarang aplikasi permainan terutama Pokemon Go bagi mengelak kemudaratan dan risiko semasa menjalankan tugas.
Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata telefon pintar yang diberikan kepada sebahagian anggota adalah khusus untuk kegunaan rasmi bagi memudahkan kelancaran semasa bertugas.
"Kita memang menyediakan telefon bimbit kepada anggota yang menjawat jawatan tertentu contohnya petugas dan pegawai memerintah dan ia hanya boleh digunakan untuk tugasan rasmi.
"Lagipun permainan maya ini terutama Pokemon Go mempunyai risiko yang boleh mengancam keselamatan diri mereka sendiri sehingga menyebabkan kemalangan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ahmad Kamarulzaman berkata TLDM telah mengeluarkan peringatan kepada anggota dan keluarga mereka mengenai risiko serta ancaman keselamatan yang wujud daripada aplikasi Pokemon Go.
Beliau berkata peringatan itu dikeluarkan sejajar dengan saranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari segi risiko dan bahaya yang mampu menyebabkan kemalangan kepada pengguna aplikasi tersebut.
"Anggota TLDM tidak digalakkan bermain Pokemon Go terutama dalam kawasan pangkalan berikutan pelbagai risiko dan ancaman keselamatan.
"Kita bagi peringatan bukan sahaja kepada warga TLDM malah kepada orang awam yang mana telah berlaku di Perancis seorang lelaki ditahan kerana menceroboh kem tentera akibat terlalu ghairah mengejar Pokemon," katanya.
Ahmad Kamarulzaman berkata pihaknya turut memberi amaran kepada orang awam supaya tidak menceroboh kawasan Pangkalan TLDM yang merupakan kawasan larangan semata-mata untuk menangkap Pokemon.
"Disebabkan itu, kita tidak menggalakkan orang awam yang tinggal berhampiran bermain Pokemon Go kerana khuatir mereka terlampau leka berikutan keghairahan mengejar Pokemon sehingga memasuki kawasan pangkalan.
"Sesiapa sahaja yang didapati menceroboh boleh ditangkap kerana memasuki kawasan larangan," katanya.
Bernama
Sat Aug 13 2016

Menurut Ahmad Kamarulzaman, permainan Pokemon Go mempunyai risiko yang boleh mengancam keselamatan diri anggota TLDM sendiri sehingga menyebabkan kemalangan. - Gambar fail
Pope Francis kini stabil dan bebas demam
Menurut kemas kini oleh Vatican pada Isnin, Pope Francis kini tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan dan sudah bebas daripada demam
Hanya sebab tutup suis televisyen suspek mengamuk bunuh ibu
Lelaki OKU mental berkemungkinan mengamuk selepas ibunya yang berusia 68 tahun dikatakan menutup suis televisyen dan memintanya makan ubat penenang.
JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri PM
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti tazkirah yang disampaikan mufti wilayah persekutuan prof madya dr luqman abdullah bertajuk puasa dan hikmah madani: keseimbangan material dan spiritual, bersama kira-kira 400 warga JPM.
Posisi Malaysia sebagai teraju teknologi serantau
Mobile World Congress (MWC) 2025, acara kesalinghubungan, teknologi dan inovasi terbesar serta paling berpengaruh di dunia membuka tirai hari ini.

MITI sedang siasat dakwaan cip AI Nvidia dipindahkan ke Malaysia dari Singapura
Pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di Singapura yang mungkin mengandungi cip AI Nvidia, disyaki dipindahkan ke Malaysia.

Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Ia sejajar dengan komitmen utama kerajaan MADANI untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten.
Agenda AWANI: Dihimpit sekatan, ini Ramadan di Gaza
Rundingan bagi fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel menemui jalan buntu dengan terbaharu sekatan terhadap bantuan kemanusiaan menambahkan lagi cabaran buat usaha membina semula Gaza apatah lagi umat Islam ketika ini menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan? Diskusi 8.30 malam
Lindung kilang haram, SPRM beku 61 akaun bank
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 61 akaun bank yang dikaitkan dengan operasi sisa elektronik haram dalam Op Hazard, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Wang tunai RM170 juta, jongkong emas ditemui dalam peti besi
Wang tunai berjumlah RM170 juta dengan pelbagai mata wang asing dan 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta ditemui di sebuah kondominium yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
KKR lulus RM47.45 juta baik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat
Kementerian Kerja Raya telah meluluskan 16 arahan kerja bernilai RM47.45 juta, bagi membaik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat yang mengalami kerosakan teruk.

Isu LCS: Pelancaran, penamaan kapal belum siap adalah tradisi TLDM - Ahmad Kamarulzaman
Ahmad Kamarulzaman berkata, penting untuk fakta sebenar didedahkan supaya orang awam tidak terus terkeliru dengan tindakan populis dan politiking.

'Syabas kepada semua' - Panglima TLDM puas hati dengan Paskal the Movie
Beliau juga berbangga filem itu telah menembusi pasaran luar negara bermula dengan Singapura dan bakal ditayangkan di beberapa buah negara termasuk Brunei, Turki dan juga China.

Jenazah bekas Timbalan Panglima TLDM selamat dikebumikan
Lebih 300 orang termasuk anggota keluarga dan pegawai TLDM menghadiri pengebumian itu yang dilakukan mengikut istiadat pengebumian pegawai kanan TLDM.

Penglibatan TLDM dalam Rimpac 2018 di Hawaii bukan pembaziran
Penyertaan kali pertama kapal KD Lekiu itu mampu menguji ketahanan dan kesiapsiagaan aset pasukannya pada eksesais maritim terbesar anjuran Tentera Laut Amerika Syarikat di Hawaii sejak 1971.

Panglima TLDM kesal kenyataan diputar belit untuk kepentingan politik pihak tertentu
Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman sifatkan pihak terlibat mengambil kesempatan akibat terdesak hingga sanggup memutar belit kenyataannya.

TLDM hantar empat kapal bantu APMM operasi menyelamat 10 kelasi hilang
Tentera Laut Diraja Malaysia menghantar empat kapal bagi membantu kapal-kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat 10 kelasi USS John S. McCain.

Kapal LMS yang dibeli dari China berkualiti tinggi - TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM bakal menerima secara berperingkat kapal misi pesisir, Littoral Mission Ship (LMS) mulai 2019.

Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM
Rondaan Maritim Tiga Pihak (TMP) di perairan Laut Sulu dilihat mampu mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan di kawasan perairan ketiga-tiga negara.

10 anggota TLDM diberhentikan perkhidmatan akibat dadah - Panglima TLDM
Sebanyak 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat rendah diberhentikan daripada perkhidmatan selepas didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada tahun lepas.

Eksesais Amfibi Siri 3 wujudkan interoperabiliti dalam operasi ketenteraan Malaysia-AS
Eksesais Amfibi Siri 3 melibatkan tentera Malaysia dan Amerika Syarikat penting bagi mewujudkan interoperabiliti dalam operasi ketenteraan dan meningkatkan kemahiran anggota terlibat.