JOHOR BAHRU: Cadangan melaksanakan larangan cermin gelap bagi mengelakkan kes kecuaian meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan persendirian hingga menyebabkan kematian, hanya boleh diputuskan Kementerian Pengangkutan (MOT).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau telah menyuarakan cadangan mengenai perkara itu kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
"Bagi larangan cermin gelap yang dicadangkan orang ramai, itu terpulang pihak berkenaan (MOT) untuk melihat perkara ini yang merupakan satu daripada punca kepada kecuaian.
"Saya sebenarnya ada berbincang dengan Menteri Pengangkutan supaya melihat perkara ini sama ada ia perlu diambil tindakan, kerana kita tahu ini merupakan antara punca kepada kecuaian (terhadap kanak-kanak)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
Nancy sebelum ini dilapor berkata kementeriannya sedang mempertimbangkan cadangan untuk melarang penggunaan cermin gelap kenderaan bagi mengelak kematian kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kereta.
Cadangan itu, katanya dibuat berikutan tiga kanak-kanak meninggal dunia dalam tempoh dua bulan, selepas ditinggalkan bersendirian di dalam kenderaan.
Sementara itu, Nancy berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga seorang murid madrasah yang cedera dipercayai dirotan guru menggunakan batang paip polyvinyl chloride (PVC) di Sik Kedah baru-baru ini.
Menurut beliau bantuan itu diberikan susulan ibu mangsa yang dilaporkan mengalami trauma atas kejadian menimpa anaknya, sekali gus menjelaskan kes masih dalam siasatan pihak polis di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mengenai statistik kes penderaan kanak-kanak, beliau berkata JKM menerima 5,216 laporan kes penderaan sejak awal Januari hingga Ogos lepas.
Pada tahun lepas pula, katanya JKM secara keseluruhan menerima 6,770 kes penderaan berbanding 6,144 kes pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
![Larangan cermin gelap bidang kuasa MOT - Nancy Larangan cermin gelap bidang kuasa MOT - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700297376_NancyShukri.jpg)
Nancy Shukri berkata beliau telah menyuarakan cadangan mengenai perkara itu kepada Anthony Loke. - Gambar fail/Bernama
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Larangan cermin gelap bidang kuasa MOT - Nancy Larangan cermin gelap bidang kuasa MOT - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700297376_NancyShukri.jpg)
Larangan cermin gelap bidang kuasa MOT - Nancy
Cadangan melaksanakan larangan cermin gelap bagi mengelakkan kes kecuaian meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan persendirian hingga menyebabkan kematian, hanya boleh diputuskan MOT.
![HSR: Kerajaan teliti model pelaksanaan baharu - Loke HSR: Kerajaan teliti model pelaksanaan baharu - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695198372_tbAnthonyLokeParl.jpg)
HSR: Kerajaan teliti model pelaksanaan baharu - Loke
Kerajaan sedang mengkaji model pelaksanaan baharu bagi meneruskan cadangan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.
![Ingkar peraturan cermin gelap boleh didenda, penjara - JPJ Ingkar peraturan cermin gelap boleh didenda, penjara - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696573703_Ingkar.jpg)
Ingkar peraturan cermin gelap boleh didenda, penjara - JPJ
Pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan pertama.
![JPJ diarah hadkan kemasukan kenderaan cermin gelap dari Thailand JPJ diarah hadkan kemasukan kenderaan cermin gelap dari Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680589585_AnthonyLoke.jpg)
JPJ diarah hadkan kemasukan kenderaan cermin gelap dari Thailand
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui kemasukan kenderaan sebegitu memberi masalah kepada negara dan perlu ada penguatkuasaan untuk menghadkannya.
![Kesalahan cermin gelap paling tinggi dikesan di Terengganu Kesalahan cermin gelap paling tinggi dikesan di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672613262_kesalahan.jpg)
Kesalahan cermin gelap paling tinggi dikesan di Terengganu
Kebanyakan pemilik kenderaan yang ditahan mengakui faham syarat peratusan ketelusan cahaya yang ditetapkan namun memberi pelbagai alasan tidak munasabah.
![PDRM akur keputusan kerajaan berhubung peraturan baharu cermin gelap PDRM akur keputusan kerajaan berhubung peraturan baharu cermin gelap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71557505802_JSPT.jpg)
PDRM akur keputusan kerajaan berhubung peraturan baharu cermin gelap
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata pihaknya menghormati keputusan berkenaan.
![Cermin gelap: Misi menyelamat mangsa kemalangan menjadi sukar - Penganalisis Cermin gelap: Misi menyelamat mangsa kemalangan menjadi sukar - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71468055245_CerminGelap.jpg)
Cermin gelap: Misi menyelamat mangsa kemalangan menjadi sukar - Penganalisis
Pemasangan cermin gelap tanpa had pada kenderaan menyumbang kepada peningkatan tahap kesukaran pihak penyelamat dalam misi menyelamat, sekiranya kenderaan tersebut terlibat dalam kemalangan.
![JPJ, Miros perlu keluar hasil kajian cermin gelap JPJ, Miros perlu keluar hasil kajian cermin gelap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468149758_CerminGelap.jpg)
JPJ, Miros perlu keluar hasil kajian cermin gelap
Kedua-dua agensi itu perlu menunjukkan statistik yang membuktikan kadar jenayah tiada kaitan dengan penggunaan cermin gelap agar kegusaran orang ramai dapat diatasi.
![Tiada lagi had cermin gelap kereta Tiada lagi had cermin gelap kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61557212894_tinted.jpg)
Tiada lagi had cermin gelap kereta
Kerajaan pada Selasa mengumumkan kebenaran penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan.
![Peraturan baharu cermin gelap kenderaan diumum hari ini - Loke Peraturan baharu cermin gelap kenderaan diumum hari ini - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61557161292_DarkTintedCar.jpg)
Peraturan baharu cermin gelap kenderaan diumum hari ini - Loke
Peraturan baharu mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan akan diumum dalam satu sidang media selepas mesyuarat bersama Jabatan Pengangkutan Jalan.