Kementerian Kesihatan sedang menimbang kemungkinan meluaskan lagi kawasan larangan merokok sehingga meliputi ke kawasan institusi-institusi pengajian tinggi seperti sekolah-sekolah swasta dan awam, serta universiti tahun ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, rancangan itu sedang ditimbangkan selaras dengan fokus kementerian untuk melindungi hak kalangan mereka yang tidak menghisap rokok, yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada penduduk negara.
"Agenda Kementerian Kesihatan adalah untuk memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan persekitaran yang sihat buat kalangan bukan perokok. Mereka yang merokok boleh meneruskan tabiat mereka, tapi mereka perlu menghormati hak bukan perokok," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) Industry Fact Book: 2018 Edition oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di sini, hari ini.
Sebelum ini, perintah larangan merokok dikuatkuasa di bangunan Parlimen, diikuti premis menjual makanan mulai tahun ini, di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, dan selepas itu pihak kementerian dikatakan turut sedang menimbang kemungkinan menguatkuasa larangan berkenaan di kedai-kedai dobi dan hotel.
Dalam tempoh enam bulan pelaksanaan larangan merokok di premis-premis menjual makanan, penguatkuasa Kementerian Kesihatan tidak akan mengenakan kompaun, hanya mengeluarkan surat-surat amaran, dan selepas tempoh itu sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM10,000, atau dipenjara sehingga dua tahun.
Sementara itu, Presiden PhAMA Chin Keat Chyuan dalam ucapannya berkata, edisi kedua buku mengenai industri PhAMA itu menyediakan maklumat lengkap mengenai lanskap semasa industri farmaseutikal negara, maklumat mengenai pertubuhan, di samping syarikat-syarikat individu, serta usaha mereka dalam menangani trend terkini berkaitan kesihatan dan cabaran-cabaran yang dihadapi Malaysia. -- Bernama
Bernama
Tue Jan 08 2019

Kata Dr Noor Hisham, fokus kementerian adalah untuk melindungi hak kalangan mereka yang tidak menghisap rokok, yang merangkumi kira-kira 80 peratus daripada penduduk negara. - BERNAMA/Fail

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

UA, IPT berperanan penting tangani pengangguran tinggi di Sabah
Universiti awam (UA) dan institut pengajian tinggi (IPT) berperanan penting dalam menangani isu pengangguran tinggi di Sabah dengan menyediakan pelbagai program yang memenuhi pasaran pekerjaan.

Kuota pengambilan pelajar perubatan IPT tempatan dikekalkan
Kerajaan mengekalkan kuota pengambilan pelajar perubatan di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan

Kursus kewartawanan di IPT ikuti trend terkini
MOJO adalah satu kemestian dan penting untuk diterapkan dalam pengajian kewartawanan, selari dengan trend terkini.

Pelajar IPT dibenar masuk ke kampus berperingkat mulai 1 Mac
Kerajaan membenarkan kemasukan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke kampus secara berperingkat mulai 1 Mac ini.

Pelajar Malaysia boleh keluar negara tanpa mohon kebenaran awal - Jabatan Imigresen
Pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pengajian di luar negara termasuk yang baru menerima tawaran atau ingin mengambil peperiksaan, dibenarkan keluar negara tanpa perlu memohon kebenaran awal.

31,503 pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan dibenar mulakan aktiviti akademik
Kerajaan setuju benarkan pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan seperti pengajian Sarjana (Masters) dan Doktor Falsafah (Phd) untuk memulakan aktiviti akademik dengan segera.

Bantuan makanan kering diagih kepada semua IPT - Noraini
Noraini berkata, bantuan tersebut merupakan penghantaran kali ketiga sejak 21 Mac lalu.

UTHM mahu kuota sedia ada program matrikulasi dikekalkan
UTHM akan sentiasa membantu negara mencapai agenda nasional iaitu memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi melalui wadah pendidikan terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Larangan merokok di IPTA, IPTS dipertimbang - Kementerian
Kementerian Kesihatan sedang menimbang kemungkinan meluaskan lagi kawasan larangan merokok sehingga ke universiti.

Pelajar asing dijangka meningkat 200,000 menjelang 2020
Jumlah penuntut asing yang menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini dijangka meningkat sehingga 200,000 orang menjelang tahun 2020.