BARU-BARU ini, sekali lagi dunia bola sepak digemparkan dengan kejadian pemain tengah Denmark, Christian Eriksen yang tiba-tiba tidak sedarkan diri dipercayai disebabkan mengalami jantung terhenti secara mengejut (sudden cardiac arrest) sewaktu perlawanan menentang Finland dalam aksi EURO 2020 di Parken Stadium, Copenhagen.
Tindakan pantas pemain dan pengurusan pasukan serta kecekapan pasukan paramedik yang bertugas ketika perlawanan berlangsung dalam memberikan bantuan kecemasan termasuk melakukan CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation) yang akhirnya menyelamatkan nyawanya.
Ekoran itu ramailah yang berkongsi pelbagai ‘posting’ di media sosial tentang peri pentingnya ilmu CPR dikuasai oleh orang ramai terutamanya dalam kalangan pemain industri.
Benar & tidak dapat disangkal bahawa ilmu pertolongan cemas adalah penting untuk semua orang mempelajarinya. Pun begitu, biarlah ‘berguru’ dengan kaedah yang betul dengan menguasai ilmunya dengan baik secara teori & praktikal.
Tapi bagaimana jika latihan sepertinya dijalankan secara atas talian (online) dalam tempoh masa yang ringkas dengan bilangan peserta mencecah ratusan orang?
Jika tujuannya sekadar memberikan kesedaran kepada orang awam supaya lebih ramai yang mengetahui pentingnya mengikuti latihan pertolongan cemas & CPR, maka ianya harus diberikan pujian sebagai usaha murni mempromosikan ilmu yang bermanfaat.
Namun jika sekiranya ia disertai dengan kaedah pemasaran yang mengelirukan siap dengan sijil kompetensi yang kononnya diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tempoh sah laku 3 tahun, dan sebagainya, maka ianya perlu diteliti semula.
Lebih-lebih lagi jika ada mana-mana tempat kerja yang ingin mengikutinya sebagai ganti latihan pertolongan cemas kepada pembantu pertolongan cemas (first aider) di tempat kerja mereka sepertimana yang telah ditetapkan mengikut Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Keselamatan, Kesihatan & Kebajikan 1970.
Menurut Garis Panduan Pertolongan Cemas di Tempat Kerja 2004 yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), latihan pertolongan cemas di tempat kerja mesti dilakukan mengikut kaedah konvensional termasuklah kuliah, demonstrasi, latihan praktikal & ujian (teori & praktikal), serta dijalankan dalam tempoh masa yang mencukupi bagi memastikan peserta dapat memahami & melakukan semua kemahiran yang telah ditetapkan.
Pihak Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) US pada tahun 2012 telah menetapkan latihan pertolongan cemas dan CPR yang dijalankan secara ‘online’ sahaja tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan di dalam standard CFR 29 - OSHA 1910.151 (Perkhidmatan Perubatan & Pertolongan Cemas)
Berdasarkan praktis antarabangsa pula, merujuk kepada Panduan Amalan Terbaik OSHA : Asas-Asas Program Pertolongan Cemas di Tempat Kerja 2006, latihan ini memerlukan kemahiran fizikal seperti balutan dan CPR yang perlu dilakukan secara praktikal (hands on) melalui penggunaan model patung (mannequins) dan manusia.
Garis Panduan Pertolongan Cemas, Resusitasi dan Pendidikan Antarabangsa 2020 pula menyatakan bahawa latihan secara ‘online’ boleh membantu meningkatkan pengetahuan pertolongan cemas tetapi tidak kepada peningkatan kemahiran, seraya mencadangkan agar latihan secara ‘online’ hanya digunakan dalam domain persediaan, pencegahan, pengenalpastian awal dan mendapatkan bantuan sahaja.
Oleh itu, bagi memastikan latihan pertolongan cemas dan CPR dapat mencapai objektifnya, iaitu menyediakan individu yang terlatih, bersedia dan dapat memberikan bantuan kecemasan kepada mana-man individu yang memerlukan pada bila-bila masa, maka kaedah pengajaran dan pembelajaran secara teori dan praktikal harus dilakukan.
Jika kaedah secara ‘online’ dipilih terutamanya dalam suasana negara bergelut dengan wabak COVID-19 ketika ini, ianya mestilah kemudiannya digabungkan dengan kaedah pemudahcara yang lain seperti latihan praktikal atau fizikal termasuklah melakukan ujian kecekapan seperti yang telah ditetapkan, apabila latihan secara bersemuka dibenarkan kelak.
Dalam masa yang sama, saya menyeru agar pihak berwajib khususnya KKM dan JKKP untuk membuat pemantauan dan siasatan ke atas mana-mana individu atau syarikat yang menawarkan program yang latihan atas talian terutamanya terhadap mereka yang menggunakan nama kementerian atau jabatan secara salah (seperti yang dinyatakan diatas) dan seterunya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka.
* Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn. Bhd.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Ts Mohd Soffian Osman
Mon Jun 14 2021

Latihan secara online hanya digunakan dalam domain persediaan, pencegahan, pengenalpastian awal dan mendapatkan bantuan sahaja.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Latihan pertolongan cemas dalam talian: Apakah ia berkesan dan dibenarkan?
OSHA US pada tahun 2012 telah menetapkan latihan pertolongan cemas dan CPR yang dijalankan secara online sahaja tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan di dalam standard CFR 29 - OSHA 1910.15