MELAKA: Laungan keramat "merdeka" kembali bergema di Banda Hilir di sini, malam ini bagi mengenang perisitiwa bersejarah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj daripada cengkaman penjajah di Padang Banda Hilir pada tarikh ini.
Sambutan ini dianggap penuh bersejarah kerana ia pertama kali diadakan selepas Tunku Abdul Rahman pertama kali mengumumkan kemerdekaan negara kira-kira 68 tahun lalu.
Perarakan bermula dari Bangunan Merah Stadhuys menuju ke Dataran Memorial Kemerdekaan sejauh kira-kira 600 meter dengan perarakan diketuai sebuah kereta antik bernombor pendaftaran M4442 yang dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Kenderaan berjenama Nash Rambler Custom jenis 'convertible' buatan 1951 itu pernah dinaiki Tunku Abdul Rahman dan wakil Sultan Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz ketika negarawan itu bersama rombongan merdeka pulang dari London ke Padang Banda Hilir pada 20 Feb 1956.
Sebaik tiba di pentas utama dataran berkenaan, Anwar, yang melakonkan watak Tunku Abdul Rahman, membuat pemeriksaan barisan pemuda sebelum Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran, yang bertindak sebagai Tun V.T. Sambanthan, mengalungkan bunga malai kepada Anwar sambil diperhatikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing yang melakonkan watak Setiausaha Agung MCA Tun Tan Cheng Lock.
Sambutan diteruskan dengan ucapan Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Acara Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Tun Abdul Ghafar Baba yang dilakonkan oleh Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, disusuli ucapan oleh Ab Rauf yang memegang watak Datuk Panglima Bukit Gantang.
Laungan 'merdeka' sebanyak tiga kali kemudiannya bergema sejurus Anwar, yang memegang watak Tunku Abdul Rahman membacakan Deklarasi Kemerdekaan bagi memperingati sambutan ulang tahun pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Keris Sapukal, yang merupakan keris sebenar pernah dipegang oleh Tunku Abdul Rahman semasa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu turut diserahkan kepada Anwar oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Nordin yang memegang watak Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Melaka pada 1956 iaitu Zainab Samdin.
Sambutan diteruskan dengan Malam Aneka Warna yang menampilkan persembahan teater muzikal bertajuk "Di Atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Negara Baharu" yang mempersembahkan babak-babak menarik dari bermulanya Jepun menjajah Tanah Melayu sehinggalah detik Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Kira-kira 1,500 peserta terlibat dalam perarakan dan Malam Aneka Warna itu membabitkan anggota pasukan badan beruniform, jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pelajar serta parti politik.
Pengisytiharan rasmi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu bagaimanapun berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957.
Melaka turut mengumumkan 20 Feb sebagai cuti umum negeri bermula pada tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang watak Tunku Abdul Rahman mengangkat Keris Sapukal pada Sambutan Hari Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Memorial Kemerdekaan, hari ini. - Foto BERNAMA
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

Laungan keramat 'merdeka' kembali bergema di Banda Hilir selepas 68 tahun
Ia bagi mengenang perisitiwa bersejarah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.