KUALA TERENGGANU: Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali membidas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang mendakwa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu sebagai ADUN yang melawan perjuangan Islam.
Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menegaskan bahawa berlawan dengan Pas dalam pilihan raya bukan bererti melawan Islam.
"Pas bukan satu-satunya kelompok yang mewakili Islam. Islam adalah milik pelbagai kelompok dan parti yang memperjuangkannya.
"Kita sama-sama membawa obor politik Islam dengan cara dan ijtihad yang berbeza.
"Kita sama-sama berhujah dengan dalil al-Quran dan al-Hadis apabila membawa agenda politik masing-masing," katanya di Facebook pada Jumaat malam.
Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, apabila konotasi 'lawan Islam' dijadikan asas pertembungan maka pertembungan dalam pilihan raya tidak lagi menjadi saingan tetapi peperangan yang akhirnya membawa kepada perpecahan umat Islam.
Lebih dahsyat katanya, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah sesama Muslim.
Baru-baru ini tular hantaran video berdurasi 44 saat memaparkan Mohd Nassuruddin mendakwa dua ADUN pembangkang di Kelantan sebagai ADUN yang melawan perjuangan Islam ketika menyampaikan kuliah di Kota Bharu pada Jumaat.
Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda dalam ciapan di akaun Twitternya mendakwa kenyataan Mohd Nassuruddin itu bukti gejala takfiri tak pernah surut dari Pas.
"Itupun Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari masih nafikan. Saya sedia debat!" tegasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 19 2023

Mohd Khairuddin menegaskan bahawa berlawan dengan Pas dalam pilihan raya bukan bererti melawan Islam. - Gambar fail

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

Lawan Pas dalam pilihan raya bukan bererti lawan Islam - Khairuddin
Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali membidas kenyataan Menteri Besar Kelantan yang mendakwa dua ADUN di negeri itu sebagai ADUN yang melawan perjuanagan Islam.