TASHKENT: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Uzbekistan dan juga beberapa negara lain di Asia Selatan sejak 14 hingga 19 Mei membuahkan hasil, bukan hanya dalam soal kerjasama ekonomi dan beberapa sektor lain, tetapi juga dalam misi mencari lebih ramai "sahabat yang setia".
Pada ketika ramai pemimpin negara lain lebih memberi fokus untuk membuat kunjungan ke negara-negara maju dan kuasa besar, kunjungan ke negara Asia Selatan mungkin tidak memberikan kesan ketara kepada kemajuan ekonomi.
Bagi lawatan ke negara-negara Asia Tengah itu, boleh dilihat penekanan Perdana Menteri kepada usaha meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara dengan jumlah eksport Malaysia yang lebih besar, namun boleh diamati bahawa Perdana Menteri turut mempunyai sasaran lain.
Anwar membawa empat orang menteri sebagai sebahagian delegasi Malaysia iaitu Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Selain Mohamad yang berperanan menjaga hubungan baik dengan negara-negara lain dan Tengku Zafrul yang menjaga hal-hal berkaitan perdagangan dan pelaburan, dua lagi menteri mempunyai sasaran masing-masing dalam lawatan kali ini.
Kerajaan Uzbekistan mahu menjadikan negara itu pusat pengajian berkaitan agama Islam, terutama yang melibatkan hadis memandangkan ia merupakan tempat asal dua ahli hadis terkemuka iaitu Imam Bukhari dan Imam Tirmidzi.
Sehubungan itu Perdana Menteri telah meminta Mohd Na'im dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya melihat bagaimana Malaysia boleh memanfaatkan kekuatan mereka dan di samping itu juga untuk Uzbekistan menimba pengalaman dari Malaysia.
Di Uzbekistan, Perdana Menteri turut menggunakan kesempatan yang ada untuk melawat beberapa lokasi yang dikaitkan dengan sejarah dan tamadun Islam, semasa kerajaan Uzbekistan berusaha keras mempromosikannya sebagai tarikan.
Pada hari kedua lawatan, beliau dan delegasi melawat Kompleks Imam Hazrati di sini, yang menyimpan manuskrip asal Al-Quran Khalifah Uthman (Mashaf Uthmani), yang tertua di dunia. Kompleks Imam Hazrati merupakan pusat keagamaan Tashkent yang menempatkan beberapa masjid yang telah dipulihara dengan baik, muzium madrasah dan tempat-tempat ziarah lain.
Pada hari kedua juga beliau ke Samarkand, kira-kira 300 kilometer dari Tashkent, dan melawat Kompleks Imam Bukhari yang didirikan di sekeliling Makam Imam Bukhari, sebelum menziarahi Kompleks Laluan Sutera Samarkand yang antara lain menempatkan Kota Abadi, kawasan yang dibina mengikut seni bina kota purba.
Anwar dan delegasi Malaysia turut dibawa ke Kompleks Shah-i-Zinda yang antara lain menempatkan makam Kusam ibn Abbas, sepupu Nabi Muhammad SAW yang juga antara pendakwah terawal membawa ajaran Islam ke Uzbekistan.
Anwar turut menziarah Makam Amir Temur, pemerintah agung Empayar Timurid yang mencetus pembaharuan kearah pembinaan negara kukuh serta berpusat, dan Registan Square yang menempatkan Ulugbek Madrasah, antara masjid terkemuka dunia dan pernah menjadi pusat pengajian saintifik terbesar di Samarkand.
Sebelum mengakhiri lawatan beliau di negara ini pada Ahad, Perdana Menteri berlepas ke Bukhara, 270 kilometer dari Samarkand, dan melawat Naqshbandi Sufi Complex, melihat antaranya makam Baha-ud-Din Naqshband Bukhari, pengasas tarekat Naqshbandi yang meninggal dunia pada 1389, diikuti lawatan keThe Ark of Bukhara, kota besar yang asalnya dibina dan diduduki sekitar abad kelima Masihi, dan Kalon Minaret Complex.
Uzbekistan adalah persinggahan terakhir bagi lawatan rasmi Anwar ke tiga negara Asia Tengah. Sebelum ini Perdana Menteri telah melawat Kyrgyzstan dan Kazakhstan.
Sewaktu lawatan Anwar di Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Kazakhsatan, ketiga-tiga negara bekas Soviet Union itu menyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam membangunkan industri halal di negara masing-masing, dengan Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan JAKIM bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM.
Perdana Menteri telah meminta agar Malaysia lebih agresif memasarkan produk halal, yang bukan hanya menumpukan kepada produk makanan dan minuman semata-mata tetapi keseluruhan industri halal.
Dalam soal pelancongan, Anwar juga mahu menyaksikan peningkatan ketibaan pelancong dari negara-negara Asia Tengah ke Malaysia pada ketika jumlah pelancong Uzbekistan ke Malaysia telah mencapai 25,000 pada tahun lepas berbanding hanya 10,000 orang pada tahun sebelum itu.
Pada sidang media di akhir lawatan beliau di Uzbekistan, Perdana Menteri berkata hubungan dengan negara kuasa besar dan kuasa ekonomi seperti China, Jerman dan Amerika Syarikat membawa pelaburan besar yang akan beri manfaat dari segi peluang pekerjaan serta pusat kecemerlangan latihan.
Namun jaringan dengan negara-negara lain juga penting kerana dalam soal hubungan antarabangsa Malaysia memerlukan sahabat-sahabat setia supaya tidak menjadi bahan untuk dipermainkan atau ditekan oleh mana-mana kuasa tertentu.
"Kita ada hubungan baik dengan semua kuasa tetapi jaringan dengan negara-negara berkembang seperti Uzbekistan ini tentu akan banyak membantu kita kerana mereka faham yang kita punyai pendekatan dan strategi sama," katanya mengulas mengapa beliau memilih mengadakan lawatan ke tiga negara Asia Tengah itu.
Anwar juga berkata kesemua menteri yang berada dalam rombongan beliau di Uzbekistan telah mencapai sasaran masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev bertukar dokumen selepas menandatangani kenyataan bersama pada pertemuan di Istana Presiden Kuksaroy di Tashkent, 17 Mei 2024. --fotoBERNAMA

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.

Berucap di IIDC satu penghormatan besar buat negara - PM Anwar
Anwar menyifatkan ruang diberikan kepada beliau bagi menyampaikan ucapan pada sesi utama IIDC sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap peranan signifikan Malaysia di pentas dunia Islam.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri Anwar sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.