KUALA LUMPUR: Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkiye bukan sahaja mencerminkan solidariti bersama rakyat Turkiye yang terjejas akibat gempa bumi, tetapi juga untuk menyatakan sokongan ikhlasnya dan menyuntik motivasi kepada anggota pasukan penyelamat Malaysia yang bertugas di kawasan bencana.
Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Anwar serta rakyat Malaysia atas solidariti dan altruisme terhadap mangsa gempa bumi.
Beliau berkata, lawatan itu jelas menunjukkan Perdana Menteri Malaysia memahami masalah yang dihadapi rakyat Turkiye ketika ini.
"Kerajaan Turkiye-Malaysia menjalin hubungan rapat dan Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Malaysia (Anwar) adalah kawan rapat presiden kami (Recep Tayyip Erdogan).
"Beliau (Anwar) memutuskan untuk melihat sendiri Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) bertugas di lokasi bencana. Jadi ia (bersolidariti) dengan kami dan pasukan Malaysia... ia adalah satu inisiatif yang baik," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program 'The Brief' Bernama TV bertajuk 'Turkiye Quake and Global Relief Efforts' di Wisma Bernama, di sini.
Anwar berlepas ke Turkiye malam tadi untuk memberi sokongan moral kepada Erdogan dan rakyatnya yang terjejas akibat bencana alam pada 6 Februari lalu hingga meragut puluhan ribu nyawa.
Beliau berlepas ke Ankara dengan menaiki pesawat khas kira-kira 11.15 malam dari KLIA.
Perdana Menteri Malaysia memutuskan untuk membuat lawatan berkenaan atas permintaan Erdogan.
Malaysia telah menghantar dua pasukan SMART termasuk dua anjing pengesan (K9) serta membantu mewujudkan hospital lapangan yang dikendalikan oleh angkatan tentera bagi menyediakan perkhidmatan perubatan.
Anwar sebelum ini mengumumkan bahawa Malaysia akan menyalurkan bantuan kemanusiaan berjumlah RM20 juta kepada Turkiye dan Syria yang turut terjejas akibat gempa bumi itu.
Jumlah kematian akibat bencana yang dahsyat itu kini melebihi 35,000 nyawa.
Mengenai peranan Malaysia dalam membantu membina dan membangunkan semula wilayah yang terjejas akibat gempa bumi, Yuksel berkata, pelan pembinaan semula perlu dirangka oleh kerajaan Turkiye kerana ia melibatkan kawasan yang luas.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, sebuah syarikat pembinaan di Turkiye dijangka menyiapkan pembinaan semula bangunan yang runtuh dalam tempoh setahun.
Hospital lapangan yang dibina Malaysia mungkin dikekalkan untuk tempoh beberapa tahun, katanya.
- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Anwar serta rakyat Malaysia atas solidariti dan altruisme terhadap mangsa gempa bumi. - Gambar BERNAMA
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia berpotensi jadi hub Semikonduktor global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia
Jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan dijangka selepas solat Jumaat.
AWANI Pagi: Generasi Z manja dan lemah?
Diskusi #AWANIPagi 8.30 Khamis akan bersama Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Nurul Afreen Naquiah Haminudin, mengupas mitos dan fakta tentang generasi ini.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.
Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi
Bursa Securities tolak permohonan Scomi Energy untuk lanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi dan mengekalkan tarikh akhir 31 Jan 2025.
Grab x GoTo: Gabungan Strategik atau Risiko Tinggi?
Penggabungan Grab dan GoTo dijangka mengubah landskap superapp di ASEAN. Adakah ini langkah strategik untuk keuntungan mampan atau sekadar usaha bertahan? Kupas cabaran, peluang, serta impaknya terhadap pengguna, pelabur, dan ekosistem digital serantau.
Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.
Masa depan sistem kesihatan Malaysia: Dari polisi ke transformasi
Kesihatan bukan sekadar rawatan, ia tentang inovasi, polisi yang kukuh, dan akses untuk semua. Future Healthcare Asia 2025 akan menghubungkan pemimpin kesihatan untuk membincangkan cabaran terbesar dalam sektor ini, daripada kekurangan tenaga kerja hingga kepada integrasi teknologi dalam sistem perubatan. Sertai perbincangan untuk mengetahui lebih lanjut bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd Khalib.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
Gempa Turkiye: 2.5 juta kanak-kanak perlu bantuan - UNICEF
UNICEF mengeluarkan amaran tersebut selepas dua bulan gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan utara Syria.
Gempa bumi Turkiye: Angka korban melepasi 45,000 di Turkiye dan Syria
Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria terus meningkat melebihi 45,000 mangsa pada Sabtu.
'Jumpa di Parlimen selepas ke Turkiye, Alhamdulillah selamat pulang' - Wan Azizah
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan kesyukuran setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat pulang dari Turkiye.
Gempa Turkiye: Lelaki 62 tahun ditemui selamat selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan
Huseyin Berber terpaksa minum air kencing sendiri untuk meneruskan hidup sepanjang terperangkap.
Gempa bumi Turkiye: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap
Seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan pangsapuri yang didiaminya di Mersin, Turkiye pada 14 Februari lalu.
'Rumah kami bergoyang sebelum menyembah bumi' - Mangsa gempa Turkiye
Itu pengalaman ngeri yang dialami Muhammad Nur Damlah ketika gegaran berukuran 7.8-magnitud membadai beberapa daerah di Turkiye dan Syria.
Dianggap tindakan berlebihan, PM Anwar perjelas sebab kunjungan ke Turkiye
Kunjungan dibuat atas dasar persahabatan istimewa selain Turkiye banyak salur bantuan kepada Malaysia.
Gempa bumi Turkiye: 'Saya minum air kencing' - Mangsa terselamat selepas 4 hari
Mangsa, Adnan Muhammed Korkut berjaya dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Jumaat.
Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART MAS-01 usaha keluarkan mangsa terperangkap bawah runtuhan
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ketika ini sedang menyelamatkan seorang mangsa yang dikatakan tertimbus di dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Gaziantep, Turkiye.
Gempa bumi Turkiye: Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar dari kawasan gempa - Duta
Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar daripada kawasan Gempa Bumi di Gaziantep, Turkiye.