Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Kemboja bermula esok bakal menyaksikan kedua-dua negara memuktamadkan Perjanjian Pengecualian Cukai Berganda (DTA) dan sekali gus memperkukuh hubungan dagangan dua hala.
Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) itu merupakan antara agenda utama lawatan rasmi pertama Dr Mahathir sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri bagi kali kedua pada Mei tahun lepas.
Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata, perjanjian itu akan merancakkan sektor pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara.
"Perjanjian ini sudah lama kita tunggu. Kemboja merupakan negara ASEAN terakhir untuk menandatangani DTA dengan Malaysia.
"Disebababkan cukai berganda, ia sedikit sebanyak menghalang pelabur Malaysia datang ke Kemboja. Dengan DTA, lebih banyak syarikat Malaysia boleh meneroka peluang peniagaan dan pelaburan di sini,"katanya kepada wartawan Malaysia sempena lawatan rasmi Dr Mahathir di Kompleks Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.
Beliau menambah, dalam tiga bulan pertama tahun ini, pihak kedutaan telah menerima 20 permohonan syarikat Malaysia yang berminat untuk meneroka peluang perniagaan dan pelaburan di sini.
Ini, katanya, termasuk projek pembinaan hotel mega lebih 2,000 bilik bernilai AS$4 bilion.
Selain pemeteraian DTA, Dr Mahathir bakal menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama pelancongan Malaysia-Kemboja, satu usaha mengalakkan ketibaan pelancong kedua-dua negara.
Ini merupakan lawatan rasmi Dr Mahathir selepas 25 tahun. Lawatan terakhir Dr Mahathir ke Kemboja adalah pada tahun 1994
Eldeen berkata, Dr Mahathir yang diringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dijangka tiba di sini esok mempunyai jadual yang padat di mana beliau akan terus menghadiri sesi dialog bertajuk "Balancing Relations with the Superpowers in the Context of Asean" di Royal University of Phnom Penh (RUPP).
Selain itu, beliau akan menerima kunjungan hormat pemimpin Islam Kemboja yang juga Menteri Kanan Tugas Hal-Hal Agama, Othman Hassan selain mengadakan pertemuan dengan komuniti Islam di sini.
Sementara pada sebelah malam, beliau akan menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Kemboja.
Pada hari kedua lawatan rasmi, Dr Mahathir akan menghadiri upacara meletakkan kalung bunga di Tugu Kemerdekaan Kemboja.
Selepas itu, Perdana Menteri akan menghadiri upacara sambutan rasmi di Peace Palace, Pejabat Perdana Menteri dan mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawatannya, Hun Seng.
Kedua-dua pemimin dijangka akan membincangkan isu-isu termasuk memperkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan, pertanian, pertahanan dan pembangunan industri halal.
Kedua-dua Perdana Menteri dijangka mengeluarkan kenyataan bersama di akhir pertemuan itu berhubung hasil perbincangan dalam meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala Malaysia-Kemboja.
Pada hari sama, Dr Mahathir akan mengadakan dialog dengan ahli perniagaan dan pelabur Malaysia membabitkan 28 syarikat Malaysia yang beroperasi di Kemboja.
Pada sebelah malam, Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah akan menghadiri majlis makan malam rasmi yang dihoskan Hun Seng.
Kemboja merupakan akan dagang kelapan terbesar Malaysia di ASEAN dan yang ke-50 di dunia.
Nilai dagangan Malaysia-Kemboja mencatat AS$ 558 juta pada tahun lepas manakala pada enam bulan pertama tahun ini, ia telah mencecah AS$ 422.6 juta. peningkatan sebanyak 39.2 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas. - BERNAMA
Bernama
Sun Sep 01 2019

Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan lawatan rasmi ke Kemboja bermula esok.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Kemboja umum keputusan rasmi pilihan raya umum pada 4 Ogos
Keputusan rasmi pilihan raya umum Kemboja termasuk pengagihan kerusi dalam Dewan Negara akan dikeluarkan pada 4 Ogos.

Parti pimpinan PM Kemboja dakwa menang besar dalam pilihan raya umum
Walaupun keputusan rasmi belum diumumkan, jurucakap Parti Rakyat Kemboja, Sok Eysan mengesahkan keputusan itu pada Ahad.

Pilihan Raya Umum ke-7 Kemboja bermula
Lebih 9.7 juta pengundi layak mengundi untuk memilih ahli parlimen bagi 125 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Kemboja pecat wakil Facebook - PM Hun Sen
Kemboja memutuskan untuk memecat wakil Facebook dari negara Asia Tenggara itu, menurut Perdana Menterinya Samdech Techo Hun Sen.

PM Anwar puas hati lawatan sehari ke Kemboja, bincang pelbagai isu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja kerana berpeluang membincangkan pelbagai isu.

Anwar rakam penghargaan kepada PM Kemboja bantu bawa pulang warga Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Sen atas sokongannya membawa pulang rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan.

Malaysia, Kemboja tingkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor
Malaysia dan Kemboja berharap dapat tingkatkan kerjasama dalam sektor pelaburan, industri halal, teknologi digital, pendidikan dan pertahanan, bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

Lawatan PM Anwar ke Kemboja eratkan hubungan, bincang kepentingan dua hala- Zambry
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi sulungnya ke Kemboja pada 27 Mac ini atas undangan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

PM Kemboja disahkan positif COVID-19
Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen terlepas menghadiri mesyuarat Sidang Kemuncak G20 di Bali selepas diuji positif COVID-19.

PM Kemboja positif COVID-19 selepas anjur Sidang Kemuncak ASEAN
Pemimpin Kemboja telah diuji positif pada malam Isnin dan ujian itu telah disahkan oleh pasukan perubatan Indonesia.