KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata lawatan kerja beliau ke Paris baru-baru ini berupaya mengekalkan momentum positif, mengukuhkan dan mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dengan Perancis serta melipatgandakan usaha ke arah itu.
Katanya Malaysia akan berusaha ke arah meningkatkan lagi jalinan kerjasama dua hala dengan Perancis, terutamanya dalam sektor berkepentingan bersama seperti pendidikan, pertahanan, perdagangan, pelaburan, kesihatan dan pelbagai lagi.
Menerusi catatan di Facebook hari ini, Zambry berkata dalam lawatannya itu beliau sempat mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya Catherine Colonna, dan saling bertukar pandangan dalam pelbagai isu, sebelum pulang ke Malaysia.
Zambry berkata pertemuan itu turut menyaksikan penzahiran pengiktirafan dan pendirian kerajaan Perancis berhubung kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia berdasarkan sempadan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Menurut beliau pada masa yang sama beliau turut menyuarakan pandangan Malaysia terhadap isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
"...supaya kedua-dua negara mampu memainkan peranan yang penting di platform multilateral, dalam memastikan kestabilan dan keselamatan rantau kekal terpelihara, khususnya yang berkaitan dengan rantau Indo-Pasifik, Laut China Selatan dan ASEAN," katanya.
Zambry menyifatkan mesyuarat beliau bersama Colonna sebagai perbincangan yang mencorak arah tuju dan kolaborasi yang lebih berimpak tinggi dan memanfaatkan ekonomi kedua-dua negara terutamanya dalam ekonomi hijau, ekonomi digital dan tenaga boleh baharui.
Bernama sebelum ini melaporkan beliau mengadakan lawatan kerja sulung ke Paris bermula 1 hingga 2 Jun sejak pelantikannya sebagai Menteri Luar pada Disember 2022.
Dalam lawatan kerja itu Zambry turut mengadakan sesi libat urus bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay, French Institute of International Relations (IFRI) dan Senat Perancis di Paris.
Pada tahun 2022, Perancis merupakan rakan dagangan ke-21 terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara-negara anggota Kesatuan Eropah dengan jumlah dagangan bernilai RM18.05 bilion (US$4.19 bilion), peningkatan sebanyak 39.1 peratus berbanding nilai yang dicatatkan pada tahun 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023
Zambry bergambar dengan rakan sejawatannya Catherine Colonna. -Facebook Zambry Abd Kadir
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Dua pencipta kandungan wakili Malaysia dalam program 'ASEAN LIVE Creators for Change'
Program itu membuka peluang kepadanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai bidang pendidikan lebih-lebih lagi melalui kerjasama serantau.
Malaysia tidak boleh masih miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
Filipina bakal tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN 2026 di Cebu, Boracay
Peluang membincangkan dasar dan menyaksikan secara langsung potensi besar pertumbuhan pelancongan mampan di rantau ini.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.